| Gunung Bromo |
| Gunung Bromo |
| Gunung Semeru |
| Gunung Semeru |
| Gunung Ijen |
| Gunung Ijen |
| Gunung Bromo |
| Gunung Bromo |
| Gunung Semeru |
| Gunung Semeru |
| Gunung Ijen |
| Gunung Ijen |
GAMBAR yang dikeluarkan kerajaan Kepulauan Canary kelmarin menunjukkan buih-buih yang terbentuk akibat aktiviti gunung berapi dasar laut di luar Pulau El Hierro, Sepanyol. |
Imej yang menunjukkan Anak Krakatau mengeluarkan asap mengandungi gas belerang baru-baru ini. – AGENSI |
BEBERAPA cahaya kilat muncul di kawasan gunung berapi Puyehue-Cordon Caulle di Chile. |
BEBERAPA anggota tentera mengangkat mayat mangsa Gunung Merapi di Kampung Ngepringan, Sleman semalam. |
Kira-kira 320,000 orang tinggal di dalam kawasan perlindungan sementara yang padat dengan mangsa selepas mereka diarahkan untuk meninggalkan zon bahaya di sekitar gunung tersebut.
Gunung Merapi itu meletus pada 26 Oktober lalu buat kali pertama.
Gas panas dan serpihan batu Gunung Merapi menyebabkan sejumlah orang terbunuh semasa mereka sedang tidur pada Jumaat lalu.
Sementara itu, gempa bumi sekuat 5.4 pada skala Richter yang berpusat 94 kilometer dari bandar ini pada tengah hari semalam mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai.
Gempa bumi itu mencetuskan memori kejadian gempa bumi besar yang melanda Yogyakarta pada 2006 yang menyebabkan 5,782 orang terbunuh namun setakat ini tidak ada laporan mengenai kecederaan dan kematian.
"Ibu bapa dan saya berlari keluar dari rumah. Saya berasa takut kerana saya masih trauma dengan gempa bumi besar yang berlaku di sini pada 2006," kata seorang penduduk, Deru Waskita, 33.
Agensi Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan pusat gempa bumi itu 94 kilometer ke barat daya bandar Yogyakarta.
Bandar Yogyakarta ketika ini diliputi debu Gunung Merapi yang meletus.
Seorang ahli vulkanologi pemerintah, Surono menyatakan, Gunung Merapi masih mengeluarkan awan panas semalam tetapi tidak sekuat seperti hari sebelumnya.
"Kekuatan letusan semakin berkurangan sejak kelmarin tetapi aktiviti gunung itu masih lagi tinggi. Status gunung itu masih berada dalam keadaan berjaga-jaga," katanya.
Seorang jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho menafikan khabar angin bahawa sejumlah orang sedang meninggalkan bandar Yogyakarta yang terletak 26 kilometer ke selatan Gunung Merapi.
"Kami belum melihat sejumlah orang meninggalkan bandar Yogyakarta setakat ini," katanya.
Setakat ini, negara itu turut menghadapi kesan akibat tsunami yang melanda kampung-kampung di Kepulauan Mentawai, di perairan Sumatera pada 25 Oktober lalu yang menyebabkan lebih 400 orang terbunuh.
Penerbangan ke Jakarta kembali seperti biasa kelmarin tetapi debu Gunung Merapi menyebabkan lapangan terbang di Yogyakarta masih ditutup termasuk candi Borobudur.
Penjaga candi Borobudur, Iskandar berkata, terdapat kebimbangan bahawa debu Gunung Merapi akan merosakkan candi yang dibina pada abad ke-9 itu.
Candi itu terletak 40 kilometer ke barat daya Gunung Merapi. - AFP
ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat dari Yogyakarta mengangkat mangsa letusan Merapi di Sleman, kelmarin.

DEBU akibat letusan gunung berapi Merapi meliputi sebahagian kediaman penduduk di Muntilan, JawaTengah.
JAKARTA: Selasa 8 Nov 2010. Gunung Merapi di Indonesia terus mengeluarkan debu panas dan lahar ke atmosfera semalam, tetapi pihak berkuasa mula mengurangkan amaran kepada pesawat, dua hari sebelum Presiden Barack Obama dijangka mengunjungi negara itu.


JAKARTA: Selepas Gunung Merapi meletus minggu lalu, sebuah
lagi gunung berapi di Indonesia, Gunung Anak Krakatau, dilaporkan semakin aktif memuntahkan batu, pasir dan abu panas beracun. Ketua pusat pemantauan Anak Krakatau di kampung Hargo Pancuran, Andi Suhardi, berkata muntahan abu dan lahar gunung berapi yang terletak berhampiran pulau Krakatau di antara Sumatera dan Jawa kini, tujuh kali ganda lebih banyak berbanding seminggu lalu.

GUNUNG Merapi menghamburkan debu semalam
GUNUNG MERAPI, Pulau Jawa - Gunung Merapi dijangka meletus selama beberapa bulan, kata seorang ahli vulkanologi pemerintah, Subandrio semalam.
Amaran itu diberikan semasa 50,000 penduduk masih berlindung di pusat perlindungan manakala sejumlah penerbangan ke Yogyakarta dibatalkan.
Semalam, Gunung Merapi itu meletus lagi sebanyak enam kali selepas subuh termasuk mengeluarkan lahar.
Letusan itu menyebabkan orang ramai panik manakala pemerintah memaklumkan syarikat-syarikat penerbangan untuk mengelak melalui kawasan tengah Pulau Jawa.
Hampir 40 orang terbunuh sejak Gunung Merapi itu meletus pada minggu lalu.
Setakat ini, tiada laporan kematian dalam letusan terbaru yang berlaku ketika Indonesia masih bergelut untuk menghantar bekalan kepada mangsa-mangsa tsunami di pedalaman Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat.
Kedua-dua bencana itu telah menyebabkan hampir 500 orang terbunuh.
Pegawai-pegawai turut meningkatkan tahap amaran melibatkan sejumlah daripada 129 gunung berapi aktif di Indonesia dengan dua daripadanya diramal meletus dalam tempoh dua minggu manakala 19 yang lain menunjukkan peningkatan aktiviti sebanyak dua kali ganda.
Dalam perkembangan berkaitan, penduduk kampung yang berpindah kini bimbang mengenai keselamatan ternakan mereka selepas mereka terserempak dengan tapak kaki harimau di sekitar cerun Gunung Merapi semalam.
GAMBAR yang dirakamkan dari Kampung Cangkringan di Sleman menunjukkan Gunung Merapi di Pulau Jawa mengeluarkan lahar awal pagi semalam. Kosmo
| |
| Penduduk meninggalkan kawasan zon bahaya di Kampung Balerante, Klaten ekoran Gunung Merapi mengeluarkan gas panas dan serpihan semalam. |
GUNUNG MERAPI, Pulau Jawa - Gunung Merapi di sini meletus lagi dengan mengeluarkan gas panas dan serpihan dalam letupan paling kuat dalam minggu ini.
Bagaimanapun, tidak ada sebarang kematian dilaporkan ekoran perkembangan terbaru itu.
Gunung Merapi yang merupakan salah sebuah daripada 129 gunung berapi paling aktif di Indonesia telah meragut 38 nyawa sejak ia mula meletus seminggu lalu.
Lebih 69,000 orang telah dipindahkan dari kawasan sekitar cerun gunung itu yang kini diselubungi dengan debu.
Sejumlah orang yang mendapatkan perlindungan di kem-kem milik pemerintah beberapa kilometer dari gunung itu turut melarikan diri ekoran bunyi letusan kuat semalam.
Menurut seorang pegawai yang memantau aktiviti gunung itu, Subrandrio, gunung itu turut mengeluarkan beberapa bunyi letusan.
Gunung itu telah meletus beberapa kali sejak dua abad lalu.
Pada 1994, seramai 60 orang terbunuh manakala pada 1930 puluhan penduduk sebuah kampung melecur menyebabkan 1,300 orang maut.
Seorang ahli vulkanologi pemerintah, Gede Swantika berkata, para pemantau mendapati terdapat lebih banyak gunung berapi didapati menunjukkan tanda-tanda aktiviti seismos bermula 2 September lalu.
"Kami boleh menyatakan ia amat luar biasa, kira-kira 20 (gunung berapi menunjukkan aktiviti seismos) pada masa yang sama," katanya.
Seorang ahli geologi, Brent McInnes berkata, jika terdapat 20 buah gunung berapi menunjukkan peningkatan aktiviti seismos, perhatian perlu diberikan ke atas gunung tersebut.
Dia yang merupakan profesor di Universiti Curtin, Australia berkata, peningkatan aktiviti di gunung-gunung tersebut menunjukkan kemungkinan satu penstrukturan semula plat sedang berlaku.
Sementara itu, puluhan penduduk di Desa Sangup, Kecamatan Musuk, Boyolali, Jateng, pengsan kerana terhidu bau belerang akibat letusan Gunung Merapi semalam pada waktu pagi.
Menurut akhbar Kompas.com semalam, mangsa-mangsa itu dirawat di Pos Klinik Desa Karanganyar.
Menurut seorang penduduk, Yulianto, letusan itu menyebabkan bau belerang menjadi kuat manakala udara menjadi panas sehingga menyebabkan penduduk panik dan menyelamatkan diri ke tempat yang selamat. - Agensi
Mangsa tsunami masing-masing memujuk antara satu sama lain di sebuah pusat perlindungan sementara di pulau Pagai, di Kepulauan Mentawai, Indonesia, Khamis 28 Oktober 2010 (AP Photo / Tundra Laksamana)
Salin daripada SINI


SEORANG sukarelawan melihat asap keluar dari Gunung Merapi di Kaliadem,
GUNUNG MERAPI – Gunung Merapi mula meletus semalam selepas para saintis memberi amaran tekanan di bahagian bawah kubah lahar gunung itu akan menghasilkan letusan paling kuat dalam tempoh beberapa tahun.
Menurut seorang jurugambar agensi berita AFP, setakat ini, seramai 20 orang yang cedera disebabkan abu panas yang keluar dari Gunung Merapi di Pulau Jawa telah menerima rawatan perubatan.
Ketua volkanologi di kawasan Gunung Merapi, Subandriyo berkata, letusan itu bermula menjelang senja.
Gunung itu mengeluarkan bunyi selama beberapa jam.
“Terdapat satu bunyi kuat berlaku, kemungkinan selama 15 minit,” kata seorang petani, Sukamto yang terpaksa meninggalkan rumahnya di kawasan cerun pergunungan itu yang subur.
“Kemudian, satu kepulan debu panas mula keluar ke udara,” tambahnya.
Menurut seorang ahli volkanologi pemerintah, Surono, pihaknya berharap letusan itu akan berlaku secara perlahan-lahan.
“Jika tidak, kita akan melihat satu letusan yang besar,” jelasnya.
Amaran berjaga-jaga gunung setinggi 9,737 itu telah dipertingkatkan ke tahap paling tinggi.
Sejak kelmarin, pihak berkuasa berusaha memindahkan lebih 11,000 penduduk yang tinggal dekat dengan gunung itu. Pada 1994, satu letusan berlaku selepas kubah lahar gunung itu runtuh menyebabkan 70 orang terbunuh.
Letusan gunung itu pada 1930 menyebabkan 1,300 orang terbunuh. – Agensi

Liputan6.com, Kyoto: Gunung Merapi yang yang meletus dan mengeluarkan awan panas, kemarin, adalah letusan terbesar sejak tahun 1990-an, demikian pendapat seorang pakar gunung berapi yang berasal dari Jepun, Rabu (27/10). Professor Masato Iguchi dari Univeristi Kyoto, Jepun, mengatakan letusan besar rupanya telah mendorong kubah lava gunung berapi dengan kekuatan yang luar biasa.
