Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Lelaki tertinggi di dunia tetamu Himpunan Remaja


KOTA BHARU, 14 Ogos: Lelaki tertinggi di dunia berasal dari Punjab Pakistan, Ijaz Ahmed, 28, menjadi tetamu Himpunan Remaja dan Majlis Makan Colek di Qaryah Ramadan, kelmarin.

Beliau berada di negeri ini selama dua hari sebagai tetamu dan juga untuk memohon sumbangan derma orang ramai bagi mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai rawatan kakinya akibat kemalangan dua tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,  Kebudayaan dab Pelancongan negeri,  Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Ijaz yang mempunyai ketinggian 8 kaki 4 inci itu telah mengalami kemalangan jalan raya dua tahun lalu.

"Akibatnya, Ijaz mengalami masaalah kaki dan ianya perlu dirawat," ujarnya.

Menurutnya, sebagai seorang anak yang berada dalam lingkungan keluarga miskin, beliau tidak mampu menanggung kos yang tinggi untuk merawat kakinya itu.

Sementara itu, orang ramai turut diraikan dengan jamuan colek sempena majlis penyampaian hadiah pameran auto show, petang kelmarin.

Turut berucap pada majlis itu Penolong Pengarah Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Mohd Nasir Mat Soh.

Monday, August 16, 2010

Ribut



Keadaan Bazar Ramadan Stadium Jasin yang berselerak selepas dipukul ribut
mengakibatkan dua peniaga dan seoarng pengunjung maut di Jasin, Melaka,Khamis 11 Ogos 2010.


Ribut Di Bazar Ramadhan di Jasin

JASIN 13 Ogos - Tiga terbunuh manakala 18 lagi peniaga cedera dalam kejadian ribut taufan di Bazar Ramadan Stadium Jasin di sini, pada hari kedua umat Islam berpuasa hari ini.

Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang sibuk membuat persiapan untuk memulakan perniagaan.

Dua peniaga yang maut ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan pembantu peniaga murtabak, Mahadi Muhammad, 39. Kedua-dua mereka cedera di kepala setelah dipercayai terkena objek keras ketika kejadian tersebut.

Sementara itu, seorang pengunjung yang terbunuh ialah Muhamad Wahab, 49, dari Kampung Rim.

Saksi kejadian yang juga peniaga tebu, Izil Mazan, 61, berkata, sebelum kejadian langit gelap dengan disertai hujan renyai-renyai.

"Ketika itu kira-kira 50 peniaga di situ sedang sibuk dengan persiapan untuk memulakan perniagaan.

"Tiba-tiba sahaja kami dilanda ribut sekuat-kuatnya sehingga payung, khemah dan meja diterbangkan angin dalam sekelip mata," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, dalam keadaan cemas itu, dia sempat melihat sebuah khemah terbang setinggi tiang lampu dah hanya mampu melaungkan Allah berkali-kali.

Menurutnya, ribut yang berlarutan kira-kira tiga minit itu menerbangkan semua peralatan berniaga miliknya dalam sekelip mata.







Ribut musnahkan bumbung sebelas penghuni flat

Deretan kereta yang terkena kayu serpihan bumbung semasa kejadian ribut
yang melanda Flat Desa Sepakat, Taman Sri Manja, Petaling Jaya, semalam. – gambar/Angelina Sinyang

PETALING JAYA 15 Ogos – Sebanyak 11 keluarga yang tinggal di Flat Desa Sepakat, Taman Sri Manja di sini terpaksa berbuka puasa di luar setelah bumbung dapur rumah mereka musnah dalam kejadian ribut petang ini.

Ribut itu berlaku pukul 3.35 petang turut merosakkan 18 buah kenderaan milik penduduk flat itu.

Ini berikutan palang kayu dan atap asbestos tingkat atas flat sembilan tingkat itu jatuh dan menghempap kenderaan yang diletakkan di pekarangan perumahan tersebut.

Angin kencang dan hujan lebat yang melanda kira-kira tiga minit itu turut menerbangkan bumbung rumah penghuni di tingkat sembilan, Blok A pangsapuri berkenaan namun kesemua mereka bernasib baik kerana tiada kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Timbalan Pengerusi Penduduk Blok A dan B Flat Desa Sepakat, Mohd. Mustafa Othman, 62, berkata, ribut itu hanya menerbangkan bumbung rumah penduduk yang tinggal di tingkat sembilan, Blok A.

“Flat Desa Sepakat mempunyai lima blok tetapi hanya Blok A yang terlibat dalam kejadian ribut ini.

“Terdapat 280 keluarga menghuni bangunan terbabit tetapi hanya 11 keluarga iaitu yang tinggal di tingkat sembilan yang menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Friday, August 13, 2010

13 hotel sah halal



Hanya 13 hotel sah halal

Oleh AZIAN AZIZ


SHAH ALAM 11 Ogos – Hanya 13 hotel di Selangor telah mendapat pengesahan halal dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sehubungan itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, umat Islam di Selangor diingatkan supaya sensitif dengan status halal hidangan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini terutama jika berbuka di hotel.

Beliau berkata, hanya hotel yang dapurnya telah disahkan halal oleh JAIS dan Jakim boleh diyakini bebas daripada penggunaan bahan-bahan mentah yang tidak halal dan meragukan serta jaminan kebersihan penyediaan dan pengendalian mengikut hukum syarak.Butiran selanjtnya di Utusan Malaysia Online

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails