Saturday, December 17, 2011

Wanita India paling kerdil di dunia


SEORANG pengadil Guinness World Records, Rob Molloy (kanan) dan Dr. Manoj Pahukar (kiri) mengukur ketinggian Jyoti Amge di Nagpur semalam.



NAGPUR - Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun, Jyoti Amge yang setinggi cuma 61.95 sentimeter dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia oleh Guinness World Records di sini semalam.
Beberapa pegawai Guinness mengukur ketinggiannya sebelum dia dyang menghidap penyakit pertumbuhan terbantut, achondroplasia dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia.
Dia layak untuk disenaraikan dalam Guinness World Records kerana umurnya mencecah 18 tahun semalam.
"Saya berasa amat gembira untuk mendapatkan rekod ini," katanya yang menangis kegembiraan yang menurut bapanya dia bercita-cita untuk menjadi aktres Bollywood. Dia menerima sijil pengiktirafanGuinness sambil disaksikan oleh bapanya, Kisan, 55, dan ibunya, Ranjana, 50.
Rekod wanita paling kerdil di dunia sebelum ini dipegang oleh rakyat Amerika Syarikat, Bridgette Jordan yang setinggi 69.5 sentimeter. - Agensi

Wednesday, December 14, 2011

Banjir Kilat di Kuala Lumpur

Di percayai Banjir berlaku pada 5 petang semalam, 13 Disember 2011 di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Keadaan lalu lintas di ibu negara terhenti seketika semalam berikutan Banjir kilat berlaku di Jalan Tun Razak semasa orang ramai pulang ke rumah setelah selesai urusan kerja seharian selama 8 jam...





Sumber gambar di bawah : suffer.frenzfm.my



Tuesday, December 13, 2011

Tuanku Mizan akhiri pemerintahan

KUALA LUMPUR - Keberangkatan balik Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah pada akhir tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pagi semalam berlangsung dengan penuh istiadat diraja.

Tuanku Mizan yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2006 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara di sini pada pukul 11 pagi.

Baginda akan digantikan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Keberangkatan balik baginda berdua diiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek .
selaku menteri pengiring

TUANKU MIZAN memeriksa panji-panji perbarisan Rejimen Askar Melayu Diraja semasa Istiadat Keberangkatan Balik di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur semalam.

TUANKU MIZAN dan Tuanku Nur Zahirah melambai kepada orang ramai sebelum menaiki pesawat untuk berlepas ke Terengganu di KLIA semalam.
Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang bakal ditabalkan hari ini.

Monday, December 12, 2011

Pemandu cekap letak kereta di ruang sempit

SIRI urutan gambar di New York menunjukkan seorang pemandu meletak kereta sedan di ruang yang cuma boleh memuatkan sebuah kereta kompak. - YouTube


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemandu yang menunjukkan kecekapannya meletak kereta di ruang sempit menjadi sensasi di laman perkongsian video YouTube, lapor akhbar MailOnline.
Lelaki tidak dikenali itu meletak kereta sedan miliknya di ruang sempit yang cuma muat untuk sebuah kereta bersaiz kompak.
Malah, dia berjaya keluar dari ruang parkir sama tanpa mencalarkan bampar kenderaan di hadapan dan belakangnya.
Dia mengambil masa sekitar lima minit untuk meletakkan keretanya di ruang parkir berkenaan di sini baru-baru ini. - Agensi


Tuesday, December 6, 2011

Lapan Ferrari, sebuah Lamborghini berlanggar


BEBERAPA anggota polis melakukan siasatan ke atas tiga buah kereta sport mewah yang terlibat dalam perlanggaran melibatkan 14 buah kenderaan di lebuh raya Chugoku, Shimonoseki kelmarin.



TOKYO - Lapan buah kereta sport Ferrari, sebuah Lamborghini dan dua buah kereta Mercedes berlanggar di sebuah lebuh raya di Shimonoseki, tenggara Jepun kelmarin.

Menurut agensi berita AP, polis menyatakan perlanggaran itu disebabkan salah seorang pemandu sebuah Ferrari itu cuba untuk mengubah laluan sebelum kereta tersebut merempuh penghadang jalan.

Kereta Ferrari itu kemudian berpusing di lebuh raya tersebut.

Beberapa buah kereta lain berlanggar kerana cuba mengelak Ferrari tersebut.

Tiada seorang yang cedera serius dalam nahas itu tetapi polis di wilayah Yamaguchi menyatakan 10 orang dirawat kerana mengalami luka.

Menurut polis, 14 buah kereta terlibat dalam nahas itu.

Agensi berita AFP melaporkan bahawa kos perlanggaran itu melibatkan 300 juta yen (RM12.07 juta).

Harga kereta baharu Ferrari ialah lebih 20 juta yen (RM804,794) manakala Lamborghini berharga sehingga 30 juta yen (RM1.20 juta). - Agensi
kosmo!

Sunday, December 4, 2011

Muzium Kapal Selam

Muzium kapal selam ini menambah lagi koleksi artifak sejarah negeri ini yang sudah mempunyai 23 muzium, terletak di Dataran 1Malaysia, Klebang.

Muzium Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini mula dibuka pada 22 November lalu. 

Selepas menempuh pelayaran selama 31 hari dari pelabuhan Brest, Perancis, kapal selam seberat 1,200 tan tersebut akhirnya tiba di perairan Selat Melaka pada 12 November lalu. Kapal yang beratnya lebih 1,000 tan itu dipindah dan diangkut tanpa dileraikan sekali gus mencipta sejarah dan dipuji pasukan marin Perancis.


Proses itu melibatkan dua buah kren khas yang masing-masing berkeupayaan mengangkat beban 900 tan. Operasi mengalihkan kapal selam dari kapal ‘Jumboship’ ke kapal ponton mengambil masa selama tiga jam.
Ia berukuran 67.57 meter panjang dan tinggi 11.75 meter manakala 6.5 meter lebar. Sesiapa sahaja akan teruja melihat kapal itu kerana ketinggiannya menyamai sebuah bangunan kedai tiga tingkat!

Menyingkap sejarah kapal itu, Agosta 70 digunakan untuk melatih kru pertama kapal selam Malaysia dari 2005 hingga 2009 dan latihan itu dijalankan berikutan kontrak yang ditandatangani Malaysia untuk pemilikan kapal selam Scorpene Perancis pada 2002. Baca seterusnya di KOSMO!

KAPAL selam Agosta 70 selamat ditempatkan di Klebang, Melaka.
PELAN pembangunan Muzium Kapal Selam atau Kompleks Pelancongan Klebang, Melaka.
KAPAL selam diangkut dan dipindahkan dari jumboship milik Belanda ke atas tongkang yang berlabuh di sebelah jumboship itu di Melaka.

Saturday, December 3, 2011

Banjir Besar di Kajang



HULU LANGAT 2 Dis. – Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini sejak pukul 2 petang mengakibatkan banjir kilat melanda pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah ini, petang ini.
Selain pusat bandar Kajang yang dilanda banjir kilat apabila paras air naik setinggi 0.3 meter, banyak kenderaan terperangkap dan ditenggelami air sejak banjir melanda kira-kira pukul 3 petang.
Beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang dan Bank Hong Leong cawangan Kajang, turut dinaiki air setinggi 0.2, manakala kawasan lain yang terlibat adalah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, pasar Besar Kajang dan Jalan Jelok.
Selain itu, Sungai Kantan dan Jalan Semenyih, Kajang berhampiran Klinik Kajang dan Jalan Kelapa.
Di Sungai Kantan, banjir turut melanda beberapa kawasan perumahan di situ sehingga menyebabkan seramai sembilan penduduk termasuk tiga warga emas terpaksa dipindahkan setelah terperangkap di rumah masing-masing.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu kira-kira pukul 3.51 petang.
Beberapa klip video sekitar banjir itu turut berlegar dan dikongsi oleh pengguna laman sosial Youtube dan Facebook, termasuk video yang menunjukkan seorang wanita yang terperangkap diselamat oleh orang ramai.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails