Sunday, November 28, 2010

Zikir


ZIKIR mempunyai kedudukan sangat istimewa kerana ibadah ini digalakkan Islam sebagai satu bentuk amal ibadah yang menunjukkan sifat tunduk serta patuh sepenuhnya kepada Allah, disertai pula rasa kasih, reda dan yakin kepada-Nya.

Mukmin yang sentiasa mengamalkan zikir akan dapat merasai kesannya seperti ketenangan jiwa.

Firman Allah yang bermaksud:


(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang dan tenteramlah hati manusia. (Surah Ar-Rad, ayat 28)

Dalam kehidupan, kita sering berdepan pelbagai cabaran dan dugaan sehingga ada ketikanya membawa kepada keresahan jiwa. Justeru, dengan sentiasa mengamalkan ibadah zikir, ia ibarat terapi ajaib yang menyembuhkan keresahan jiwa manusia. Namun, penyerapan roh zikrullah tidak datang kepada pengamalnya jika hati tidak bersama tatkala berzikir. Ketenangan hati orang mukmin terhasil daripada zikrullah adalah hakikat dalaman yang hanya boleh dirasakan oleh hati yang diselaputi kemanisan iman.

Selain itu, mukmin yang sentiasa berzikir akan diberikan ganjaran pahala yang besar. Ini janji Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan orang lelaki yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya serta orang perempuan yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Allah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar. (Surah al-Ahzaab, ayat 35)

Walaupun zikir amalan yang mudah dilakukan, tetapi menjadi berat untuk dibiasakan. Antara penghalang kepada seseorang untuk membiasakan lidah berzikir ialah disebabkan dosa yang dilakukan. Apabila daki dosa tertampal pada hati, ia terhijab untuk menggerakkan seseorang berzikir. Faktor lain, seseorang itu dibelenggu sifat maz mumah seperti hasad dengki, suka mengumpat dan sebagainya. Sifat keji seperti ini juga akan menghijab hati untuk berzikir.

Ibnu Taimiyah berkata, keperluan hati terhadap zikir umpama keperluan ikan terhadap air. Cuba bayangkan, bagaimana keadaan ikan jika kita keluarkan dari air.

Al-Imam Syamsuddin Ibnu Qayyim mengatakan: Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, maka jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.

Demikian penting dan tingginya kedudukan zikir kepada seseorang mukmin. Kita seharusnya berpegang kepada prinsip hidup,tidak sempurna hari tanpa zikir. Inilah yang seharusnya kita didik supaya lidah dan hati sentiasa berzikir kepada Allah.

Ibnu Masud ada mengatakan, sesungguhnya aku bertasbih beberapa kali itu lebih aku sukai daripada aku menderma beberapa dinar dalam jumlah yang sama di jalan Allah. Zikir berkhasiat pula sebagai ubat bagi kekerasan hati.

Dikisahkan bahawa ada seseorang bertanya kepada Hasan al-Basri: Ya Abu Said, aku ingin mengadu kepada tuan, mengapa hati aku ini menjadi keras begini? Lantas kata Hasan: Lunakkanlah hatimu itu dengan zikir.

Kedudukan tinggi amalan berzikir turut digambarkan dalam kisah seorang bertanya kepada Salman al-Farisi: Amal apakah yang paling utama? Kemudian dijawab Salman: Tidakkah engkau pernah membaca ayat, Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (keutamaannya) daripada ibadah yang lain. (Surah Al-Ankabut ayat 45)

Abdullah bin Masud pernah berkata: Sesungguhnya sebuah gunung menyeru gunung yang lainnya dengan namanya dan bertanya, apakah hari ini ada orang yang lalui di atasmu dan menyebut Allah (berzikir)? Maka apabila gunung itu menjawab, ya, maka ia akan gembira.

Demikian juga riwayat yang mengatakan Abdullah bin Abbas pernah berkata: Tidak ada sebuah lembah yang di atasnya disebut nama Allah kecuali ia akan merasa bangga atas lembah yang berada di sekelilingnya, ia merasa gembira dengan zikir yang diucapkan itu. Kegembiraan itu juga turut dirasai oleh tujuh lapis di bawah lembah itu.

Begitulah gambaran jelas menunjukkan betapa amalan zikir mempunyai keistimewaan besar yang seharusnya menjadi amalan rebutan setiap mukmin untuk mencapai keredaan Allah dan menikmati ketenangan hidup.

Sumber : Berita Harian


Tupai pertahan bangkai rakan



LONDON - Seekor tupai sanggup berhadapan bahaya demi mempertahankan bangkai rakannya daripada menjadi hidangan sekumpulan burung gagak, lapor sebuah akhbar semalam.

Sekumpulan burung gagak itu terpaksa melupakan niat untuk menjadikan bangkai seekor tupai yang mati kerana terdapat seekor tupai yang tidak membenarkan haiwan itu memakannya.

Satu rakaman video menunjukkan kesetiaan tupai tersebut terhadap rakannya sehingga ia sanggup menghalang tiga ekor burung gagak memakan bangkai rakannya di sebatang jalan raya.

Klip video itu dapat dilihat di laman YouTube dan ia telah ditonton oleh lebih 500,000 penonton.

Dalam rakaman tersebut, tupai itu melompat sambil menggerakkan ekor bagi memberi isyarat supaya burung gagak itu beredar.

Namun, seekor demi seekor gagak mendekati bangkai itu.

Tupai itu kemudian berdiri dan dilihat berbaring di tepi bangkai rakannya seolah-olah ia bersedia untuk menerkam burung gagak menyebabkan haiwan berkenaan melupakan hasrat untuk memakannya. - Agensi

Kosmo


Thursday, November 25, 2010

Pokok mati akibat WiFi

Pokok ash

ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.

Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.

Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.

Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.

Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.

Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan. - Agensi

Kosmo

Wednesday, November 24, 2010

Sejadah Corak Babi

pix_middle

SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.

“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.

“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

Metro

Saturday, November 20, 2010

Banjir di Mina






Kosmo

@@@@@@@@@@@@


Foto

Foto

Foto

Air naik ganggu jemaah ke Kaabah selepas lontar jamrah di Mina

MINA: Hujan menyebabkan di beberapa tempat di kota Makkah dinaiki air semalam sekali gus mengganggu sebahagian jemaah dari Mina yang dalam perjalanan ke Kaabah bagi menunaikan ibadat terakhir Haji tahun ini selepas melontar jamrah.

Sumber : Berita Harian

Friday, November 19, 2010

Cruise di puncak Burj Khalifa

BURJ KHALIFA....bangunan tertinggi di dunia.

BURJ KHALIFA....bangunan tertinggi di dunia.

TENANG...Cruise tanpa kasut, melakonkan babak berani mati.

TENANG...Cruise tanpa kasut, melakonkan babak berani mati.

Dia memang terkenal kerana melakukan aksi beraninya sendiri, tidak kira bagaimana bahaya aksi itu.

Tetapi hero filem aksi, Tom Cruise menjangkau tahap baru apabila melakonkan satu babak untuk filem terbarunya, Mission Impossible IV di Dubai minggu lalu.

Seorang lelaki kelihatan begitu jelas di puncak Burj Khalifa yang setinggi 829 meter dan menjadi bangunan tertinggi di dunia setakat ini, Berdasarkan kepada tingkah laku lelaki itu, ia sudah pasti Cruise.

Melakonkan watak Ethan Hunt dalam filem superspy itu, Cruise beberapa hari sebelum itu dilihat memanjat mengelilingi tingkap di bawah Dek Tinjau bangunan berkenaan dalam babak dia dikejar penjahat.

Jurucakap pelakon berkenaan berkata: "Cruise sudah agak lama melakukan persiapan untuk beraksi sendiri dalam babak bahaya itu. Dia percaya jika dia sendiri yang melakukannya, penonton akan lebih percaya pada karektornya."

Dalam pada itu, Cruise menghidupkan semula kehebatannya dalam filem Days of Thunder Glory ketika keluar waktu malam.

Pelakon itu membawa 75 kru dan rakan pelakon dalam Mission Impposible, termasuk aktor Britain, Simon Pegg dan Jeremy Rennet untuk keluar bermain go-kart di Dubai Kartdrome.

Dan dia juga menggunakan nama karektornya dalam filem lumba kereta yang diterbitkan pada 1990.

Satu sumber berkata: "Cruise menggunakan nama Cole Trickle, karetkornya dalam Days of Thunder ketika keluar untuk bergembira dengan kru dan rakan-rakannya di Dubai."

Pelakon kumpulan itu dengan burger dan kentang goreng.

Sementara itu, isteri Cruise, Katie Holmes yang berada di Amerika Syarikat bersama anak mereka, Suri, sibuk dengan penggambaran filem baru, Jack and Jill bersama Adam Sandler.

Cerita itu mengisahkan Jack yang dipaksa berurusan dengan adik kembarnya, Jill, ketika dia datang untuk satu majlis perayaan yang kemudiannya enggan pulang.

Katie memainkan watak isteri Jack dalam filem itu yang turut dibintangi oleh Al Pacino dan Christie Brinkley.

Selain itu, Katie turut sibuk dengan penggambaran filem televisyen bersama Greg Kinnear mengenai bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy serta isterinya, Jackie. - Metro

Salah satu aksi Tom Cruise melakukan sendiri lagak ngeri

Thursday, November 18, 2010

Musim Haji 2010

Bismillahirrahmanirrahim.

Gambar-gambar di bawah dicopy daripada Boston.com. Boleh lihat 34 gambar di sana yang lebih besar dan amat menarik..


Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails