Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Wednesday, October 6, 2010

Titik-titik Hitam

PERNAHKAH kita sampai ke tahap langsung tidak merasa bersalah dan menyesal melakukan dosa?

Jika itu yang berlaku, itu adalah tanda hati terlalu 'berkarat' dan mati.

Hati yang mati itu sama seperti jasad yang tidak bernyawa. Jika dipukul, ditepuk dan dicubit berkali-kali pun, ia tidak akan mendatangkan kesan.

Bila begini, perjalanan hidupnya diatur hanya mengikut kemahuan syahwat sendiri. Orang yang mati hatinya tidak dapat membezakan perbuatan baik dan buruk.

Bahkan, ada yang berbangga mereka bercerita perbuatan maksiat yang mereka lakukan kepada orang lain.

Jika itu yang berlaku, awas kerana semua itu adalah tanda hati terlalu 'berkarat' dan mati.

Hati yang mati itu sama seperti jasad yang tidak bernyawa. Jika dipukul, ditepuk dan dicubit berkali-kali pun, ia tidak akan mendatangkan kesan.

Perjalanan hidup yang diatur hanya mengikut kemahuan syahwat sendiri. Orang yang mati hatinya tidak dapat membezakan perbuatan baik dan buruk.

Sabda Nabi : "Ingatlah! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah. Jika baik, baiklah seluruh jasadnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati". (Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Setiap dosa dan maksiat yang dilakukan maka akan tumbuh satu titik hitam dalam hati mereka. Perkara itu jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Jelas sekali perwatakan golongan yang hati mati itu melalui sikapnya yang kejam, kasar dan tidak berperikemanusiaan.

Abdullah bin Abbas berkata: "Kebaikan itu mendatangkan sinar pada wajah, cahaya di hati, kelapangan dalam rezeki, kekuatan badan dan perasaan cinta di hati.

"Sedangkan dosa itu mendatangkan kesuraman pada wajah, kegelapan di hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan kebencian di hati manusia".

Sifat pendendam antara punca kepada masalah hati. Mereka sentiasa tidak puas hati ibarat meminum air di lautan; walau banyak yang diminum, ia tetap tidak habis.

Sikap ego yang bersarang dalam hati menjadi ibu sifat mazmumah yang membuatkan seseorang tidak tenang.

Begitu juga dengan rakan atau orang di sekeliling kita. Jika kita berkawan dengan orang soleh, pasti dia membawa kita mengingati Allah manakala orang jahil kepada kesesatan.

'Kematian' hati juga boleh dilihat apabila seseorang itu sedih orang lain mengatasi kehebatannya.

Mereka akan memastikan tidak ada yang boleh lebih daripadanya. Ini menambah sifat dendam yang memalapkan cahaya imannya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Jangan menjadikan ketawa keterlaluan sebagai cara menzahirkan perasaan gembira kerana boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Jika hati mati, syaitan mudah membawa kita ke lembah hina.

Sementara itu, antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah sifat pemarah.

Ego pula membuatkan golongan seperti ini memiliki sifat pantang dicabar. Allah mengunci mati hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup.

Pemilik hati mati pasti menolak kebenaran dari Allah dan suka melakukan kezaliman terhadap sesama makhluk.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan daripada jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah). Mereka mempunyai mata, tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda kekuasaan Allah). Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak gunakan untuk mendengar (ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai". (Surah al-A'raaf ayat 179).

Ketahuilah apabila hati menjadi keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan.

Hati yang mati akan menghilangkan rasa ketuhanan dalam diri seseorang.

Orang yang mati hatinya tergamak melakukan pelbagai jenayah dan salah laku yang bertentangan dengan agama akibat hati yang tidak ada tindak balas terhadap kebaikan.

Jika terus membiarkan diri bergelumang dengan maksiat ia akan menjadi penghalang utama amalan tidak diterima Allah.

Hati juga mempunyai beberapa sifat antaranya hati keras, degil dan berat untuk melakukan amal kebaikan.

Rezeki haram menyumbang 'kematian' hati. Ia juga melahirkan individu yang berpenyakit.

Makanan hati adalah ilmu.

Imam al-Ghazali menyatakan apabila seseorang itu tidak mendengar majlis ilmu selama tujuh hari, hatinya menjadi keras.

Justeru, didiklah diri supaya cintakan majlis ilmu, istiqamah membaca al-Quran, mengamalkan zikir setiap solat selain berkawan dengan orang beragama yang dapat mendorong kita berada di landasan agama yang benar.

Orang yang banyak dosa doa mereka tidak diterima malah akan merosakkan.

Hati orang yang banyak dosa pasti merasa sempit selain segala masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22).

Bagi meleburkan hati yang keras, sentiasa bertaubat, bersolat lima waktu secara berjemaah dan kerap melakukan qiamulail.

Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan.

Monday, January 4, 2010

Tunai amalan sunat perlu jihad tinggi dalam jiwa

DARIPADA Abu Hurairah, 'Junjunganku (Nabi Muhammad SAW) berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan, mengerjakan dua rakaat sembahyang dhuha dan juga supaya aku mengerjakan sembahyang witir sebelum aku tidur.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah melalui proses menunaikan segala perkara yang difardukan. Lebih tinggi daripada itu ialah melakukan amalan mendekatkan diri kepada Allah iaitu amalan an-Nawafil (sunat).



Untuk melakukan amalan seumpama itu memerlukan jihad yang tinggi dalam jiwa manusia, kemampuan serta kerelaan hati melaksanakannya, kesungguhan yang tidak pernah luntur dan berterusan, selain memusatkan segala kepentingan dan tujuan hanya kepada Allah semata-mata.


Antara amalan sunat yang digalakkan Rasulullah SAW ialah:



l Sembahyang sunat dhuha iaitu sembahyang yang dikerjakan dengan sekurang-kurangnya dua rakaat dan afdalnya ialah lapan rakaat. Masuk waktunya pula ialah apabila matahari meninggi kadar segalah.



l Berpuasa sunat terutama tiga hari dalam sebulan iaitu di hari putih (13, 14 dan 15 hari bulan dari bulan Qamariah).


l Sembahyang witir iaitu sembahyang sunat yang paling utama selepas sembahyang wajib. Waktunya bermula ialah selepas sembahyang Isyak hinggalah terbit fajar. Paling sedikit bilangan rakaatnya ialah satu rakaat dan paling banyak ialah 11 rakaat. Ia dinamakan sembahyang witir kerana ia dikerjakan dengan bilangan rakaat yang ganjil.


Namun begitu, dalam mengerjakan ibadat janganlah kita hanya mementingkan kuantiti amalan dilakukan tanpa memikirkan kualitinya kerana tiada gunanya amalan yang banyak dikerjakan sedangkan ia tidak diterima Allah mungkin disebabkan ibadat dikerjakan tanpa khusyuk atau kerana timbulnya perasaan riak yang membinasakan pahala.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Wednesday, December 30, 2009

Marah biar bertempat

Marah biar bertempat ikut panduan al-Quran, Sunnah Rasulullah

Bismillahirrahmanirrahim.

NABI SAW dalam hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: "Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah. Lalu Baginda bersabda: Jangan engkau marah." Nabi SAW mengulanginya sebanyak tiga kali.

Setiap manusia ada mempunyai sifat marah, begitu juga haiwan. Seekor kucing yang jinak dan manja akan marah apabila kita menyakitinya dengan menarik ekornya beberapa kali.

Sifat sabar adalah penghalang daripada sifat marah. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya kerana apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan.

Menurut Imam Al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati. Maka terpulang kepada seseorang untuk cepat marah, marah keterlaluan (marah tidak bertempat), marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) atau tidak tahu marah.

Marah yang sederhana adalah marah terpuji, manakala tidak tahu marah adalah terkeji dan marah keterlaluan adalah termasuk dalam marah terkeji yang dilarang oleh Nabi SAW seperti sabdanya.

Marah keterlaluan dilarang Islam kerana mendatangkan kesan dan implikasi tidak baik kepada orang yang marah, juga orang kena marah. Disebabkan marah ada rumah tangga runtuh, kerana marah anak didera, pembunuhan berlaku, anak lari dari rumah, majikan ditetak pembantu rumah dan kerana marah orang saman-menyaman.

Menurut Imam Al-Ghazali, 10 punca menyebabkan sifat marah:

  • rasa bangga diri (sombong)

  • takjub kepada peribadi sendiri

  • suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas

  • suka bercakap perkara sia-sia

  • suka membuat fitnah

  • suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara

  • khianat

  • tamak kepada harta dan pangkat

  • tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi dengki dan irihati.

    Apabila seseorang itu marah maka pergerakan fizikalnya akan turut berubah. Api kemarahan semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina.

    Orang yang marah akan merendah-rendahkan orang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara betul, semua tindakan mengikut nafsu kemarahannya.

    Bagi orang yang waras, tentu kita tidak sanggup melihat keadaan kita sewaktu marah jika ia dirakam dan ditayang semula untuk menontonnya. Bagi orang yang kena marah mungkin akan berdiam diri, kadang kala melawan dengan kata-kata atau kekuatan.

    Marah turut berlaku kepada individu yang mempunyai kedudukan seperti orang agama berstatus ustaz, ustazah, tuan guru, ulama, marah dan melenting.

    Marah yang dipuji adalah marah yang pertengahan, iaitu marah bertempat. Contohnya, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Nabi SAW mengajar dalam sabdanya yang bermaksud: "Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur."

    Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran, perlu ada marah.

    Contoh paling hebat berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali berada dalam satu peperangan; ketika itu beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya, tiba-tiba musuhnya itu meludah mukanya. Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya.

    Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya kepada Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya. Maka Saidina Ali menjawab: "Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana marah kepada kamu kerana meludahku." Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah.

    Sumber: Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)
  • Sunday, December 13, 2009

    Tiga Golongan Yang Dilaknat

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Assalamu'alaikum.

    Hadith :

    Dari Abu Hurairah r.a. katanya, “Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan daripada Allah pada hari kiamat, bahkan akan mendapat siksa yang pedih; iaitu si tua bangka yang berzina, raja atau kepala negara atau penguasa yang pendusta dan fakir yang sombong.(Muslim)

    Huraian:

    Setiap perbuatan berdosa adalah dikira sebagai maksiat kepada Allah SWT.

    Orang yang tidak pernah bertaubat daripada dosa yang pernah dilakukannya akan ditimpa laknat daripada Allah dan di akhirat kelak akan mendapat hukumannya.

    Tiga golongan yang disebutkan di dalam hadith di atas melambangkan tentang besarnya kesalahan dan dosa yang dilakukan memandangkan perkara-perkara tersebut sewajarnya tidak berlaku pada orang-orang yang menggunakan akal fikiran dan benar-benar menyedari hakikat diri mereka.

    Hanya orang yang keras hati dan mati jiwanya sahaja tidak takut akan kemurkaan Allah SWT dan tanpa mempedulikan kebenaran kewujudan hari pembalasan, mereka sanggup melakukan apa sahaja mengikut hasutan hawa nafsu sekalipun ia jelas perbuatan terkutuk dan terlarang dan sekalipun manusia sekeliling amat membenci dan mengutuknya.

    Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    Saturday, November 28, 2009

    Orang Yang Kuat

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Assalamu'alaiakum.

    RASULULLAH SAW berjalan melalui sekumpulan penduduk yang sedang mengangkat batu dan ingin melihat siapakah yang kuat di antara mereka. Nabi bertanya, "Apakah batu itu?" Jawab mereka, "Ini batu keras". Maka sabda Nabi SAW, "Mahukah saya beritahukan kepadamu yang lebih keras dari itu (batu)"? Jawab mereka, "Ya, Rasulullah".

    Maka sabda Nabi, "Orang yang bergaduh dengan kawannya sehingga berdendam, kemudian dapat mengalahkan syaitannya dan datang kepada kawannya itu lalu mengajak damai dan baik dengannya. Di dalam riwayat lain, Nabi SAW bertanya, "Apakah kamu mengukur kekuatan dengan mengangkat batu? Sukakah saya beritahukan kepadamu yang lebih kuat? Jawab mereka, "Baiklah Ya Rasulullah". Sabda Nabi, "Ya itu orang yang penuh marah lalu menahan marahnya dan sabar".

    Yahya bin Mu'adz berkata, "Sesiapa yang mendoakan orang yang menganiayanya, maka ia sudah menyusahkan Nabi Muhammad SAW di tengah-tengah nabi yang lainnya dan menyenangkan iblis di tengah-tengah syaitan dan orang kafir. Dan siapa yang memaafkan orang yang zalim, maka ia menyedihkan kepada iblis di tengah-tengah orang kafir dan syaitan dan menyenangkan Nabi Muhammad SAW di tengah-tengah golongan nabi dan orang solihin.

    Friday, November 6, 2009

    Berlindung dari mala petaka

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Assalamu'alaikum.

    Hadith :

    Daripada Ubai bin Kaab r.a. katanya: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila sampai 1/3 malam baginda pun bangun lalu bersabda, “ Wahai sekalian manusia ingatlah kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan yang pertama (gegaran/tiupan pertama) yang diikuti dengan peristiwa yang amat dahsyat (golombang/tiupan kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati dengan bermacam-macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut). Aku berkata:“ Ya Rasulullah, sesungguhnya aku akan memperbanyakkan selawat ke atasmu, maka sebanyak manakah yang aku perlu berselawat ke atasmu?” Baginda menjawab’ “Seberapa yang banyak kamu kehendaki”. Aku bertanya lagi, 1/4? Beliau menjawab, seberapa banyak yang kamu kehendaki maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan (selamat) kepada kamu. Aku bertanya lagi, “Bagaimana jika separuh?” beliau menjawab, “ Seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah menjadi kebajikan kepada kamu”. Aku bertanya lagi, “Bagaimana jika 2/3?” Baginda menjawab seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan kepada kamu”. Aku bertanya lagi, “bagaimana jika aku jadikan sepenuhnya untuk berselawat kepada mu?” Baginda menjawab, “Oleh yang demikian segala kehendakmu akan dipenuhi dan diampuni segala dosamu”. (Hassan)

    Huraian

    1. Rasulullah mengingatkan umatnya agar sentiasa mengingati Allah sepanjang masa dan mengingati mati kerana kematian adalah seumpama kiamat kecil bagi setiap manusia yang hidup. Bahkan kematian akan datang pada bila-bila masa dalam berbagai-bagai bentuk termasuk dengan berlakunya sesuatu bencana.

    2. Mala petaka yang datang seperti gempa bumi, ombak besar (tsunami), tiupan angin yang kuat (puting beliung) dan sebagainya adalah ujian yang ditentukan oleh Allah S.W.T. bagi menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran setiap hamba-Nya.

    3. Oleh itu umat manusia khususnya umat Islam hendaklah sentiasa beringat (jangan lalai dan alpa) dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya di samping berselawat ke atas baginda Rasulullah saw. sepanjang masa dan berdoa agar dijauhi dari segala mara bahaya dan bencana yang menimpa.

    4. Orang yang banyak berselawat adalah orang yang paling rapat dengan baginda di akhirat kelak di mana segala permohonan dan kehendaknya akan diperkenankan oleh Allah S.W.T di samping itu segala dosanya akan diampunkan dan sentiasa mendapat perlindungan dari-Nya.

    5. Sesungguhnya arahan Rasulullah saw. supaya umatnya memperbanyakkan selawat adalah juga disertai dengan suruhan agar kita tidak meninggalkan perintah agama serta menjauhi segala larangannya.

    Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    Wednesday, November 4, 2009

    Fadhilat Ayat Kursi

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Assalamu'alaikum.

    Daripada Anas bin Malik ra berkata; "Rasulullah SAW bersabda : Apabila seseorang daripada umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya daripada kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota daripada cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

    Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah! Apakah yang perlu dibaca setiap hari?" Sabda Rasulullah SAW; "Tidak! cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat".

    Umat-umat dahulu hanya sedikit yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itupun setelah mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul.Nya Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

    Fadhilatnya;


    1. Ayat Kursi merupakan ayat pendiding dari gangguan syaitan yang jahat.

    2. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi diibaratkan sepertimana ia membaca Al-Quran tiga kali khatam berturut-turut.

    3. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi, pada hari akhirat nanti Allah akan memberikannya mahkota yang menerangi semua penghuni dunia.

    4. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi akan diberikan pahala kebaikan kepadanya.

    5. Ayat Kursi penangkis segala kerja-kerja jahat dari syaitan dan kuncu-kuncunya.

    6. Ayat Kursi dapat menghilangkan perasaan ragu-ragu dan was-was yang datangnya daripada syaitan.

    Antara fadhilat AYAT KURSI yang lain berdasarkan hadith adalah seperti berikut:

    Barangsiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

    Barang siapa membaca ayat Kursi pada akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm perlindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain.

    Barang siapa membaca ayat Kursi pada akhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

    Barang siapa membaca ayat Kursi pada akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

    Barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

    Barang siapa membaca ayat Kursi pada akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

    Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberikan pertolongan kepadanya.

    Oleh sebab banyaknya fadhilat ayat ini hendaklah kita sentiasa mengamalkan membaca AYAT KURSI.

    Sunday, November 1, 2009

    Tamak Mengundang Mudarat

    Assalamu'alaikum.

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Hadith :

    Abu Said al-Khudri menerangkan bahawasanya Nabi SAW pada suatu hari duduk di atas mimbar dan kami duduk di sekitarnya.

    Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya di antara yang aku takut terhadap dirimu sesudah wafatku ialah kemewahan yang diberikan kepadamu. Iaitu kemewahan dunia dan hiasannya.

    Maka seorang lelaki berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kebaikan itu mendatangkan kejahatan?

    Maka nabi berdiam diri. Kerana itu seseorang berkata kepada orang tersebut : “Mengapa kamu? Apa urusan mu? Engkau bertanya kepada nabi, baginda tidak mahu menjawab?".

    Kemudian kami melihat bahawasanya nabi sedang diturunkan wahyu kepadanya.

    Abu Said berkata; “ Maka nabi menyapu peluh pada dirinya dan nabi bertanya: “Mana si penanya?” seolah-olah nabi memuji orang tersebut.

    Kemudian nabi bersabda: “Sesungguhnya kebaikan itu tidak mendatangkan kejahatan. Dan sesungguhnya di antara yang ditumbuhkan musim bunga, ada yang memusnahkan binatang lantaran kekenyangan atau hampir-hampir membinasakannya kecuali binatang yang memakan sayur-sayuran. Dia memakan umpan hingga apabila telah buncit lambungnya, maka dia pun menatang matahari lalu dia mengeluarkan kotoran dan kencing serta pergi ke padang penggembalaan. Dan sesungguhnya harta itu indah lagi sedap. Maka sebaik-baik harta orang Muslim ialah yang diberikan sebahagiannya kepada orang miskin, anak yatim dan ibnu sabil. Atau sebagaimana nabi pernah sabdakan. Dan bahawasanya orang yang mengambil harta dengan bukan haknya adalah sebagai orang yang memakan dan tidak merasa kenyang. Dan jadilah harta itu saksi atas dirinya di hari kiamat.” (al-Bukhari dan Muslim)

    Huraian:

    Allah melarang kita daripada bersifat tamak dan suka mengumpulkan harta akan tetapi tidak suka bersedekah dan menafkahkan harta tersebut ke jalan Allah.

    Sedangkan orang yang banyak bersedekah adalah orang yang melaburkan saham untuk kepentingan akhirat.

    Hakikatnya harta itu adalah fitnah seumpama binatang yang hidup di padang ternakan.

    Ada yang mati akibat terlalu banyak makan dan ada yang mengeluarkannya kembali sehingga tidak membuncitkan perutnya.

    Perumpamaan ini adalah bagi orang yang membelanjakan hartanya di jalan-jalan kebajikan. Justeru dalam mencari harta kita perlu bersederhana jangan terlalu tamak hingga mengundang mudarat.

    Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    Saturday, October 31, 2009

    LEBAM DIDAHI TANDA KUAT BERAMAL ?

    بسم الله الرحمن الرحيم


    مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ

    Yang artinya, “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan Dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu Lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud” (Q.S. al-Fath:29).

    Banyak orang yang salah faham dengan maksud ayat ini. Ada yang mengira bahwa dahi yang hitam kerana sujud itulah yang dimaksudkan dengan ‘tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud’. Padahal bukan demikian yang dimaksudkan.

    Diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan dari Ibnu Abbas bahwa yang dimaksudkan dengan ‘tanda mereka…” adalah perilaku yang baik.

    Diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang kuat daripada Mujahid bahwa yang dimaksudkan adalah kekhusyukan.

    Juga diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan dari Qatadah, beliau berkata, “Ciri mereka adalah shalat” (Tafsir Mukhtashar Shahih hal 546).

    عَنْ سَالِمٍ أَبِى النَّضْرِ قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى ابْنِ عُمَرَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ قَالَ : مَنْ أَنْتَ؟ قَالَ : أَنَا حَاضِنُكَ فُلاَنٌ. وَرَأَى بَيْنَ عَيْنَيْهِ سَجْدَةً سَوْدَاءَ فَقَالَ : مَا هَذَا الأَثَرُ بَيْنَ عَيْنَيْكَ؟ فَقَدْ صَحِبْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمْ فَهَلْ تَرَى هَا هُنَا مِنْ شَىْءٍ؟

    Daripada Salim Abu Nadhr, ada seorang yang datang menemui Ibnu Umar. Setelah orang tersebut mengucapkan salam, Ibnu Umar bertanya kepadanya, “Siapakah anda?”. “Aku adalah anak asuhmu”, jawab orang tersebut. Ibnu Umar melihat ada bekas sujud yang berwarna hitam di antara kedua matanya. Beliau berkata kepadanya, “Bekas apa yang ada di antara kedua matamu? Sungguh aku telah lama bershahabat dengan Rasulullah, Abu Bakr, Umar dan Utsman. Apakah kau lihat ada bekas tersebut pada dahiku?” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3698)

    عَنِ ابْنِ عُمَرَ : أَنَّهُ رَأَى أَثَرًا فَقَالَ : يَا عَبْدَ اللَّهِ إِنَّ صُورَةَ الرَّجُلِ وَجْهُهُ ، فَلاَ تَشِنْ صُورَتَكَ.

    Dari Ibnu Umar, beliau melihat ada seorang yang pada dahinya terdapat bekas sujud. Ibnu Umar berkata, “Wahai hamba Allah, sesungguhnya penampilan seseorang itu terletak pada wajahnya. Janganlah kau jelekkan penampilanmu!” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3699).

    عَنْ أَبِى عَوْنٍ قَالَ : رَأَى أَبُو الدَّرْدَاءِ امْرَأَةً بِوَجْهِهَا أَثَرٌ مِثْلُ ثَفِنَةِ الْعَنْزِ ، فَقَالَ : لَوْ لَمْ يَكُنْ هَذَا بِوَجْهِكِ كَانَ خَيْرًا لَكِ.

    Dari Abi Aun, Abu Darda’ melihat seorang perempuan yang pada wajahnya terdapat ‘lebam’ seperti ‘lebam’ yang ada pada seekor kambing. Beliau lantas berkata, ‘Seandainya bekas itu tidak ada pada dirimu tentu lebih baik” (Riwayat Bahaqi dalam Sunan Kubro no 3700).

    عَنْ حُمَيْدٍ هُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ : كُنَّا عِنْدَ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ إِذْ جَاءَهُ الزُّبَيْرُ بْنُ سُهَيْلِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ فَقَالَ : قَدْ أَفْسَدَ وَجْهَهُ ، وَاللَّهِ مَا هِىَ سِيمَاءُ ، وَاللَّهِ لَقَدْ صَلَّيْتُ عَلَى وَجْهِى مُذْ كَذَا وَكَذَا ، مَا أَثَّرَ السُّجُودُ فِى وَجْهِى شَيْئًا.

    Dari Humaid bin Abdirrahman, aku berada di dekat as Saib bin Yazid ketika seorang yang bernama az Zubair bin Suhail bin Abdirrahman bin Auf datang. Melihat kedatangannya, as Saib berkata, “Sungguh dia telah merusak wajahnya. Demi Allah bekas di dahi itu bukanlah bekas sujud. Demi Allah aku telah shalat dengan menggunakan wajahku ini selama sekian waktu lamanya namun sujud tidaklah memberi bekas sedikitpun pada wajahku” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3701).

    عَنْ مَنْصُورٍ قَالَ قُلْتُ لِمُجَاهِدٍ (سِيمَاهُمْ فِى وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ) أَهُوَ أَثَرُ السُّجُودِ فِى وَجْهِ الإِنْسَانِ؟ فَقَالَ : لاَ إِنَّ أَحَدَهُمْ يَكُونُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ مِثْلُ رُكْبَةِ الْعَنْزِ وَهُوَ كَمَا شَاءَ اللَّهُ يَعْنِى مِنَ الشَّرِّ وَلَكِنَّهُ الْخُشُوعُ.

    Daripada Manshur, Aku bertanya kepada Mujahid tentang maksud dari firman Allah, ‘tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud’ apakah yang dimaksudkan adalah bekas di wajah?

    Jawaban beliau, “Bukan!, bahkan ada orang yang ‘lebam’ yang ada di antara kedua matanya itu bagaikan ‘lebam’ yang ada pada lutut unta namun dia adalah orang penipu. Tanda yang dimaksudkan adalah kekhusyukan” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3702).

    Bahkan Ahmad ash Showi mengatakan, “Bukanlah yang dimaksudkan oleh ayat adalah sebagaimana perbuatan orang-orang bodoh dan tukang riya’ iaitu tanda hitam yang ada di dahi kerana hal itu adalah ciri khas khawarij (baca: ahli bid’ah)” (Hasyiah ash Shawi 4/134, Dar al-Fikr).

    Dari al Azroq bin Qois, Syarik bin Syihab berkata, “Aku berharap dapat bertemu dengan salah seorang shahabat Muhammad yang boleh menceritakan hadis tentang Khawarij kepadaku. Suatu hari aku berjumpa dengan Abu Barzah yang berada bersama satu rombongan para shahabat. Aku berkata kepadanya, “Ceritakanlah kepadaku hadis yang kau dengar daripada Rasulullah tentang Khawarij!”.

    Beliau berkata, “Akan kuceritakan kepada kalian suatu hadis yang didengar sendiri oleh kedua telingaku dan dilihat oleh kedua mataku. Sejumlah wang dinar diserahkan kepada Rasulullah lalu beliau membahaginya. Ada seorang yang lebam kepalanya dan ada hitam-hitam bekas sujud di antara kedua matanya. Dia mengenakan dua lembar kain berwarna putih. Dia mendatangi Nabi dari arah sebelah kanan dengan harapan agar Nabi memberikan dinar kepadanya namun baginda tidak memberinya.

    Dia lantas berkata, “Hai Muhammad hari ini engkau tidak membahagi dengan adil”.

    Mendengar ucapannya, Nabi marah besar. Beliau bersabda, “Demi Allah, setelah aku meninggal dunia kalian tidak akan menemukan orang yang lebih adil dibandingkan diriku”. Demikian beliau ulangi sebanyak tiga kali. Kemudian beliau bersabda,

    يَخْرُجُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ رِجَالٌ كَانَ هَذَا مِنْهُمْ هَدْيُهُمْ هَكَذَا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ ثُمَّ لاَ يَرْجِعُونَ فِيهِ سِيمَاهُمُ التَّحْلِيقُ لاَ يَزَالُونَ يَخْرُجُونَ

    “Akan keluar dari arah timur orang-orang yang seperti itu penampilan mereka. Dia adalah bahagian daripada mereka. Mereka membaca al Qur’an namun al-Quran tidaklah mereka memahaminya. Mereka melesat keluar daripada agama sebagaimana anak panah melesat keluar daripada binatang sasarannya setelah menembusnya kemudian mereka tidak akan kembali kepada agama. Ciri khas mereka adalah tanda di dahi mereka akan selalu muncul” (HR Ahmad no 19798, dinilai shahih li gharihi oleh Syeikh Syu’aib al Arnauth).

    Ada tanda ke di dahi anda?

    Sumber: SINI

    Sunday, October 25, 2009

    Tujuh Golongan Insan Contoh

    Assalamu'alaikum.

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Rasulullah saw bersabda yang maksudnya : "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; antaranya ialah : Pemerintah yang adil. Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Allah. Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah; kedua-duanya bertemul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah. Lelaki yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersama dengannya lalu ia menolak dengan berkata : "Aku takut kepada Allah!". Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah". (Hadith : Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

    Pengajaran hadis:

    Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :

    a) Pemerintah yang adil- Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

    b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya;

    "Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana pada usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan pada masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuh. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

    c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.

    Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

    d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya bertemu dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah.

    Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar hubungan yg didasarkan kasihsayang kerana Allah akan mendapat pahala, restu dan keberkatan daripadaNya. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat.

    e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:" Aku takut kepada Allah!"

    Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

    f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.

    Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya' dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu. Orang yang beramal tidak ikhlas tidak akan mendapat pahala bahkan akan berdosa.

    g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.

    Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifatNya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

    Semoga kita dapat pengajaran dan beramal dgn hadis ini.

    Anda Juga Mungkin Meminati

    Related Posts with Thumbnails