Thursday, April 22, 2010

Ledakan gunung berapi Katla di Iceland dijangka lebih besar

PESAWAT berlepas dari lapangan terbang Frankfurt dengan ruang udara masih gelap akibat debu gunung berapi dari Iceland, semalam.

LONDON: Presiden Iceland, Olafur Grimsson dan saintis bimbang satu lagi gunung berapi diberi nama Katla, akan meletus sekali gus memburukkan semula keadaan.

Katla lebih besar dan hanya berlaku sekali setahun. Kali terakhir ia meletus ialah 1918, jadi kita perlu berwaspada. Sebab itu, kami ada pelan kecemasan. Kerajaan Eropah lain dan firma penerbangan juga perlu merancang lebih awal,” katanya. Katla terletak di sebelah timur gunung Eyjafjallajokull lebih kecil yang memuntahkan gumpalan debu ke ruang udara hingga melumpuhkan penerbangan antarabangsa.

Kadar debu hitam gunung berapi Iceland berkurangan dengan mendadak kelmarin, membenarkan pihak berkuasa mengurangkan sekatan ke atas penerbangan.

Bagaimanapun, gunung berapi terbabit mungkin meletup lagi dalam tempoh beberapa hari, minggu atau berbulan lamanya, kata pakar.

Jika berulang, debu itu mungkin kembali menyelimuti Britain dan bahagian utara Eropah, menyebabkan pesawat terkandas semula. Selepas beberapa hari aktiviti letupan, gunung berapi Eyjafjallajokull mula tenang, semalam.

Awan debu minggu lalu amat dramatik dan terlalu tinggi di atmosfera kerana bahagian atas gunung berapi terbabit dilitupi lapisan ais yang tebal.

Kombinasi air dan ais dalam lahar yang meletus menjana letupan kuat yang menyebabkan gumpalan debu beribu-ribu meter tinggi. Sumber Berita Harian

@@@@@@@@@@@

Berita dan gambar di bawah daripada : Kosmo

GAMBAR menunjukkan lahar yang keluar dari Gunung Eyjafjallajokull di Iceland semalam.

REYKJAVIK, Iceland - Sebuah gunung berapi meletus dengan mengeluarkan lahar berhampiran kawasan glasier di selatan Iceland menyebabkan 450 penduduk dipindahkan semalam.

Tiada kecederaan atau kemusnahan dilaporkan di sekitar gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus itu namun darurat diisytiharkan kerana para saintis gusar ia mungkin boleh mengakibatkan letusan lebih kuat di gunung berapi Katla.

"Ia merupakan letusan kecil dan tidak berbahaya. Namun, kami bimbang letusan itu akan mencetuskan satu lagi letusan dari gunung berapi berhampiran iaitu Katla yang boleh memberi kesan terhadap penduduk setempat dan global," kata seorang ahli geofizik di Institut Sains Bumi, Universiti Iceland, Pall Einarsson.

Pihak berkuasa bimbang letusan yang berlaku 160 kilometer persegi dari glasier Eyjafjallajokull boleh mengakibatkan banjir jika ais di kawasan sekitarnya cair.

Namun kajian yang dilakukan semalam menunjukkan letusan berlaku di kawasan yang tidak mempunyai ais.

Pihak Pengurusan Penerbangan Awam Iceland telah mengarahkan kapal terbang untuk berada 120 batu nautika dari kawasan gunung berapi ekoran masalah penglihatan.

Semua penerbangan domestik telah dibatalkan.

Tiada letusan dicatatkan di sekitar glasier Eyjafjallajokull sejak tahun 1821. - AP



Kejadian gempa bumi dan letusan gunung berapi di mana-mana sekarang ini bolehlah kita ambil iktibar kerana kisah asap tebal yang membawa bala bencana telah disebutkan di dalam Al-Quran dalam surah ke 44 yang dinamakan Ad-Dukhan yang membawa maksud asap tebal dan juga hadis yang dinyatakan di bawah.

(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara agama. Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata): Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan. (Ad-Dukhan [44] 9 hingga 11) .

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu baginda bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari kiamat". Lalu Nabi SAW bersabda: "Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".(H.R Muslim)

Berita Terbaru Gempa di Samoa

Bismillahirrahmanirrahim.

Gempa sederhana 5.9 magnitud landa Tonga, Samoa

22/04/2010

WELLINGTON: Gempa sederhana 5.9 magnitud melanda perairan Tonga di Pasifik Selatan, awal hari ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.Gempa berlaku jam 6.20 pagi waktu tempatan (1720 GMT) di 105 kilometer (km) di utara Hihifo di Kepulauan Tonga dan 215km di barat daya Apia, ibu negara Samoa.

Pusat Amaran Tsunami di Hawaii berkata, tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan gempa itu. Samoa mengalami kemusnahan teruk pada 29 September apabila gempa berukuran 8.0 magnitud melanda selatan perairan negara itu.

Seramai 150 penduduk terbunuh di Samoa manakala 32 lagi disahkan maut di negara jirannya di America Samoa.

Sembilan lagi maut di utara Tonga di Kepulauan Niuatoputapu. - AFP

Berita Harian

Tuesday, April 20, 2010

Gempa Bumi di Australia

Bandar lombong Australia dilanda gempa bumi kuat

20/04/2010 12:30pm

PERTH 20 April - Gempa bumi dengan kekuatan 5.0 pada skala Richter berlaku di wilayah lombong emas utama Austalia di barat negara itu hari ini menyebabkan bumbung beberapa bangunan ranap dan langkah memindahkan mereka yang berada di lombong, sekolah dan hospital dilakukan serta-merta.

Bagaimanapun tiada laporan kecederaan diterima setakat ini.

Menurut Geosains Australia, gempa bumi itu berlaku pada pukul 8.17 pagi ini kira-kira enam kilometer di barat daya bandar Kalgoorlie-Boulder.

Bumbung-bumbung di hospital dan lain-lain bangunan ranap manakala balkoni beberapa hotel juga jatuh.

Pakar kaji gempa Geosains Australia, David Jepsen berkata, gempa itu berlaku di kawasan yang agak cetetk dan ia mampu dirasakan beberapa ratus kilometer.

“Ini adalah gempa paling kuat berlaku dalam tempoh 25 tahun di wilayah ini dan ia mungkin terbesar sejak kami membuat rakaman,” kata Jepsen.

Kesemua lombong telah dipindahkan dan semua pelombong telah diberikan penjelasan, kata Paul Howes dari Kesatuan Sekerja Australia kepada Sky News Australia.

“Kami akan pastikan tiada lombong dibuka sehinggalah kami selesai membuat pemeriksaan semua tahap keselamatan,” kata Howes.

Lebih 50 lombong beroperasi di Kalgoorlie, 595 KM di timur Perth, ibu negeri Australia Barat. “Super Pit” iaitu lombong emas terbuka terbesar di Australia mengeluarkan sehingga 24,097 kilogram emas setiap tahun.

Kawasan lombong itu ditemui pada 1893. - AP

Utusan

Maklumat di bawah diambil di sini

Gempa Bumi Di Australia?

Sejarah membuktikan bahawa Australia yang terletak jauh dari kawasan Lingkaran Api Pasifik pun pernah mengalami gempa bumi. Antara yang terburuk pernah berlaku ialah di Meckering, Western Australia pada tahun 1968 dengan magnitud 6.8 skala Ritcher. Gempa bumi juga pernah berlaku di Newcastle pada tahun 1989 dengan magnitud 5.5. Pakar gempa bumi menganggarkan kejadian gempa bumi di Western Australia dan Newcastle akan sentiasa berlaku, masing -masing setiap lima dan dua tahun.

Namun begitu, Adelaide diperakui sebagai kawasan paling kerap merasai gempa dalam tempoh 50 tahun berbanding bandar-bandar utama lain di Australia. Antara yang paling teruk pernah dicatatkan dalam sejarah ialah kejadian gempa 1 Mac 1954 yang terjadi dalam tempoh 30 saat dengan magnitud 5.5. Kerosakan akibat gempa tersebut dianggarkan sebanyak $350 juta.

Pakar gempa dan ahli geologi berpendapat, kejadian gempa bumi akan berlaku lebih teruk lagi di Adelaide pada masa akan datang, berdasarkan bukti berlakunya siri gegaran kecil serta pergerakan South Australia yang semakin termendap menghala ke arah laut dengan kadar 0.1 milimeter setahun.

Lagi Gempa Bumi

Bismillahirrahmanirrahim.

BEBERAPA penduduk Afghanistan meninjau
kerosakan akibat gemba bumi di daerah Sherzad,
Afghanistan semalam.


Sumber: Sini
Sumber : Sini

@@@@@@@@@@@@@@

2010/04/20

30 cedera gegaran 5.3 magnitud

KABUL: Satu gempa bumi dengan magnitud 5.3 menggegarkan kawasan pergunungan utara ibu kota Afghanistan awal pagi semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan 30 yang lain.

“Gempa itu berlaku sejurus sebelum jam 1 pagi waktu tempatan di wilayah Samangan, kira-kira separuh perjalanan antara Kabul dan bandar utara Mazar-i-Sharif,” kata Timbalan Gabenor Wilayah, Kulam Sakhi Baghlani.

Jalan raya dan telekomunikasi tidak banyak di kawasan itu dan laporan kematian mengambil masa lama untuk sampai kepada pihak berkuasa. Gempa turut dirasai negara jiran seperti Uzbekistan dan Tajikistan.

Jalan raya dan telekomunikasi tidak banyak di kawasan itu dan laporan kematian mengambil masa lama untuk sampai kepada pihak berkuasa. Gempa turut dirasai negara jiran seperti Uzbekistan dan Tajikistan.


Baghlani berkata, tiga daerah terjejas akibat banjir lumpur dengan lebih 300 rumah rosak dan berpuluh-puluh ternakan terkorban. Tanah runtuh akibat gempa menghalang jalan raya, menjadikan lebih sukar dalam perjalanan lapan jam di sepanjang laluan gunung ganang berangin dari ibu kota wilayah Aybak.


“Gempa itu dirasai lebih kuat di kawasan pergunungan,” kata Baghlani.


Beliau berkata, tiga unit pertahanan awam dikerahkan bagi memeriksa kerosakan dan angka kematian.


Rantau Hindu Kush itu berupaya menjana gempa bumi besar di sepanjang garis gelincir antara India dan benua Asia jutaan tahun dulu.


Pada 1998, dua gempa bumi berukuran 5.9 dan 6.6 magnitud menggegarkan sempadan Afghanistan dengan Tajikistan mengorbankan lebih 6,000 orang. Gempa melanda wilayah Baghlan berhampiran Samangan pada 2002 pula mengorbankan 1,000 orang. – AP

Monday, April 19, 2010

Abu Semakin Buruk di Eropah

Abu Semakin Buruk di Eropah


SATU imej radar menunjukkan gambar seperti muka hantu pada kawasan kawah di glasier Eyjafjallajokull
yang mengeluarkan abu semalam.

.

LONDON - Debu kawah gunung berapi yang dikeluarkan di bawah glasier Eyjafjallajokull telah menyelubungi kawasan luar bandar Iceland sekali gus menyebabkan hampir kebanyakan penerbangan di Eropah ditangguhkan sehingga hari ini.

Tindakan penangguhan itu menyebabkan sejumlah penumpang yang terkandas memenuhi stesen kereta api dan hotel di bandar-bandar utama di Eropah.

Menurut pegawai-pegawai sebuah agensi kawalan udara Eropah, Eurocontrol, hanya 11,000 penerbangan dijangka beroperasi berbanding 28,000 penerbangan yang merupakan angka operasi sebenar.

Penumpang-penumpang yang terkandas itu menggunakan perkhidmatan kereta api untuk menuju ke destinasi mereka di Eropah.

Sebuah syarikat usaha sama kereta api, Thalys membenarkan penumpang untuk membeli tiket walaupun tempat duduk kereta api sudah habis ditempah.

"Kami berpendapat, kami akan membantu sejumlah penumpang untuk pergi ke destinasi terakhir mereka," kata jurucakap Thalys, Patricia Baars.

Kelmarin, seketul ais sebesar sebuah rumah runtuh dari kawah di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland.

Menurut seorang pegawai di Jabatan Perlindungan Sivil, Rognvaldur Olafsson, banjir dijangka berlaku ekoran kecairan ais.

Ruang udara Britain, Ireland, Perancis. Denmark, Norway, Sweden, Finland dan Belgium ditutup ekoran debu yang dikeluarkan oleh kawah gunung berapi itu.

Langit di Lapangan Terbang Heathrow dan beberapa kawasan di Britain turut menjadi jingga ekoran debu tersebut.- Agensi

Sunday, April 18, 2010

Gempa bumi kuat di Papua New Guinea

Salam Semua.

18/04/2010 10:22am

KUALA LUMPUR 18 April - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda wilayah New Guinea Timur, 316 kilometer di utara Port Moresby, Papua New Guinea pada pukul 7.15 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata, gempa bumi pada kedudukan 6.7 selatan dan 147.3 timur itu adalah kira-kira 3,457 kilometer di tenggara Kunak, Sabah.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami. - Bernama

Maklumat lain berkaitan boleh klik di sini , sini dan sini

Saturday, April 17, 2010

Earthquake in Yushu 791 Kurban

YUSHU: Mangsa yang terkorban akibat gempa bumi di bahagian barat China mencapai angka 791 ketika krew penyelamat menemui beberapa lagi penduduk yang terselamat manakala orang lain yang kehilangan tempat tinggal mengadu lewat menerima bantuan. Meskipun angka rasmi korban meningkat kepada 791, organisasi bukan kerajaan melaporkan 1,000 terbunuh dalam kejadian itu. Meskipun angka rasmi korban meningkat kepada 791, organisasi bukan kerajaan melaporkan 1,000 terbunuh dalam kejadian itu. Berucap di hadapan penduduk Gyegu di kawasan tanah tinggi Tibet lewat kelmarin, Perdana Menteri, Wen Jiabao berjalan di atas runtuhan dan berjanji usaha menyelamat adalah berterusan.Televisyen tempatan menunjukkan Wen menenangkan mereka yang terselamat dalam khemah, seorang penduduk menangis apabila beliau bercakap dengannya sambil mengendong seorang anak.Mangsa terselamat dalam kejadian gempa bumi Rabu lalu tidur dalam khemah sementara doktor bertungkus lumus merawat mangsa yang cedera dalam pusat perubatan bergerak. Berita seterusnya di Berita Harian. Boleh lihat banyak lagi gambar kejadian di sini

Sesungguhnya bersyukurlah kita kerana tidak terlibat dengan kejadian seperti ini. Berdoa dan beramallah kerana ini merupakan peringatan buat kita sebagai salah satu tanda bahawa kiamat sudah dekat.

Allah sering memperingatkan kita kepada hari akhirat dalam setiap kesempatan, menegaskan kejadiannya, bahkan mengaitkan keimanan kepadaNya dengan hari kiamat. Allah merahsiakan waktu berlaku kiamat kepada hambaNya, tetapi memberikan tanda2 kejadian itu.

Kita beriman kepada segala yang akan berlaku daripada tanda hari kiamat sama ada tanda kecil (alamat al-shughra) atau besar (alamat al-kubra). Tanda itu ialah isyarat akan berlaku hari kiamat kerana ia termasuk dalam cakupan iman terhadapnya.








Boleh juga baca di sini

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails