Thursday, August 2, 2012

Amerika Cipta Robot Sekecil Serangga




Sebuah laporan mendapati bahawa tentera AS telah menghabiskan berbilion-bilion dollar untuk membina pesawat pengawasan tanpa pemandu dan  pesawat mikro berkenaan boleh hadir dalam bentuk sekumpulan serangga sebagai mata-mata bersaiz kecil dan mampu terbang.

 sumber internet yang terkumpul daripada pelbagai pasukan penyelidik di Universiti Johns Hopkins  dengan kerjasama  Pejabat Penyelidikan Ilmiah Tentera Udara AS di Wright-Patterson Air Force Base di Arlington, Virginia, mengatakan bahawa mereka sedang memperbanyakkan apa yang mereka sebut dengan kenderaan udara mikro MAV yang akan melakukan tugas sebagai perisikan di pelbagai tempat dan negara.

Serangga robot itu direka sedemikian rupa sehingga dengan mudah dapat menyusup ke kawasan bandar  walaupun dengan faktor padatnya bangunan dan tertumpunya manusia, namun kewujudan enjin pembunuh ini tak terduga dan tanpa halangan dan sangat praktikal.

Robot serangga super mini ini juga boleh dikendalikan dari jarak jauh dan dilengkapi dengan kamera dan  built-in mikrofon.

Peranti perisikan baru ini mempunyai kemampuan untuk mendarat tepat pada kulit manusia. Dengan menggunakan jarum super-mikron bersaiz kecil peranti ini dapat mengambil sampel DNA dan terbang lagi dengan kelajuan tinggi. Orang hanya akan merasa sedikit rasa sakit seperti gigitan nyamuk tanpa rasa terbakar dan bengkak.

Pesawat pengawasan perosak super ini sukar dikesan dan juga boleh menyuntik racun melalui pengenalan frekuensi radio mikro RFID sebagai peranti pengesan yang boleh menyusup di bawah kulit, dan dapat menyuntik racun ke tubuh musuh jika berlaku peperangan.

Pada awal tahun 2007, kerajaan AS dituduh secara diam-diam mengembangkan perisik serangga robot tersebut ketika para penunjuk perasaan anti perang di Amerika Syarikat menyaksikan beberapa benda terbang mirip dengan pepatung atau helikopter melayang-melayang di atas kepala mereka


AS tidak sendirian dalam membuat pesawat pengawasan perosak super ini. Negara seperti Perancis, Belanda dan Israel juga mengembangkan peranti yang sama.

Perancis juga telah mengembangkan kepakan sayap dengan pesawat ini. Manakala badan Netherlands BioMAV Biologically Inspired AI for Micro Aerial Vehicles juga telah mencipta pesawat burung Kakak tua.

Israel Aerospace Industries IAI pula telah menghasilkan pesawat berbentuk kupu-kupu, beratnya hanya 20 gram, yang kemampuannya dapat mengumpulkan semua data perisikan yang disimpan di dalam bangunan.


Sementara pesawat serangga AS ini dilengkapi dengan kamera 0.15 gram dan kad memori, yang dikawal dari jarak jauh dengan helm khusus. Mengenakan helm, pembekal akan mendapati diri mereka dalam "badan kupu-kupu" dan melihat pesawat tersebut tepat seperti kupu-kupu sebenar.

Sumber : harakahdaily dan www.halimislam.com

Friday, May 4, 2012

Katakpun ada majlis perkahwinan?



Majlis perkahwinan antara katak ini telah dilakukan sebagai satu percubaan bagi menyelesaikan kemelut "sumpah kemarau" yang telah melanda wilayah Assam selama beberapa bulan yang mengakibatkan kekurangan bekalan air. "Mengikut kepercayaan mereka, apabila sebuah perkahwinan antara katak dilakukan, Barun Devata (Dewa Hujan) akan menurunkan hujan" kata bekas kaunselor, Bijoy Das kepada suratkhabar 'The Hindu'.

Perkahwinan antara katak tersebut iaitu - katak jantan sebagai Barun (bermaksud angin) dan katak betina sebagai Bijali (bermaksud guruh) - telah disambut dengan penuh adat istiadat perkahwinan masyarakat Assam termasuk lagu-lagu serta hadiah yang dipersembahkan kepada "pengantin".

Pasangan "pengantin" tersebut telah dijamu dengan hidangan istimewa iaitu lalat dan nyamuk. Selepas upacara perkahwinan selesai, pasangan "pengantin" tersebut akan dilepaskan di sungai yang berhampiran sebagai proses "berbulan madu".

Seorang jurucakap tempatan berkata, "Majlis perkahwinan tersebut telah berlangsung dengan sempurna. Kami harap hujan akan turun tidak lama lagi. Wilayah ini sudah terlalu terdesak dan kami sangat-sangat perlukan hujan. Sudah tiada cara lain lagi".






Sumber : Harakahdaily

Korban Haiwan Suci



DENGAN menyarung persalinan putih dan lengkap memakai topeng muka, seorang pakar hidupan liar meregangkan sayap pada bangkai seekor burung helang emas yang dihantar dari New Mexico.

Walaupun bau yang terhasil daripada unggas itu agak kurang menyenangkan, ironinya, lelaki tersebut tetap kelihatan gembira dengan apa yang telah dilihatnya.

"Ini adalah burung yang sangat hebat. Tidak banyak kerosakan yang berlaku pada fizikalnya. Ia sesuatu yang jarang terjadi," kata Dennis Wiist dari Perkhidmatan Hidupan Liar dan Ikan Amerika Syarikat (AS).

Selepas memeriksa keadaan fizikalnya, Wiist membungkus bangkai helang tersebut untuk dibekukan sebelum dihantar kepada salah satu suku kaum peribumi India Amerika (Red Indian) yang telah memohon untuk mendapatkan 'barang berharga' itu.

WIIST memeriksa bangkai seekor helang yang baru diterima pihak NER dengan teliti sebelum dihantar kepada pemohon.

Haiwan suci
Hakikatnya, helang dianggap sebagai haiwan suci bagi kebanyakan suku kaum peribumi di AS. Oleh itu, Wiist dan rakan-rakannya di Repositori Helang Kebangsaan (NER) telah biasa menyediakan kelengkapan seperti bulu, sayap dan kaki burung atau dalam kebanyakan kes, keseluruhan bangkainya yang digunakan untuk tujuan ritual.

JABATAN Perkhidmatan Hidupan Liar dan Ikan AS meluluskan permit membunuh burung helang bagi tujuan spiritual.

Namun, permintaan yang diterima seringkali melebihi kapasiti pusat tersebut.

Setiap tahun, NER akan menerima kira-kira 2,300 ekor bangkai helang botak dan emas yang dikumpul oleh ejen-ejen hidupan liar mahupun individu perseorangan.

Tetapi, mereka menerima lebih daripada 3,000 permintaan setahun yang mahu mendapatkan keseluruhan bangkai burung atau hanya bahagian-bahagian tertentu. Pernah pada suatu ketika, terdapat kira-kira 6,000 permohonan berada dalam senarai menunggu.

"Kami memang tidak mempunyai bekalan yang mencukupi. Pusat kami sedaya upaya melakukan yang terbaik," jelas Bernadette Atencio yang merupakan penyelia Program Perkhidmatan Hidupan Liar dan Ikan.

HIASAN kepala yang diperbuat daripada bulu-bulu helang menjadi kebanggaan kaum peribumi India Amerika.
"Saya sentiasa memeriksa bahagian tulang kepak untuk memastikan jika ia pecah atau rosak. Ini kerana sesetengah kaum India Amerika akan menggunakan tulang kepak untuk dijadikan wisel.


Ahli antropologi dari suku kaum Hopi, Micah Loma'omvaya berkata, kaumnya melihat burung helang sebagai haiwan suci yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan tuhan-tuhan lain. 

Selain itu, ia turut mewakili semangat nenek moyang mereka."Secara keseluruhannya, helang adalah segala-galanya bagi kami. Ia bukan sekadar dijadikan subjek untuk upacara kerohanian, bahkan setiap helai bulunya mempunyai signifikan tersendiri.

"Malah, kami percaya ia sebagai lambang kesuburan, menurunkan hujan dan digunakan untuk berburu atau dalam erti kata lain semua perkara yang baik dalam kehidupan," ujar Loma'omvaya sambil menegaskan bahawa suku kaumnya telah menggunakan bulu-bulu helang sejak zaman dahulu kala.

Tambahnya meskipun kaum Hopi memiliki permit untuk membunuh helang emas, tetapi ketiadaan item-item yang diperlukan daripada NER akan membataskan kemampuan mereka untuk menyertai acara kebudayaan tertentu.

Baca  di Kosmo!


Tuesday, April 24, 2012

Letupan kuat meteor cetus panik


Foto meteor yang dirakam seorang penduduk tempatan di Nevada



24 April 2012

CALIFORNIA - Beberapa kawasan di Nevada dan California, Amerika Syarikat (AS) mengalami keadaan agak cemas selepas satu letupan kuat berlaku disebabkan batu meteor yang jatuh, semalam.


Letupan yang turut menggegarkan kediaman di kawasan kejiranan Reno ke Winnemucca, Nevada dan Sacramento ke Bakersfield wilayah California, mencetuskan panik sehingga penduduk bertindak menghubungi agensi pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka.


Sebahagian penduduk di  
kedua-dua negeri terlibat, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum letupan berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi.


Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.


Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi.

Saturday, April 14, 2012

Gempa Bumi Kuat Di Drake Pasaage, Chile

Kuala Lumpur 14 April 2012 (Bernama) : Gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter berlaku di Drake Pasaage, Chile pada 6.56 petang.

Menuerut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini pusat gempa itu terletak 1,864 km ke tenggara Puero Montt, Chile dan 13,702km barat daya Pontian di Johor.

Gempa bumi itu tidak mengakibatkan tsunami


.

‘Spiderman’ panjat hotel di Doha

ROBERT memanjat tanpa menggunakan tali. -AFP


DOHA – Pemanjat legenda Perancis, Alain Robert kelmarin memanjat Hotel The Torch Doha setinggi 300 meter di sini dalam masa 93 minit dan 47 saat sekali gus mencatatkan rekod baharu Guinness.
Ia merupakan bangunan tertinggi di Qatar dan dibina untuk Sukan Asia pada tahun 2006.
“Setiap bangunan berbeza. Bangunan ini agak sukar menyebabkan saya berasa teruja dan sedikit gementar pada masa yang sama. Perasaan ini adalah normal,” katanya yang diberi nama jolokan ‘Spiderman’.
Robert, 50, pernah memanjat lebih 85 bangunan di seluruh dunia. – Agensi

Thursday, April 12, 2012

Amaran Tsunami Ditarik Balik Sekitar Lautan Hindi

Rabu April 11, 2012

BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegar perairan barat Indonesia.

Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang Rabu.

Penduduk di kawasan persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat lebih tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.

Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia.

Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini.



Reaksi dua wanita berada dalam ketakutan susulan gempa bumi bermagnitud 8.9 menyebabkan gegaran kuat yang turut dirasai di Sumatera Barat, hari ini. - Foto AP
Apr 11, 2012 7:54 pm
SESAK...pengguna jalan raya di Banda Aceh berpusu-pusu menuju ke kawasan tinggi susulan gempa bumi bermagnitud 8.6 yang melanda wilayah Indonesia, hari ini. - Foto Reuters
Apr 11, 2012 9:20 pm


PENDUDUK Aceh yang masih bimbang akan berlaku gegaran susulan daripada gempa bumi kuat bermagnitud 8.7 melanda Indonesia hari ini tidur dan berehat di tempat terbuka. Amaran tsunami yang dikeluarkan petang tadi di beberapa negara termasuk Indonesia, India, Malaysia, Thailand dan Maldives ditarik balik pada sebelah malamnya. - Foto EPA
Apr 12, 2012 12:07 am

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails