Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Friday, August 13, 2010

13 hotel sah halal



Hanya 13 hotel sah halal

Oleh AZIAN AZIZ


SHAH ALAM 11 Ogos – Hanya 13 hotel di Selangor telah mendapat pengesahan halal dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sehubungan itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, umat Islam di Selangor diingatkan supaya sensitif dengan status halal hidangan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini terutama jika berbuka di hotel.

Beliau berkata, hanya hotel yang dapurnya telah disahkan halal oleh JAIS dan Jakim boleh diyakini bebas daripada penggunaan bahan-bahan mentah yang tidak halal dan meragukan serta jaminan kebersihan penyediaan dan pengendalian mengikut hukum syarak.Butiran selanjtnya di Utusan Malaysia Online

Saturday, April 17, 2010

Pendatang Haram Yahudi Conteng Masjid Palestin

SEORANG wanita Palestin cuba memadamkan lukisan bintang Yahudi
di dinding Masjid Bilal Ibn Rabah yang dipercayai dilakukan oleh
pendatang haram Yahudi di Kampung Hawara, Tebing Barat semalam.

NABLUS, Tebing Barat - Sekumpulan pendatang Yahudi mencemarkan sebuah masjid di Tebing Barat semalam, kata beberapa pegawai keselamatan Palestin.

Pihak tentera Israel mengesahkan beberapa suspek yang tidak dikenali telah menconteng dinding Masjid Bilal Ibn Rabah termasuk melukis bintang Yahudi bersebelahan nama Nabi Muhammad dalam tulisan Hebrew.

Pegawai-pegawai Palestin dan Israel berkata, suspek-suspek turut membakar dua buah kereta di luar masjid tersebut di Kampung Huwara, Tebing Barat.

Beberapa askar Israel segera memadamkan lukisan tersebut serta melarang wartawan-wartawan yang cuba merakamkan gambar sehingga kerja-kerja pembersihan selesai.

Seorang komander tentera Israel di Tebing Barat, Brigedier Jeneral Nitzan Alon mengarahkan satu siasatan segera dilakukan selain mengutuk insiden tersebut serta menegaskan, mereka yang didapati bertanggungjawab akan dihadapkan ke muka pengadilan. – AFP

Kosmo

Wednesday, January 20, 2010

Surat atau SMS Berantai

Soalan:

APAKAH hukum mempercayai surat atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berantai bahawa sesiapa yang sudah membaca tetapi tidak menyebarkannya akan ditimpa musibah besar? Kandungan mesej dalam surat dan SMS itu turut memberitahu tarikh berlakunya kiamat.

Jawapan

WASIAT dengan segala isi kandungnya dalam surat atau SMS itu tidak ada erti dan nilainya sama sekali dalam perspektif agama. Ini disebabkan kesempurnaan Islam sudah dinyatakan oleh Allah SWT menerusi surah al-Maidah ayat ke-5 yang bermaksud:

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Oleh kerana Islam sudah disempurnakan Allah SWT maka kita tidak memerlukan lagi keterangan yang diwasiatkan oleh sesiapa lagi. Apabila kita menerimanya daripada golongan seperti ini, bererti kita turut meragui kesempurnaan Islam.

Wasiat ataupun SMS berantai ini juga sebenarnya mengandungi banyak tanda kepalsuan. Pertama, sumber awalnya tidak diketahui, apakah benar penyampainya yang hanya dinamakan sebagai Syeikh Ahmad itu benar-benar wujud?

Kedua, sebab penghantar wasiat itu sudah mengancam dan menakut-nakutkan orang ramai yang tidak mahu menyebarkannya bahawa mereka akan ditimpa musibah. Hal ini tidak akan dikatakan oleh seseorang manusia yang normal fikirannya apatah lagi seorang yang percaya kepada al-Quran dan hadis.

Tiada satu pun ayat suci al-Quran yang memerintahkan agar ditulis dan disebarkan untuk mengelakkan sesuatu malapetaka atau bencana. Begitu juga tiada perintah terhadap yang membaca kitab hadis untuk menjalankan kerja itu.

Jika al-Quran dan sunnah Nabi pun tidak memerintahkan begitu, maka apatah lagi wasiat yang bersifat khurafat yang tidak jelas sumbernya ini.

Keraguan berikutnya dalam surat itu diterangkan bahawa seseorang yang sudah menyebarkan warkah Syeikh Ahmad itu mendapat rezeki yang melimpah-ruah, manakala sesetengah yang lain beroleh jawatan tinggi dalam masyarakat. Semua itu adalah khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam dari jalan yang benar dan terpesong daripada mengikuti sunnah Rasulullah.

Ini disebabkan dalam Islam, Allah SWT menetapkan sesuatu itu berlaku kerana sebab musabab yang tertentu mengikut aturannya sedangkan bersandar kepada khayalan dan khurafat seperti itu adalah usaha menyesatkan dan menyeleweng daripada landasan Islam yang sebenar.

Seterusnya, jangkaan tarikh kiamat yang sering kali disebut dalam kandungan warkah ini juga bukti satu lagi pembohongan yang ketara kerana tarikh tepatnya hanya diketahui oleh Allah SWT. Malah Allah SWT sudah menjelaskan dalam al-Quran menerusi surah al-A'raf ayat ke- 187 yang bermaksud:

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut." Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah SWT, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."


Menurut Ibn Kathir dalam tafsirnya menjelaskan ayat di atas, walaupun Nabi SAW yang dianugerahkan dengan pelbagai kelebihan dan mukjizat serta menjadi rasul terakhir, namun baginda sendiri tidak mengetahui tarikh kiamat yang sebenarnya.

Justeru, kita bertanggungjawab menjaga kaum Muslimin agar tidak mempercayai perkara khurafat seperti surat dan SMS berantai ini dengan anggapan bahawa mereka yang menyebarkannya akan mendapat syafaat Nabi SAW.

Orang yang akan mendapat syafaat Nabi adalah mereka yang beriman kepada Allah SWT dengan cara yang betul dan ikhlas, bukannya kalangan yang meyakini perkara syirik seperti yang ditetapkan dalam kandungan mesej surat atau SMS palsu itu. Sabda Nabi SAW, maksudnya: "Orang yang paling berbahagia yang mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah seseorang yang mengikrarkan kalimah 'Lailahailallah' dengan perasaan ikhlas dari dalam hatinya". Riwayat al-Bukhari.

Semoga Allah SWT dengan limpah kurnia-Nya menjadikan kita manusia yang memahami agama mereka dan terselamat dari mempercayai pelbagai perkara khurafat, khayalan dan kebatilan.
Berita Harian

Friday, November 6, 2009

Doa Pada Hari Jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Segala puji bagi Allah, Yang Awal sebelum penciptaan dan penghidupan,
Yang Akhir setelah punah semua,
Yang Maha Tahu,Yang Tak Melupakan orang yang mengingatNya,
Yang Tidak Merugikan orang yang mensyukuriNya,
Yang Tidak Mengecewakan orang yang memohon padaNya,
Yang Tidak Memutuskan harap orang yang mengharapNya

Ya Allah.…
Aku mintakan kesaksianMu dan cukuplah Engkau sebagai saksi
Aku mintakan kesaksian seluruh malaikatMu penghuni langitMu dan pemikul arasy-Mu serta yang Kau bangkitkan sebagai nabi dan rasul-Mu dan yang Kau ciptakan dari pelbagai makhluk-Mu
Aku bersaksi, sesungguhnya Engkau Allah, tiada Tuhan kecuali Engkau, Tunggal Tak Bersekutu dan Tak Bertara
FirmanMu tak berubah tak berganti dan sesungguhnya Muhammad saw hambaMu dan Rasul-Mu; ia penuhi apa yang Kau bebankan padanya untuk semua hamba, ia berjihad di jalan Allah dengan jihad yang sebenarnya, ia memberi khabar gembira tentang pahala yang sejati, ia mengancam dengan siksa yang sesungguhnya.

Ya Allah…
Teguhkan aku pada agama-Mu selama Kau hidupkan aku
Janganlah gelincirkan hatiku setelah Engkau tunjuki aku
Karuniakan padaku rakhmat dari sisiMu
Sungguh, Engkaulah Maha Pemberi.

Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad
Jadikanlah aku daripada pengikut dan golongannya
Kumpulkan aku pada kelompoknya

Bimbinglah aku untuk melaksanakan kewajiban Jum’at, yang Kau wajibkan atasku untuk aku taati dan Kau bagikan kurnia pada hari pembalasan pada orang yang layak menerimanya.
Sungguh, Engkaulah Yang Maha Gagah dan Maha Bijaksana

-----------------------

(Kitab Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, pasal 3)

Sumber : SINI

Thursday, November 5, 2009

Wasiat Imam Shafie

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

"Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada pada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR.

Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu: Menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (PENJAGA SYURGA)

Iaitu: Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW

Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Saturday, October 31, 2009

LEBAM DIDAHI TANDA KUAT BERAMAL ?

بسم الله الرحمن الرحيم


مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ

Yang artinya, “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan Dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu Lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud” (Q.S. al-Fath:29).

Banyak orang yang salah faham dengan maksud ayat ini. Ada yang mengira bahwa dahi yang hitam kerana sujud itulah yang dimaksudkan dengan ‘tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud’. Padahal bukan demikian yang dimaksudkan.

Diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan dari Ibnu Abbas bahwa yang dimaksudkan dengan ‘tanda mereka…” adalah perilaku yang baik.

Diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang kuat daripada Mujahid bahwa yang dimaksudkan adalah kekhusyukan.

Juga diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan dari Qatadah, beliau berkata, “Ciri mereka adalah shalat” (Tafsir Mukhtashar Shahih hal 546).

عَنْ سَالِمٍ أَبِى النَّضْرِ قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى ابْنِ عُمَرَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ قَالَ : مَنْ أَنْتَ؟ قَالَ : أَنَا حَاضِنُكَ فُلاَنٌ. وَرَأَى بَيْنَ عَيْنَيْهِ سَجْدَةً سَوْدَاءَ فَقَالَ : مَا هَذَا الأَثَرُ بَيْنَ عَيْنَيْكَ؟ فَقَدْ صَحِبْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمْ فَهَلْ تَرَى هَا هُنَا مِنْ شَىْءٍ؟

Daripada Salim Abu Nadhr, ada seorang yang datang menemui Ibnu Umar. Setelah orang tersebut mengucapkan salam, Ibnu Umar bertanya kepadanya, “Siapakah anda?”. “Aku adalah anak asuhmu”, jawab orang tersebut. Ibnu Umar melihat ada bekas sujud yang berwarna hitam di antara kedua matanya. Beliau berkata kepadanya, “Bekas apa yang ada di antara kedua matamu? Sungguh aku telah lama bershahabat dengan Rasulullah, Abu Bakr, Umar dan Utsman. Apakah kau lihat ada bekas tersebut pada dahiku?” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3698)

عَنِ ابْنِ عُمَرَ : أَنَّهُ رَأَى أَثَرًا فَقَالَ : يَا عَبْدَ اللَّهِ إِنَّ صُورَةَ الرَّجُلِ وَجْهُهُ ، فَلاَ تَشِنْ صُورَتَكَ.

Dari Ibnu Umar, beliau melihat ada seorang yang pada dahinya terdapat bekas sujud. Ibnu Umar berkata, “Wahai hamba Allah, sesungguhnya penampilan seseorang itu terletak pada wajahnya. Janganlah kau jelekkan penampilanmu!” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3699).

عَنْ أَبِى عَوْنٍ قَالَ : رَأَى أَبُو الدَّرْدَاءِ امْرَأَةً بِوَجْهِهَا أَثَرٌ مِثْلُ ثَفِنَةِ الْعَنْزِ ، فَقَالَ : لَوْ لَمْ يَكُنْ هَذَا بِوَجْهِكِ كَانَ خَيْرًا لَكِ.

Dari Abi Aun, Abu Darda’ melihat seorang perempuan yang pada wajahnya terdapat ‘lebam’ seperti ‘lebam’ yang ada pada seekor kambing. Beliau lantas berkata, ‘Seandainya bekas itu tidak ada pada dirimu tentu lebih baik” (Riwayat Bahaqi dalam Sunan Kubro no 3700).

عَنْ حُمَيْدٍ هُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ : كُنَّا عِنْدَ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ إِذْ جَاءَهُ الزُّبَيْرُ بْنُ سُهَيْلِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ فَقَالَ : قَدْ أَفْسَدَ وَجْهَهُ ، وَاللَّهِ مَا هِىَ سِيمَاءُ ، وَاللَّهِ لَقَدْ صَلَّيْتُ عَلَى وَجْهِى مُذْ كَذَا وَكَذَا ، مَا أَثَّرَ السُّجُودُ فِى وَجْهِى شَيْئًا.

Dari Humaid bin Abdirrahman, aku berada di dekat as Saib bin Yazid ketika seorang yang bernama az Zubair bin Suhail bin Abdirrahman bin Auf datang. Melihat kedatangannya, as Saib berkata, “Sungguh dia telah merusak wajahnya. Demi Allah bekas di dahi itu bukanlah bekas sujud. Demi Allah aku telah shalat dengan menggunakan wajahku ini selama sekian waktu lamanya namun sujud tidaklah memberi bekas sedikitpun pada wajahku” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3701).

عَنْ مَنْصُورٍ قَالَ قُلْتُ لِمُجَاهِدٍ (سِيمَاهُمْ فِى وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ) أَهُوَ أَثَرُ السُّجُودِ فِى وَجْهِ الإِنْسَانِ؟ فَقَالَ : لاَ إِنَّ أَحَدَهُمْ يَكُونُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ مِثْلُ رُكْبَةِ الْعَنْزِ وَهُوَ كَمَا شَاءَ اللَّهُ يَعْنِى مِنَ الشَّرِّ وَلَكِنَّهُ الْخُشُوعُ.

Daripada Manshur, Aku bertanya kepada Mujahid tentang maksud dari firman Allah, ‘tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud’ apakah yang dimaksudkan adalah bekas di wajah?

Jawaban beliau, “Bukan!, bahkan ada orang yang ‘lebam’ yang ada di antara kedua matanya itu bagaikan ‘lebam’ yang ada pada lutut unta namun dia adalah orang penipu. Tanda yang dimaksudkan adalah kekhusyukan” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3702).

Bahkan Ahmad ash Showi mengatakan, “Bukanlah yang dimaksudkan oleh ayat adalah sebagaimana perbuatan orang-orang bodoh dan tukang riya’ iaitu tanda hitam yang ada di dahi kerana hal itu adalah ciri khas khawarij (baca: ahli bid’ah)” (Hasyiah ash Shawi 4/134, Dar al-Fikr).

Dari al Azroq bin Qois, Syarik bin Syihab berkata, “Aku berharap dapat bertemu dengan salah seorang shahabat Muhammad yang boleh menceritakan hadis tentang Khawarij kepadaku. Suatu hari aku berjumpa dengan Abu Barzah yang berada bersama satu rombongan para shahabat. Aku berkata kepadanya, “Ceritakanlah kepadaku hadis yang kau dengar daripada Rasulullah tentang Khawarij!”.

Beliau berkata, “Akan kuceritakan kepada kalian suatu hadis yang didengar sendiri oleh kedua telingaku dan dilihat oleh kedua mataku. Sejumlah wang dinar diserahkan kepada Rasulullah lalu beliau membahaginya. Ada seorang yang lebam kepalanya dan ada hitam-hitam bekas sujud di antara kedua matanya. Dia mengenakan dua lembar kain berwarna putih. Dia mendatangi Nabi dari arah sebelah kanan dengan harapan agar Nabi memberikan dinar kepadanya namun baginda tidak memberinya.

Dia lantas berkata, “Hai Muhammad hari ini engkau tidak membahagi dengan adil”.

Mendengar ucapannya, Nabi marah besar. Beliau bersabda, “Demi Allah, setelah aku meninggal dunia kalian tidak akan menemukan orang yang lebih adil dibandingkan diriku”. Demikian beliau ulangi sebanyak tiga kali. Kemudian beliau bersabda,

يَخْرُجُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ رِجَالٌ كَانَ هَذَا مِنْهُمْ هَدْيُهُمْ هَكَذَا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ ثُمَّ لاَ يَرْجِعُونَ فِيهِ سِيمَاهُمُ التَّحْلِيقُ لاَ يَزَالُونَ يَخْرُجُونَ

“Akan keluar dari arah timur orang-orang yang seperti itu penampilan mereka. Dia adalah bahagian daripada mereka. Mereka membaca al Qur’an namun al-Quran tidaklah mereka memahaminya. Mereka melesat keluar daripada agama sebagaimana anak panah melesat keluar daripada binatang sasarannya setelah menembusnya kemudian mereka tidak akan kembali kepada agama. Ciri khas mereka adalah tanda di dahi mereka akan selalu muncul” (HR Ahmad no 19798, dinilai shahih li gharihi oleh Syeikh Syu’aib al Arnauth).

Ada tanda ke di dahi anda?

Sumber: SINI

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails