Showing posts with label Krisis Mesir. Show all posts
Showing posts with label Krisis Mesir. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

14 juta rakyat Mesir undi pinda Perlembagaan


KAHERAH 21 Mac - Sebanyak 77 peratus rakyat Mesir menyokong pindaan perlembagaan di bawah rancangan tentera negara ini untuk memulihkan segera pemerintahan awam berikutan protes besar-besaran yang menyingkirkan Presiden Hosni Mubarak bulan lepas.

Lebih 14 juta rakyat Mesir atau 77.2 peratus daripada mereka yang mengundi dalam pungutan suara, menyokong pindaan perlembagaan yang bertujuan untuk dijadikan panduan oleh negara ini dalam menghadapi pilihan raya Presiden dan Parlimen dalam tempoh enam bulan, kata pengerusi suruhanjaya penganjur, Mohammed Attiya.

Seramai empat juta lagi atau 22.8 peratus menolak pindaan itu, katanya pada sidang media semalam.

Sejumlah 18.5 juta orang atau 41 peratus daripada kira-kira 45 juta pengundi berdaftar keluar kelmarin untuk kali pertama menunaikan hak mereka di bawah sistem demokrasi sebenar, selepas demonstrasi 18 hari menamatkan pemerintahan autoritarian Mubarak selama 30 tahun.

Pada zaman Mubarak, peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya selalunya rendah kerana tidak wujud persaingan sebenar dan kebanyakan rakyat tidak yakin undi mereka akan diambil kira kerana penipuan dan pemalsuan undi berlaku secara meluas.

Pungutan suara mengenai pindaan terhad terhadap perlembagaan negara yang diwarisi daripada rejim Mubarak melibatkan persaingan sengit antara kem yang menyokong pindaan itu dengan mereka yang menentangnya.

Pindaan yang diluluskan itu dengan sendirinya tidak menimbulkan kontroversi walaupun pengkritik mendakwa perubahan tidak cukup besar dalam merombak piagam zaman Mubarak yang menurut mereka perlu ditulis semula sepenuhnya.

Mengikut pindaan itu, perkhidmatan Presiden akan dihadkan kepada dua penggal selama empat tahun setiap satu, dan beliau tidak lagi memiliki kuasa untuk menghadapkan orang awam ke mahkamah tentera.

Keadaan darurat yang mengawal kehidupan rakyat Mesir selama berdekad-dekad hanya boleh dikenakan selama enam bulan sahaja tanpa kelulusan dalam pungutan suara.

Kumpulan belia yang mengetuai gerakan protes menjatuhkan Mubarak menyertai pelbagai parti politik sekular dan tokoh pembangkang dalam menyeru pengundi supaya menolak pindaan itu, dengan alasan, jadual waktu yang ditetapkan oleh tentera terlalu suntuk untuk membolehkan gerakan baru menyusun anggota pada peringkat akar umbi.

Namun aktivis belia yang bernaung di bawah Perikatan Belia Revolusi akur dengan keputusan pungutan suara itu dan di laman Facebook, menyeru penyokong mereka supaya turut menerimanya. - AFP

Tuesday, February 15, 2011

Prestasi buruk pelancongan Mesir

Disalin daripada Kosmo
MESIR sunyi sepi tanpa pelancong sejak tercetusnya rusuhan di negara itu penghujung Januari lalu
SEPERTI ada yang tidak kena di lokasi kemegahan pelancong di Mesir itu. Selama ini, Giza yang terletak di kawasan pinggiran ibu negaranya, Kaherah penuh dengan lambakan pelancong seantero dunia kerana piramid-piramidnya, kini sunyi sepi.

Daniel Tham dari Malaysia turut merasai keadaan itu. Daniel seperti pelancong- pelancong lain tidak melepaskan peluang merakam gambar terutama piramid-piramid sebagai kenangan. Namun, dia merasakan seperti ada kekurangan. Ya, ke manakah perginya orang-orang tempatan di negara itu dan ke manakah pergi pengunjung-pengunjung lain?

Daripada ribuan pelancong asing yang lazimnya memenuhi bas, tetapi pada Rabu lalu hanya Daniel dan rakannya saja yang ada. Lebih malang, mereka hanya berpeluang merakam gambar piramid yang merupakan salah satu keajaiban dunia itu dari jarak jauh. Semuanya gara-gara pintu gerbang memasuki lokasi bersejarah itu dikunci sejurus selepas tercetusnya rusuhan di negara itu penghujung Januari lalu.

"Banyak lagi yang ditutup, agensi-agensi pelancongan juga tak boleh membawa kami ke mana-mana, satu lagi, di sana tiada perkhidmatan kereta api," keluh Daniel ketika ditemui Reuters.

Kata Daniel, rancangannya tidak menjadi kenyataan. Dia hanya melihat saja sebahagian pemandangan dan sejarah hebat Mesir walhal ada banyak lagi yang perlu dilawati.

Pengunjung takut

Pergolakan berdarah itu menyebabkan ramai pengunjung luar berasa takut. Mereka segera berkampung di lapangan terbang. Tujuan mereka hanya satu. Kesemuanya mahu keluar dari negara itu. Ia bukanlah masa yang sesuai untuk bergembira dan percutian harus dibatalkan serta-merta.

Dengan berbuat demikian, bermakna mereka memberi prestasi buruk terhadap industri pelancongan Mesir dan ekonominya.

Fouad Hassan, 63, seorang rakyat tempatan juga mengeluh. Pintu rezekinya tertutup. "Kami mahu hidup dengan aman, orang luar telah pun pulang ke negara masing-masing. Sampai bila keadaan ini akan berterusan," kata Fouad yang terpaksa menutup kedai cenderamatanya.

Di sebalik kemurungan itu, ada satu perkara yang perlu diketahui. Kebanyakan pemandu pelancong dan peniaga-peniaga di Giza menyokong kepimpinan Presiden, Hosni Mubarak. Mereka cukup marah dengan penunjuk perasaan yang mahu menjatuhkan Presiden mereka.

"Beliau (Mubarak) telah melakukan yang terbaik, kamu tahu? Pada masa yang sama, beliau juga banyak mengubah 90 hingga 95 peratus wajah Mesir seperti yang dilihat sekarang ini," beritahu Abdullah, 35, yang merupakan pemandu pelancong yang sudah kehilangan pelancong.
GAMAL, 54, menunggu pelancong untuk menggunakan khidmat untanya di Giza, Mesir.
Mubarak dikatakan telah melaksanakan pelbagai transformasi. Di tengah-tengah Kaherah misalnya, iaitu jalan yang menjadi kawasan pergolakan sebenarnya terletak dalam lingkungan kawasan Muzium Mesir yang terkandung mumia-mumia, harta karun, barang antik sejak zaman Firaun. Ia menjadi fokus utama kerajaan negara itu dalam aktiviti pelancongannya.

Piramid Giza yang terletak 15 kilometer (km) dari pusat bandar Dataran Tahrir, dianggap terlalu 'tenang' bagi penduduk tempatan. Dulu, kawasan itu tidak putus-putus dikunjungi pelancong luar. Situasi itu sememangnya sangat janggal.

Jalan-jalan yang berdebu dekat piramid-piramid itu lazimnya sarat dengan lalu-lalang unta begitu juga dengan penjual minyak wangi dan orang ramai. Tapi kini, semuanya lenyap.

Sungguh mengecewakan apabila pemilik-pemilik kedai hanya duduk di depan kedai masing-masing. Rusuhan kata mereka, telah menjerat perniagaan yang diusahakan. Sokongan kepada Mubarak sebelum ini, telah menyelamatkan mereka dan berjaya menggamit jutaan pelancong ke Mesir setiap tahun.

Mubarak diberi jolokan sebagai 'Firaun' oleh sesetengah rakyat Mesir. Mereka menggambarkan Presiden mereka sebagai seorang yang bersekongkol dengan Barat dan orang-orang sekelilingnya dijadikan sebagai benteng kestabilan.Ramai yang mengkritik bahawa kerajaan yang dikendalikan oleh Mubarak sangat kejam, suka menindas dan penuh dengan unsur rasuah.

Kepimpinan yang kejam

Pasukan Mubarak juga dilaporkan berjuang dalam pemberontakan kekerasan orang Islam di selatan Mesir pada tahun 1990-an. Pemberontakan itu melibatkan serangan berdarah ke atas pelancong-pelancong di Luxor. Justeru, Mubarak mengambil langkah menempatkan askar-askar untuk menjaga kawasan kereta api, resort dan lokasi yang menjadi tumpuan ramai.

"Ia selamat dan ia benar-benar selamat dengan adanya Mubarak," kata Ayman yang merupakan penjual cenderamata. Ketika itu dia duduk di luar kedainya yang dipenuhi dengan poskad, daun papyrus, seramik dan barang hiasan berbentuk piramid.

Sebelum tercetusnya rusuhan, industri pelancongan Mesir berkembang secara konsisten selama beberapa dekad lamanya sebelum bom diledakkan di Semenanjung Sinai, yang terletak di antara Laut Mediterranean dan Laut Merah, Mesir. Lebih 12 juta pelancong berkunjung ke Mesir pada tahun 2009 dengan janaan pendapatan mencecah AS$11 bilion (RM33.5 bilion).

Pada hari-hari biasa kata Ayman, lazimnya dia melihat sekitar 200 hingga 300 pelanggan di kedai dekat Sphinx, sebahagian besarnya dari Eropah. Tapi pada Rabu lalu, hanya tiga orang saja datang ke situ.

Namun jiran lelaki itu, Gouda Fayed, 55, ada pandangan tersendiri. Sambil menghirup teh di kedainya yang penuh dengan monumen yang melambangkan keagungan Mesir 4,500 tahun lalu dia berkata: "Saya pasti, jika semuanya tamat, segala-galanya akan kembali seperti biasa." - Reuters

Saturday, February 12, 2011

Mubarak letak jawatan, rakyat Mesir berpesta



12/02/2011 3:20am

KAHERAH 12 Feb. - Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan jutaan rakyatnya apabila meletakkan jawatan yang diumumkan oleh naib presidennya, Omar Suleiman dalam televisyen negara itu malam tadi.

“Mengambil kira ketegangan yang berlaku, presiden mengambil keputusan meletak jawatannya sebagai presiden dan Majlis Tertinggi Tentera akan mengambilalih pentadbiran negara,” kata Omar ketika mengumumkannya dalam televisyen.

Jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tharir dan yang mengadakan tunjuk perasaan diseluruh negara bersorak dan menari kegembiraan sebaik Omar membuat pengumuman tersebut.

Mubarak, 82, yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Di Tunis, rakyat Tunisia turut berpesta meraikan perletakkan jawatan Mubarak selepas empat minggu mereka menggulingkan Zine El Abidine Ben Ali dari tampuk pemerintahan dengan menari dan membunyikan hon kenderaan sepanjang jalan.

Sebelum itu, satu sumber memberitahu AFP, setiausaha agung parti pemerintah Mesir, Parti Demokratik yang baru dilantik oleh Mubarak, Hossam Badrawi meletakkan jawatan. - AFP

Laungan 'berambus Mubarak' bergema seluruh Mesir


Sebahagian kecil daripada ratusan ribu penunjuk perasaan yang berhimpun di Dataran Tahrir di Kaherah bersorak gembira ketika meraikan berita peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak yang diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman, malam tadi - REUTERS


KAHERAH 11 Feb. - Ilhal Mubarak! Ilhal Mubarak! Laungan yang bermakna 'Berambus, Mubarak, Barambus!' bergema bermula daripada kami memasuki pusat bandar raya sebelum meletak kereta kira-kira satu kilometer dari Dataran Tahrir, senja semalam.

Di laluan yang sama, puluhan orang lagi berduyun-duyun menghala ke satu destinasi sambil membawa bendera merah, putih dan hitam Mesir. Rata-ratanya golongan muda. Terdapat juga pasangan yang membawa anak-anak. Nampaknya potensi untuk bersesak di Dataran Tahrir, bukan penghalang.

Waktu hampir 8 malam dan momentum ketika itu ialah Presiden Hosni Mubarak akan meletak jawatan.
Di Dataran Tahrir tersebut, ratusan ribu sudah memenuhi kawasan sekitarnya. Laungan Ilhal, Ilhal lagi kuat, lagi nyaring. Sesekali pembesar suara memainkan lagu patriotik dan apabila tiba pada korus, hampir semua melaungkan 'Ya Mosr' (sebutan Arab untuk Mesir).

Jika hendak dibandingkan, pengalaman memasuki Dataran Tahrir ibarat memasuki stadium antara pasukan 'rakyat' dan 'Hosni Mubarak'. Ini kerana orang ramai yang sama-sama berjalan ke situ menyanyi lagu patriotik sambil mengibar bendera negara (bukan parti politik seperti yang kita biasa lihat di Malaysia) dan ada yang melukis bendera pada dahi atau pipi mereka.

''Malam ini dia undur. Malam ini dia berambus!" kata seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Muhamad. Desas-desus mengenai pengumuman tersebut telah bernyala sejak petang, mendorong orang ramai berduyun-duyun menuju ke Dataran Tahrir.

Malah, seorang diplomat yang Utusan Malaysia temui semalam turut memberitahu terdapat spekulasi mengatakan Mubarak akan berundur dan pergi ke Jerman atas alasan menjalani rawatan kesihatan. Ada juga lebih percaya beliau yang telah memerintah Mesir selama 30 tahun akan mendapatkan perlindungan di Emiriah Arab Bersatu.

Pos kawalan pertama yang dilalui adalah pagar tentera tetapi pengawal peribadi yang diupah berkata, sesuatu yang menyaksikan saya dan dua lagi wakil media Malaysia dibenar masuk tanpa perlu diperiksa pasport atau beg.

Namun, kawalan kedua ialah kumpulan penunjuk perasaan. Mereka hendak memastikan tiada polis atau sesiapa yang disyaki pengacau memasuki kawasan dataran.
Melihat wajah saya yang mirip Chow Yuen Fatt, soalan pertama ditanya ''You, Chinese?''. ''No. Malaysia," saya jawab sambil menunjukkan pasport. ''Muslimin?'' soalnya lagi dan saya angguk kepala. ''Welcome!," kata pengawal yang menyuruh saya ke belakang untuk diperiksa badan pula.

Lagi sekali soalan sama ditanya. Keseluruhannya tiga pos kawalan penunjuk perasaan perlu dilalui sebelum betul-betul memasuki dataran. Secara umumnya, mereka yang menjadi pengawal adalah berdisiplin dan teratur. Untuk wanita, sekumpulan pemeriksa muslimah bersedia di sebelah.

Di satu sudut kelihatan gerai menyediakan stok-stok perubatan. Stok yang ada di situ mencukupi untuk rawatan puluhan orang. Jelas penunjuk perasaan di situ telah menyusun strategi dan persediaan secukupnya menghadapi kemungkinan berkampung di situ untuk tempoh yang panjang.

Apatah lagi pada mulanya momentum penunjuk perasaan disangka menurun beberapa hari lalu, telah meningkat kembali pada Selasa lalu dengan kemunculan seorang aktivis di khalayak setelah ditahan polis selama 10 hari.
Malam semalam ekoran desas-desus pengunduran Mubarak, dataran itu dipenuhi oleh segenap lapisan rakyat Mesir. Daripada kanak-kanak kepada golongan muda sehingga yang berpakaian imam Al-Azhar berkumpul di Dataran Tahrir tatkala suhu malam semakin sejuk.

Semuanya menanti pengumuman rasmi Mubarak yang dijangka dibuat pada pukul 11 malam tetapi beliau tampil pada kira-kira 10.45 malam dengan siaran televisyen dipancarkan ke paparan besar di dataran dan suara dipasang pada sistem audio di sekeliling dataran.

Secara tiba-tiba suasana di dataran menjadi tenang, dengan beberapa orang menyuruh semua diam, supaya dapat  mendengar lebih jelas ucapan Mubarak. Sebenarnya, ucapan tersebut bukan saja ditunggu-tunggu oleh penunjuk perasaan di Dataran Tahrir tetapi juga di seluruh negara.

Anggota tentera yang berkawal di pintu-pintu masuk juga memasang telinga, ada yang membuka radio kecil dengan lima enam orang mengerumuni bagi mendengarnya.

Setelah jelas, Mubarak menegaskan dirinya tidak akan berundur, wajah orang ramai mula berubah daripada awal tadi yang penuh pengharapan menjadi masam. Ada yang menangis, ramai yang melepaskan kemarahan dengan sekali lagi melaung-laungkan cemuhan terhadap Mubarak.

''Dia tidak ada perasaan. Dia tidak sedar dirinya ditolak rakyat. Mesir akan kacau-bilau," kata seorang yang mengenalkan dirinya sebagai Sharif Askar.

Beberapa orang menanggalkan kasut dan menghayunkan ke imej Mubarak di paparan, suatu bentuk penghinaan pada bangsa Arab.

Pada ketika ini, pengawal peribadi menasihatkan kami keluar dari dataran kerana bimbang kumpulan tegar akan bertindak ganas dengan perkembangan tersebut.

Namun akhirnya impian kesemua penunjuk perasaan itu menjadi kenyataan apabila Mubarak mengumumkan peletakan jawatannya kira- kira pukul 6 petang ini (12 tengah malam waktu Malaysia).

Pengumuman oleh Naib Presiden, Omar Suleiman itu disambut dengan teriakan gembira dan penuh kesyukuran oleh mereka yang berhimpun di dataran tersebut. -  
 
 

PENUNJUK perasaan anti-kerajaan Mesir berarak di bandar persisir pantai Iskandariah pada Jumaat. Sekurang-kurangnya sejuta rakyat Mesir membanjiri jalan-jalan raya di negara itu bagi menuntut pengunduran Presiden Hosni Mubarak. - Foto AFP.

Mubarak Lari ke Shrm el-Sheikh

 
JUTAAN rakyat Mesir menyertai demonstrasi besar-besaran di Dataran Tahrir, Kaherah sehingga membawa kejatuhan Presiden Hosni Mubarak, semalam. Tunjuk perasaan turut juga merebak ke bandar raya utama lain termasuk Suez dan Iskandariah. – AFP

KAHERAH 11 Feb. – Presiden Hosni Mubarak dilapor meninggalkan Kaherah bersama keluarganya hari ini dan berada di pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah, kata jurucakap parti pemerintah, Parti Demokratik, Mohammed Abdellah.

“Mubarak telah meninggalkan Kaherah bersama ahli keluarganya. Beliau berada di Sharm el-Sheikh,” katanya kepada AFP.

Mubarak meninggalkan Kaherah pada hari ke-18 protes besar-besaran di seluruh negara yang menuntut beliau meletak jawatan.

Perhimpunan hari ini merupakan yang terbesar sejak protes tersebut berlangsung tetapi ia dilancarkan selepas solat Jumaat tanpa sebarang unsur keganasan.

Pemergian ke Sharm el-Sheikh kira-kira 570 kilometer dari Kaherah itu bagaimanapun langsung tidak meredakan tunjuk perasaan tersebut.

Mubarak dalam ucapannya kepada rakyat pagi ini berkata, beliau menyerahkan hak istimewa Presiden kepada Naib Presiden, Omar Suleiman tetapi tidak akan berundur dari jawatan tersebut.

Diktator itu berkata, beliau akan kekal sebagai Presiden hanya pada nama sehingga September ini iaitu apabila Pilihan Raya Presiden diadakan.

“Saya mengambil keputusan untuk menyerahkan kuasa kepada Naib Presiden berdasarkan Perlembagaan.
“Saya sedar akan bahaya dalam keadaan ini dan ia menyebabkan kita terpaksa memilih kepentingan negara berbanding perkara lain,’’ katanya.

Bagaimanapun sikap keras kepala beliau berakhir apabila terpaksa tunduk pada tekanan rakyat dengan mengumumkan peletakan jawatan kira-kira pukul 6 petang (12 tengah malam waktu Malaysia).

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presidennya yang turut menegaskan bahawa pemerintahan Mesir akan dilaksanakan oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera negara itu. – AFP

Friday, February 4, 2011

Liputan Krisis Mesir

Soal Kerusuhan di Mesir Mubarak Salahkan Oposisi  
Hosni Mubarak (AFP)

04/02/2011 07:23
Liputan6.com, Washington: Presiden Mesir Hosni Mubarak dalam wawancara dengan ABC, Khamis (3/2). mengatakan  bahwa pemerintahnya tidak bertanggung jawab atas kekerasan yang berlaku di Lapangan Tahrir, Kairo sebaliknya menyalahkan  kelompok yang menentangnya iaitu Ikhwanul Muslimin. "Saya sangat tidak gembira (dengan apa yang terjadi) kelmarin. Saya tak ingin melihat warga Mesir berkelahi satu sama lain," kata Mubarak seperti yang dipetik dalam wawancara dengan pihak television ABC Christiane Amanpour.

"Dia mengatakan kepada saya bahwa dia sangat terusik oleh kekerasan  yang kita lihat di Lapangan Tahrir pada beberapa hari terakhir tetapi pemerintahnya tidak bertanggung jawab atas peristiwa tersebut," kata Amnapour dalam laporannya mengenai wawancara tersebut. "Malah dia menyalahkan Ikhwanul Muslimin, parti yang dilarang," tambahnya.

Sementara itu Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat mengatakan aksi protes lebih besar dan konfrontasi serius dapat terjadi di Mesir pada hari Jumat (3/2). Para diplomat AS menekan pemerintah Mesir agar membantu menghentikan gelombang kekerasan terhadap wartawan.



AS P.J. Crowley juru acara dalam taklimat dengan wartawan pada Khamis lalu mengemukakan hal itu  setelah para wartawan dilaporkan mendapat serangan karena melmbuat liputan aksi protes menentang Presiden Mubarak. "Ada baiknya untuk menjangkakan peristiwa besok ... kami kira jumlah penunjuk perasaan di jalan-jalan akan meningkat dan berdasarkan kejadian-kedijan kelmarin, boleh jadi akan ada konfrontasi," katanya.
Crowley mengatakan AS ingin melihat pemerintah Mesir dan kelompok penentangnya memulai segera perundingan serius. Menurutnya, Washington yakin unsur-unsur yang dekat dengan pemerintah atau partai yang berkuasa pendukung Mubarak bertanggung jawab atas kekerasan terhadap penunjuk perasaan pada Rabu (2/2). (ABC/Ant/ARI)

Krisis Mesir

 
Hosni dikeji rakyat sendiri
Oleh NIZHA PERIASWAMY
APABILA disebut tentang Mesir, salah satu tamadun paling lama di dunia, umum mungkin akan mengenang monumen-monumen popular seperti piramid Giza dan Sphinx, universiti Islam paling lama dan terkenal, Universiti Al-Azhar, bandar bersejarah Memphis dan banyak lagi. 

Mesir juga selama ini mempunyai nama baik sebagai sebuah negara yang aman dan stabil daripada semua aspek, termasuk politik. Tetapi siapa sangka, negara contoh seperti Mesir itu sebenarnya menyembunyikan imej sebenar apabila isi huninya tidak berpuas hati dengan kepimpinan negara itu. 

Ia kini mempunyai wajah yang berbeza. Imej Mesir sekarang bukan sahaja dicela dengan demonstrasi jalanan dan darurat, malah telah mengakibatkan pelbagai jenis perhubungan telekomunikasi tersekat serta pelbagai sumber mendedahkan bahawa ibu negara Mesir, Kaherah berada dalam keadaan membahayakan.

Kesemua hiruk-pikuk yang wujud ini bukanlah terhadap sesuatu organisasi, parti politik atau tanda protes terhadap sesuatu negara. Ia sebenanrnya merupakan serangan secara langsung oleh penduduk-penduduk Mesir yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan presiden mereka, Hosni Mubarak.

Memegang tonggak kepimpinan nombor satu negara itu sejak 30 tahun yang lalu adalah satu tempoh yang sangat lama. Hosni, 82, terlalu kukuh atau berdegil dengan mengekalkan kuasa yang dipegang sejak tahun 1981 berikutan pembunuhan presiden sebelum itu, Anwar Sadat. 

Anwar Sadat yang mati dibunuh dalam satu acara perbarisan tentera memperingati Israel Arab, telah diganti oleh Hosni yang ketika itu berkhidmat dalam Tentera Udara Mesir dan Naib Presiden pada tahun 1975 di bawah Anwar. 

 
LEBIH 300,000 rakyat Mesir keluar dari rumah untuk mengadakan antara demonstrasi terbesar dalam sejarah negara itu.

Produk tentera udara

Hosni dilahirkan pada 4 Mei 1928 di Kafr-El-Meselha selepas tamat sekolah tinggi dan menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949.

Pada tahun berikutnya, Hosni menyertai Akademi Tentera Udara Mesir dan akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan dan di tugaskan dalam skuadron pengebom.

Selepas itu, Hosni diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow dan sebaik 

menyempurnakan latihannya itu, Hosni menjadi pegawai Tentera Udara Mesir dan diberi mandat berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila menjadi Komander Tentera Udara.

Beliau kemudian mengahwini wanita kacukan berdarah Barat, Suzanne dan mempunyai dua orang anak lelaki, Alaa dan Gamal Hosni Mubarak. Media melaporkan Alaa dan Gamal dipercayai sejak sekian lama dipersiapkan sebagai pengganti Hosni kelak.

Hosni mempunyai personaliti tersendiri apabila sering diibaratkan sebagai pemimpin Arab yang berkawan rapat dengan kuasa besar Barat, Washington selama berdekad-dekad tahun.

Ekoran keakraban itu, beliau juga pernah beberapa kali menjadi sasaran pembunuhan kumpulan tertentu yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Namun, selepas 30 tahun memegang tampuk kuasa Mesir, 25 Januari lalu menjadi tarikh keramat rakyat Mesir bangun menentang Hosni.

Bermula dengan puluhan ribu, demonstrasi di seluruh negara dengan pusat utamanya terletak di Dataran Tahriri bertukar ngeri apabila limpahan penunjuk perasaan melonjakkan sehingga angka lebih 300,000.
Ia dikatakan bakal bertambah satu juta orang sebagaimana yang diumumkan sejak awal. Yang pasti, demonstrasi itu kini bertukar rusuhan berdarah apabila pertembungan berlaku antara penyokong Hosni dan anti-Hosni.

Pada hari kelapan dilaporkan seramai 300 nyawa terkorban manakala 3,000 lain tercedera.
“Perubahan kuasa akan dilakukan secara aman.” Demikian kenyataan Hosni merujuk kepada hari-hari awal demonstrasi yang sebenarnya tidak membawa apa-apa erti.

 
HOSNI tetap berdegil untuk meneruskan karier politiknya sehingga pilihan raya pada bulan September 2011, walaupun diminta meninggalkan jawatan itu segera oleh rakyat dan sekutunya sendiri, Amerika Syarikat.
Berita-berita melaporkan ketegangan yang berpusat di ibu kota Mesir, Kaherah telah berkembang ke beberapa tempat di luar Kaherah dan ia semakin membahayakan orang awam termasuk lebih 14,000 warga Malaysia yang berada di sana.

Walaupun sebelum ini Hosni yang pernah dirujuk sebagai firaun moden Mesir, berjaya menyelamatkan diri daripada enam percubaan bunuh, namun, kebangkitan rakyat mungkin akan menjatuhkannya.

Kebangkitan rakyat bukan sekadar melampaui sejarah silam terhadap ketidakpuasan yang ditunjukkan terhadap Hosni selama ini malah, menyebabkan dua sekutu kuatnya juga membuat langkah menjauhkan diri daripadanya.

Pada 31 Januari, tenteranya mengumumkan tidak akan mencederakan peserta demonstrasi aman dan pada 1 Februari, Presiden Amerika, Barrack Obama menghantar maklumat melalui dutanya meminta Hosni supaya tidak menunggu pilihan raya.

Bagaimanapun Hosni tetap nekad dengan keputusannya untuk menamatkan penggal pemerintahan sehingga September ini.

“Saya akan berkhidmat ke arah bulan-bulan terakhir ini untuk membolehkan peralihan kuasa secara aman (dapat diadakan).

“Ini tanah air saya... saya tinggal di sini, saya berjuang bagi negara ini dan saya mempertahankan negara ini, kedaulatan dan kepentingan negara ini.

“Di bumi ini, saya akan mati. Sejarah akan menilai saya dan kita semua,” ungkap Hosni.

Rapat dengan Israel

Hosni, presiden paling lama di Mesir sejak sistem beraja digulingkan pada tahun 1950-an.

Dia juga satu-satunya pemimpin Arab yang terus mengekalkan kedamaian dengan Israel dan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dilihat pernah bertindak menahan dan memenjara pengkritik, menghapuskan parti pembangkang serta mengatur pilihan raya.

Di sebalik ketidakhirauan orang awam, kemarahan terhadap pemimpin ini terus berkembang selari dengan keadaan ekonomi yang semakin lumpuh.

Penunjuk perasaan menggunakan kemudahan Internet secara optimum untuk menjalan dan merancang demonstrasi. Mereka juga mendapat motivasi daripada pergerakan yang dilakukan di Tunisia, yang dilakukan sebulan sebelum berjaya mengguling tampuk pemerintahan 23 tahun pemerintah autokratik, Zine El-Abidine Ben Ali.
 

SALAH guna kuasa, korupsi dan penindasan hak asasi menjadikan orang awam Mesir bangkit secara besar-besaran.

Bangga dengan revolusi Mesir

Dalam pada itu Kosmo! yang sempat menemu bual wartawan akhbar Al-Ahram Weekly, Rasha Sadek melalui laman sesawang sosial diberitahu, keadaan penduduk di sana masih dalam stabil dan mereka baru memperoleh sambungan rangkaian Internet.

“Beberapa hari yang lalu banyak pertubuhan politik dan awam yang memberikan pelbagai berita untuk kami terus aktif melapor keadaan huru-hara, rompakan, gangsterisme dan kecurian yang menjadi isu sebenar bagi orang awam di rumah. Kami membentuk satu jawatankuasa awam untuk melindungi rumah, aset dan harta benda.

“Ia satu pengalaman yang baik. Saya bangga dengannya, Saya berpendapat apa yang berlaku di Mesir sebagai satu revolusi yang paling pantas dan berjaya untuk dinikmati. Ia mengambil masa 29 hari bagi Tunisia tetapi, hanya seminggu untuk kami bersatu dan berdemonstrasi secara besar-besaran.”

“Media memberikan fokus terhadap apa yang berlaku. Bebas dan adil. Tetapi ia tidak akan berakhir. Apabila berlaku pembentukan kuasa, kita akan menghadapi lebih banyak peraturan,” jelas Rasha ketika dihubungi Kosmo! menerusi laman Facebook yang baru dibuka semula pada Rabu, lalu.

Pensyarah Sains Politik di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Pengajian Strategik, Fakulti Sains dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Rashila Ramli, yang dihubungi Kosmo! berkata, secara umumnya pemerintahan yang mengambil tempoh masa yang lama, semestinya memberikan satu persepsi yang tidak menyenangkan rakyat.

“Ini kerana, pemerintahan yang lama akan ada elemen-elemen kekurangan praktis demokrasi. Mengikut penyelidikan, penggal sesuatu pemerintahan adalah selama enam tahun atau lapan tahun bagi dua penggal. Ada sebab mengapa ia dihadkan sebegitu. Ini kerana lebih lama seseorang memerintah, unsur pemerintahan yang tidak baik boleh wujud dan kepekaan kepada kehendak rakyat mungkin pudar,” ulas beliau.



BEBERAPA buah kereta kebal diletakkan di depan kumpulan anti-Presiden Hosni Mubarak di Tahrir Square, Kaherah

KAHERAH - Perdana Menteri Mesir, Ahmed Shafiq meminta maaf ekoran serangan yang dilakukan oleh para penyokong Presiden Mesir, Hosni Mubarak ke atas kumpulan penentang Hosni di Tahrir Square semalam.

Para penunjuk perasaan anti-Hosni mendakwa sekumpulan samseng dan anggota polis berpakaian awam diupah oleh pemerintah Mesir untuk bertempur dengan kumpulan penentang Presiden Mesir.

Dalam pertempuran itu, kayu, batu dan bom petrol digunakan untuk mematahkan kemaraan kumpulan penunjuk perasaan penentang Hosni.

Menyentuh insiden itu, Ahmed Shafiq berkata, serangan itu merupakan satu kesilapan besar dan beliau berjanji akan melakukan siasatan bagi membolehkan setiap orang mengetahui siapa yang menjadi dalangnya.

Dalam pertempuran yang bermula malam kelmarin dan awal pagi semalam, sejumlah besar penyokong dan penentang Hosni bergaduh dalam peristiwa yang dianggap paling berdarah dalam sejarah tunjuk perasaan di Tahrir Square.

Tunjuk perasaan itu bermula sepuluh hari lalu oleh penyokong antipemerintahan yang mendesak Hosni meletakkan jawatan selepas memerintah selama 30 tahun. - Agensi

Tuesday, February 1, 2011

Anti-government protests in Egypt

Gambar-gambar di bawah diambil daripada sini

Egypt braces for mass protests as army holds ...

Egypt braces for mass protests as army holds ...

Egypt braces for mass protests as army holds ...

 Egypt braces for mass protests as army holds ...

Egypt braces for mass protests as army holds ...

Egyptians seek million-strong march to oust Mubarak

U.S. urges Egypts Mubarak do more; envoy ...

Mubarak will have to go: US senator

Egypt army backs peoples demands, holds ...

 Dr. Gertrude Copperman and others demonstrate ...

Egypt army backs peoples demands, holds ...

 Egypt army backs peoples demands, holds ...

ANALYSIS - Egypt crisis a fresh dilemma for Obama ... 

 Canadians begin evacuation from Egypt




Mubarak holds talks, pushed by army, US, protests
 Tourists are interviewed as they arrive from ...
 Oil hits $101 a barrel as Egypt protests mount
 Egypt army backs peoples demands, holds ...

Boleh terus klik di sana

Semoga Anak-anak Malaysia di sana selamat... 

Krisis Mesir

DUA anggota tentera mengawal Muzium Mesir di Kaherah semalam. 

KAHERAH - Tentera menahan 50 lelaki yang cuba memecah masuk ke dalam Muzium Kebangsaan Mesir dalam cubaan terbaru mencuri khazanah arkeologi milik negara, kata pihak tentera semalam.

Penembak-penembak tepat berkawal di bumbung bangunan itu manakala berpuluh-puluh askar meronda halaman muzium berkenaan ketika tercetusnya kebimbangan huru-hara yang melanda Kaherah akan menyebabkan kemusnahan khazanah berharga Mesir.

PENUNJUK perasaan yang mendakwa cedera ketika bertempur dengan polis beberapa hari lalu melakukan solat jemaah di  Dataran Tahrir, Kaherah, kelmarin.

PENUNJUK perasaan yang mendakwa cedera ketika bertempur dengan polis beberapa hari lalu melakukan solat jemaah di Dataran Tahrir, Kaherah, kelmarin.

BANDAR GAZA: Penduduk Gaza memerhati dengan rapi perkembangan di negara jiran Mesir mengharapkan perubahan kerajaan akan membawa kepada dasar kawalan sempadan yang lebih longgar, manakala Israel pula berkempen untuk mempengaruhi negara kuasa besar agar terus menyokong Presiden Hosni Mubarak.


  Gamal Mubarak  

LONDON: Anggota keluarga Presiden Mesir, Hosni Mubarak dilaporkan sudah keluar dari Mesir menuju ke kediaman keluarga itu di London, lapor akhbar The Sun, semalam. 

Anak lelaki presiden itu, , 47, dikatakan bertolak dengan pesawat peribadi bersama keluarganya dan 97 beg besar.

Berita Harian



Penentang Presiden Mesir juga gesa mogok

KAHERAH: Satu pakatan pembangkang menggesa sejuta penduduk Mesir meningkatkan tekanan terhadap Presiden Hosni Mubarak melepaskan kuasa selewat-lewatnya Jumaat depan dengan keluar beramai-ramai memprotes di tengah ibu kota Kaherah mulai semalam.

Foto
Penunjuk perasaan mula berhimpun di Dataran Tahrir

Foto
Penunjuk Perasaan tidur dan berehat di Dataran Tahrir



















































































































Didokan semoga keadaan menjadi baik dan semua pelajar kita di Mesir di dalam perlindungan Allah SWT


Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails