Saturday, October 9, 2010

Musim Haji Datang lagi





Padang Arafah

Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :

(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)

Artinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)." - (Wikipedia)

MUSIM haji tiba lagi dan jika mengikut jadual, penerbangan pertama membawa jemaah Malaysia ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berlepas kira-kira jam 1.30 pagi tadi (Sabtu 09/10/10).

Bermula dengan keberangkatan pertama itu, kemeriahan musim haji 1431 Hijrah bukan saja dirasai jemaah yang bakal berkampung di tanah haram terletaknya Baitullah, perasaan teruja turut dirasai umat Islam baik yang sudah bergelar haji dan hajah atau masih menyimpan hasrat untuk ke sana.

Sejak disyariatkan haji pada tahun keenam hijrah (mengikut haul yang masyhur), Rasulullah SAW bersama kira-kira 1,500 umat Islam berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardu haji tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana dihalang kaum Quraisy. Apabila termeterai Perjanjian Hudaibiah, ia membuka jalan bagi perkembangan Islam serta peluang untuk menunaikan umrah dan haji. Pada tahun ketujuh Hijrah, Rasulullah mengerjakan umrah bersama 200 umat Islam dan hanya pada tahun kesembilan Hijrah, umat Islam dapat mengerjakan haji.

Setiap tahun, Kaabah yang tingginya 15 meter dan luas kira-kira 120 meter persegi, terletak di tengah-tengah Masjidil Haram dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail menjadi tempat berhimpun berjuta umat Islam menyahut seruan Allah mengunjungi rumah-Nya.

Imam Abul Hassan Mawardi meriwayatkan, pada zaman Rasulullah SAW hingga ketika Saidina Abu Bakar diangkat menjadi Khalifah, Masjidil Haram tidak mempunyai dinding. Perluasan Masjidil-Haram bermula pada 638 Masihi oleh Saidina Umar ibn Khattab.
Beliau membeli rumah di sekeliling Kaabah dan diruntuhkan semua bagi tujuan perluasan dan usaha itu diteruskan Saidina Usman ibn Affan pada 647 Masihi. Pada 696 Masihi, cucu Saidina Abu Bakar bernama Abdullah ibn Zubair memperluaskan kawasan masjid dengan membeli gedung di sebelah timur dan selatan masjid.

Sementara di bahagian utara dan barat diperluaskan oleh Zaid bin Abdullah al-Harisi di bawah perintah Khalifah Bani Abbas, Abu Ja'afar al-Mansur. Pada 986 masihi, Harun Ar-Rashid memasukkan gedung Dar An-Nadwah ke dalam masjid dan membina pintu Bab Ibrahim di sebelah barat.

Dari semasa ke semasa, pelbagai usaha dilakukan untuk mengindah serta memperbaiki keadaan di Masjidil Haram sebagai kemudahan kepada jemaah yang datang untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Reka bentuknya kekal dari zaman Umawi, Abbasiah hingga dilakukan perluasan oleh kerajaan Arab Saudi kerana melihat Masjidil Haram bakal menampung pertambahan jumlah jemaah yang kian meningkat setiap tahun.

Fasa pertama pembesaran Masjidil Haram pada era moden bermula pada 1955 atas arahan pengasas Arab Saudi, Raja Abdul Aziz. Pada 1988, Raja Fahd Abdulaziz Al-Saud mengarahkan pembesaran kawasan solat dari 152,000 kepada 356,000 meter persegi.

Projek pembesaran kali ketiga ini dilakukan di bawah kepemimpinan Raja Abdullah Abdul Aziz di bawah tanggungan penuh Kerajaan Arab Saudi membabitkan pertambahan masjid dan kompleks yang menempatkan kedai di barat Masjidil Haram.

Menariknya, projek pembesaran kali ini turut membabitkan Malaysia secara tidak langsung apabila Pensyarah Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ismawi Zen, dipilih sebagai ahli Panel Antarabangsa Pembesaran Masjidil Haram bersama lima yang lain dari Turki, Arab Saudi, Algeria dan dua dari Lubnan.

Menurut beliau, pelan pembangunan pembesaran Masjidil Haram direka bentuk dengan mengambil kira konsep mapan, pembangunan kerohanian, sejarah dan kapasiti selain mengambil kira kesesuaiannya supaya memenuhi keperluan pada waktu puncak dan musim umrah.

Laman web Kementerian Haji Kerajaan Arab Saudi memaklumkan, teknologi moden digunakan untuk kemudahan jemaah haji kerana keselamatan dan keselesaan jemaah memang menjadi keutamaan pihak berkuasa.

Antaranya, lantai dibuat khas daripada jubin tahan panas dan bagi memastikan jemaah lebih selesa, keseluruhan struktur yang ditambah disejukkan oleh unit penghawa dingin terbesar di dunia.

Pergerakan jemaah ke kawasan bumbung masjid juga dimudahkan dengan tambahan tangga elektrik bersebelahan sebagai tambahan kepada tangga sedia ada di bahagian utara dan selatan bangunan.

Bagi mengurangkan kesesakan trafik di sekeliling Masjidil Haram, projek pembangunan turut membina terowong baru untuk kenderaan di sekitar Alsouk Alsagir. Laluan pejalan kaki dan terowong dibina mengambil kira keselamatan jemaah.

Rujukan : BH

Melihat Anak Bulan



Sebahagian daripada peralatan melihat anak bulan


Cara mengendalikan teleskop


Bagaimanakah tarikh mula Ramadhan dan Syawal itu diputuskan? Apakah alasan di sebalik perbezaan kaedah yang digunapakai negara Islam bagi menentukan tarikh penting ini?

Di Malaysia, kaedah yang digunakan adalah Rukyah dan Hisab atau dalam bahasa Melayunya mencerap dan mengira. Rukyah, menurut Dr Kassim(Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Melaka) , sebagai mematuhi Sunnah Rasulullah SAW dalam hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kami kerana melihat hilal. Bila hilal tertutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan Syaaban tiga puluh hari.”

Kata Dr Kassim : "Hadis itu jelas menunjukkan Rasulullah menyuruh kita melihat hilal dan itulah yang dilakukan sebagai mengikut Sunnah".

"Ada juga yang mengatakan mengapa perlu mencerap jika kita sudah boleh mengira? Jika sekadar mengira kita terlepas menikmati kejadian siang dan malam serta tanda kebesaran Allah SWT yang lain. Kaedah Hisab dibuat apabila hilal tidak nampak kerana masalah cuaca dan sebagainya.

“Dalam kaedah Rukyah, kita cuma perlu tengok hilal pada petang 29 Ramadan. Jika nampak, esoknya kita menyambut hari raya tetapi jika tidak, puasa pada tahun itu digenapkan 30 hari. Kaedah Rukyah dan Hisab ini diguna pakai pada 1995 untuk semua 12 bulan Islam.

“Dalam penentuan awal bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah, penentuan secara kiraan dilakukan berdasarkan kepada kriteria Imkanur-rukyah,” katanya.

Baca selanjutnya di SINI

Kini dari KL ke Ipoh cuma 2 jam


Kini dari KL ke Ipoh cuma 2 jam

Dengan meniaki tren elektrik KTMB. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) yang membawa penumpang ke Ipoh dalam masa dua jam berbanding tiga jam sebelum ini.

ETS yang memulakan perkhidmatannya bulan Ogos lalu juga disifatkan usaha terbaru KTMB memaksimumkan sistem pengangkutan itu yang berdepan saingan bentuk pengangkutan lain yang lebih cepat dan selesa serta kerusinya yang empuk dan luas. Ditambah pula dengan skrin LCD yang mampu menghilangkan kebosanan selama dua jam perjalanan.

Menariknya, tandas tren ini mempunyai ciri-ciri seperti tandas dalam kapal terbang yang sentiasa dipastikan bersih untuk kegunaan. Jika lapar, sila ke koc C untuk menjamu selera dengan dilayan pramugari dan pramugara yang terlatih.

Mempunyai lima koc yang boleh memuatkan sehingga 350 penumpang pada satu-satu masa, ETS menjanjikan keselesaan dengan kelengkapan seperti tandas, kafe, skrin LCD, tempat duduk bertanda dan kamera litar tertutup dalam setiap koc serta perkhidmatan pramugari dan pramugara.

Tren yang menggunakan teknologi Korea itu mengutamakan keselamatan penumpang kerana dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan terkini dan menepati piawaian antarabangsa.

Kelajuan ETS boleh mencecah 160 kilometer sejam tetapi keadaan geografi yang tidak stabil tidak membolehkan ia dipandu sehingga ke tahap maksimum sebaliknya bergerak kebanyakan masa pada kadar 140 kilometer sejam.

Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan, berkata kelajuan maksimum cuma boleh digerakkan ketika perjalanan dari Rawang ke Ipoh tetapi tidak berpanjangan kerana ia terpaksa dikurangkan apabila melalui trek tidak stabil.

"Kelajuan 160 kilometer sejam cuma untuk beberapa ketika untuk mendapatkan balik masa yang terbuang apabila kita terpaksa menunggu kereta api lain yang menggunakan landasan sama.

"Malah kelajuan ETS menjimatkan masa sehingga sejam dalam perjalanan ke Ipoh berbanding sebelum ini. Istimewanya ETS ialah ia mesra orang kurang upaya (OKU) seperti tandas. Stesen perhentian juga tidak melupakan OKU dengan kelengkapan seperti lif dan sebagainya.

Baca lebih lanjut di BH

Friday, October 8, 2010

Tasik Unik di Austria


TRAGOESS, Austria - Satu kawasan tasik di sini mempunyai pemandangan unik kerana di dasarnya mempunyai pokok, rumput, bangku dan jambatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Tasik itu dikenali dengan nama Green Lake yang terletak di sini mempunyai pokok, rumput, bangku dan jambatan asli kerana ia tenggelam buat seketika.

Apabila musim sejuk, kawasan tasik itu akan kering dan ia dijadikan taman.

Namun, apabila suhu semakin meningkat, ais dan salji di kawasan pergunungan dekat tasik itu mula cair menyebabkan kawasan taman berkenaan dipenuhi air.

Tasik itu kini menjadi tumpuan penyelam untuk melihat keunikan pemandangan semulajadi yang tidak ada di tempat lain. - Agensi -Kosmo



Maha Suci Engkau Ya Allah! tidaklah Engkau menjadikan semua ini sia-sia.

Thursday, October 7, 2010

Mari Berdoa


Doa untuk ibu bapa

“Tuhanku, rahmatilah akan ibu bapaku sebagaimana kedua-duanya mendidik aku sewaktu kecil.”

Doa ketika sukar menyelesaikan sesuatu urusan

“Wahai Tuhanku, tidak ada yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikannya mudah, dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki.”

Doa ketika keluar rumah

“Dengan nama Allah (dalam keadaan), aku menyerahkan diri kepada Allah, tidak ada daya upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua.”

Doa ketika hendak masuk rumah

“Wahai Tuhanku, bahawasa­nya aku memohon kepada-Mu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk, dengan nama Allah kami keluar. Dan kepada Allah Tuhan kami, kami menyerahkan diri.”

Doa apabila mendapat berita gembira

“Segala puji kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam pujian yang menyamai nikmat-Nya dan menandingi keutamaan-Nya.”

Doa keluar bermusafir

“Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dalam perjalanan ku ini kebaikan dan takwa dan daripada amalan yang Engkau reda”.

“Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan kepada kami perjalanan ini dan perdekatkan kepada kami jarak perjalanan yang jauh”.

“Ya Allah Ya Tuhanku. Engkau yang menemani di dalam perjalanan dan pengganti
di dalam keluarga”.

“Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada kesukaran dan kepenatan perjalanan serta aku kelihatan sedih serta daripada keburukan ketika kembali kepada harta, keluarga dan anak.”

myMetro

Kenderaan terperangkap 130 km di Beijing


DI KALANGAN Sebahagian besar negara yang membangun, kesesakan lalu lintas bukan perkara yang sentiasa berlaku. Lazimnya, liputan mengenai kesesakan lalu lintas yang dipaparkan di media pada musim-musim perayaan, kemalangan atau sebarang aktiviti demonstrasi yang mengambil tempat di atas jalan raya.

Bagaimanapun senario itu berbeza dengan situasi trafik di lebuh raya di Beijing, China. Di bandar raya berkenaan, jalan raya yang sesak sudah menjadi kebiasaan penduduknya tetapi jika lalu lintas tiba-tiba lengang, ia ibarat satu mimpi buruk.

Sejak pertengahan Ogos lalu, kesesakan lalu lintas lebuh raya Beijing-Tibet mencatatkan kesesakan paling buruk. Jika sebelum ini orang ramai menggunakan lebuh raya untuk perjalanan yang lancar, sebaliknya tempoh perjalanan di lebuh raya tersebut menjadi dua hingga tiga kali ganda daripada biasa.

Semuanya dipercayai berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya sehingga memaksa pihak polis membina lorong lencongan alternatif untuk meredakan kesesakan.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan kemalangan jalan raya yang dikatakan berpunca daripada sikap pemandu yang tidak bersabar, tidak berhemah dan membuat laluan tambahan sehingga menyempitkan laluan sedia ada.

“Kerajaan harus mengambil langkah pembangunan infrastruktur bandar dan menghabiskan sebahagian bajet belanjawannya,” kata Pengarah Institut Urban dan Pengajian Persekitaran, Akademi China dan sains Sosial, Niu Fengrui.

Dalam pada itu, lebuh raya Beijing-Tibet sepanjang 3,700 kilometer (km) akan menghubungkan Beijing dengan Lhasa di rantau autonomi Tibet dekat barat daya China apabila ia siap kelak

Ketika ini, laluan Beijing Xining dibuka kepada trafik manakala laluan Xining-Lhasa masih di bawah penyelenggaraan dan pembinaan. Ia juga adalah satu-satunya lebuh raya ke Beijing dan Tianjin dari arah barat laut.

MENGEMBARA di Beijing sesuatu yang menarik tetapi berhati-hati ketika anda melintas di jalan rayanya.

Masalah kesesakan trafik paling teruk adalah di Hebei dan Inner Mongolia sejak kerja-kerja penyelenggaraan bermula di laluan sehala.

Reka bentuk jalan yang lemah dan jumlah trak yang berlebihan dikatakan antara puncanya. Empat lebuh raya iaitu Beijing-Tibet, National Road 110, Xiguan Road and Beijing-Xinjiang yang bertemu di hujungnya menyebabkan kesesakan teruk.

Penduduk Beijing pula terpaksa memilih laluan berkenaan kerana laluan alternatif lain mengenakan tol yang terlalu tinggi.

PENINGKATAN jumlah trak yang menggunakan lebuh raya di Beijing menambahkan kesesakan laluan tersebut.

Selain itu, perkembangan industri arang batu dekat Inner Mongolia menambah tekanan ke atas pengangkutan. Produksi arang batu di China bagi tahun 2010 khabarnya mencecah sehingga 730 juta tan.

Laluan trafik di China National Highway 110 telah berkembang 40 peratus setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang menyumbang kepada kesesakan melampau. Kadar trafik adalah 60 peratus lebih tinggi berbanding kebolehan tampungan lebuh rayanya.

Waktu puncak

Pembinaan jalan baru dan proses penyelenggaraan pula menyebabkan tampungan berkenaan merosot hingga 50 peratus.

Sementara itu, seramai 400 pegawai polis berada di kawasan terbabit 24 jam sehari untuk memastikan keadaan terkawal.

Kesesakan di Beijing sudah menjadi darah daging di bandar raya berkenaan. Kekerapannya meningkat sejak bulan Mei lalu akibat peningkatan jumlah trak yang menggunakan lebuh raya Beijing-Tibet yang mencecah sebanyak 17,000 buah pada waktu puncak.

Kesesakan yang agak lancar sedikit awal bulan lalu, pemandu kenderaan berat di Beijing sekali lagi menempuh kesesakan untuk kali ketiga dalam tempoh dua bulan. Malangnya, kesesakan tersebut menjangkau sejauh 130 km.

Kenderaan dikatakan bergerak hanya satu kilometer sehari sehingga ada kenderaan yang tersangkut di lebuh raya berkenaan sehingga lima hari.

Malah, kesesakan itu menjadi lebih teruk apabila ramai pemandu yang tidur di dalam kenderaan yang dihentikan di tengah jalan akibat kepenatan.

KESESAKAN yang teruk mengakibatkan kenderaan terkandas di lebuh raya.

Boleh baca selanjutnya di Kosmo

UFO dilihat di China

Pada 8 Julai 2010 dikhabarkan bahawa lapangan kapal terbang di Mongolia ditutup kerana UFO dilihat di beberapa tempat - SUMBER

Hingga sekarang, UFO sebagai pesawat ruang angkasa alien, masih tetap sebagai teka-teki bagi kebanyakan daripada kita. Adakah UFO benar-benar wujud? Ini adalah soalan yang masih ada dalam fikiran kita yang belum terjawa. Manakala satu kontroversi yang berlaku sekarang ini keberadaan UFO yang dikatakan wujud di China Julai lepas 2010 khususnya Lapangan Terbang Xiaoshan, China.

Di bawah ini diambil daripada http://www.dotsperiod.com/1258/ufo-over-china-ufo-sighting-2010-over-chinese-airport/



Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails