Friday, August 12, 2011

Letusan matahari terbesar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzmWv5Awjlvzd00PGMLdwRVt3oxS-xfXTfvi8gTLcLLc2UH_BZLawf_jQf6IJv45PTcH-zZFMo9JIrwGtmg1xTP2FgtFxgz2PKyqhD1MDOiPkIgC7sJN4sLhmTZs5nAPlkfM-sGqW9GhRW/s1600/du_05.1.jpg
Gambar yang disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan letusan di matahari.



LOS ANGELES, Amerika Syarikat 11 August 2011– Matahari menghamburkan letusan api amat kuat kelmarin sekali gus yang terbesar dalam tempoh hampir lima tahun.

Saintis-saintis memberitahu, impak fenomena berkenaan ke atas sistem satelit dan komunikasi adalah kecil kerana letusan berlaku di permukaan matahari yang membelakangkan Bumi.

Seorang saintis angkasa lepas A, Joe Kunches yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca negeri Colorado berkata, cuma terdapat laporan gangguan gelombang radio pendek di Asia susulan letusan kuat itu. Matahari kini berada dalam fasa perubahan memasuki kitaran lebih aktif.

Saintis-saintis meramalkan akan berlaku lebih banyak letusan solar dalam masa lima tahun akan datang dengan letusan solar serupa berlaku pada Disember 2006.

Thursday, August 11, 2011

Dua Hujan Meteor di Bulan Ramadhan 2011


 perseid meteor shower
 
hujan-meteor-perseid

Ahli astronomi dari H.R. MacMillan Space Centre di Vancouver, Canada; Raminder Singh Samra; dua hujan meteor akan memuncak pada malam bulan Ramdhan tahun ini. Dijangkakan akan berlaku pada pada malam Ramadhan Sabtu 13 Ogos 2011 yang dikenali sebagai hujan Meteor Perseids dan Delta Aquarids. 

Kedua hujan meteor tersebut akan dilengkapi dengan bulan purnama, yang sayangnya akan mengganggu pandangan ke hujan meteor.

Puncak hujan meteor Delta Aguarids akan terjadi saat puncak hujan meteor Perseids dimulai. Keduanya akan menghasilkan 15 hingga 30 bintang jatuh per jam. "Meskipun ada bulan terang yang menjadi tamu, orang tetap dapat melihat hujan Delta Aquarids," kata Raminder Singh Samra.

Hampir seluruh orang di dunia dapat melihat hujan meteor ini. Hujan dapat terlihat dengan jelas di daerah yang gelap, jauh dari gemerlap kota. "Kerana bintang jauh akan terjadi di seluruh angkasa yang terlihat, berbaringlah dan biarkan mata beradaptasi dengan kegelapan," saran Samra.

Hujan meteor Delta Aquarids dan Perseids terjadi karena atmosfer Bumi menghampiri awan yang terbentuk dari butiran-butiran partikel yang dilepaskan komet. Setiap partikel masuk ke atmosfer dengan kecepatan 150.000 kilometer per jam sehingga terbakar dan menghasilkan cahaya.

Hujan meteor Perseid sudah mulai terjadi sejak 17 Julai lalu. Puncaknya sendiri diperkirakan akan terjadi pada tanggal 12-13 Ogos. Namun bulan purnama yang akan kelihatan pada 13 Ogos boleh mengurangi kenikmatan memandang fenomena alam ini.

Meskipun demikian, masih ada kesempatan untuk menikmati Perseid sebelum bulan purnama, apabila cuaca memungkinkan. Para pengamat langit boleh memanfaatkan langit yang gelap pada  9, 10, dan 11 Ogos. Sementara waktu terbaik untuk melakukan pengamatan adalah pada malam hari menjelang pagi.

Secara umum, langit akan benar-benar gelap selama dua setengah jam menjelang pagi pada  9 Ogos, sehingga hujan meteor Perseid bisa jelas terlihat. Pada 10 Ogos, tempoh langit gelap berkurang menjadi satu setengah jam dan menyusut menjadi kurang daripada setengah jam pada pagi Khamis 11 Ogos.

Meteor Perseid biasanya bergerak cepat, terang, dan kadang-kadang meninggalkan jejak cukup lama. 

Perseids akan dimulai dengan sekitar lima meteor per jam. Mereka dapat dilihat dua minggu sebelum pertengahan agustus. Saat puncak hujan meteor rata-rata ada 60 hingga 120 meteor. Pengamatan dapat dilakukan mulai pukul 2 dini hari sampai subuh. Rasi Perseus berada di arah timur laut dengan ketinggian 30 darjah. Sementara itu, aktivitas Delta Aquarids akan terjadi akhir Julai dan awal Ogos.

Hujan meteor Delta Aquarids dan Perseids terjadi karena atmosfer Bumi menghampiri awan yang terbentuk dari butiran-butiran partikel yang dilepaskan komet. Setiap partikel masuk ke atmosfer dengan kecepatan 150.000 kilometer per jam sehingga terbakar dan menghasilkan cahaya. (Sumber: National Geographic News dan Space.com )

Wednesday, August 10, 2011

JANGAN SEKALIPUN LUPA


JANGAN SEKALIPUN LUPA, HANYA ALLAH TUHAN YANG SEBENAR...

Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagi-Nya lah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nya lah segala penentuan dan hanya kepada Nya lah kamu dikembalikan. (Surah al-Qasas:70)
JANGAN SESEKALI LUPA BAHAWA...

  • Satu-satunya tujuan hidup kita ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah
  • Allah menguasai semuanya dari Timur ke Barat
  • Allah mempunyai kuasa yang mutlak terhadap semua perkara dan Dia mengarahkan semua urusan mereka.
  • Allah berkuasa terhadap semua manusia, termasuk ibu-bapa kita, rakan sekelas dan rakan sepejabat,
  • Allah ialah Pelindung dan Pembela manusia yang sebenar,
  • Allah sentiasa menang akhirnya,
  • Hanya Allah yang boleh melepaskan kita daripada sebarang kesusahan yang kita alami,
  • Allah mengetahui segala perkara yang tersembunyi, butir-butir terperinci mengenainya dan aspek yang kita tidak tahu mengenainya.
  • Allah mengetahui secara terperinci tentang perbuatan-perbuatan yang seseorang lakukan sepanjang kehidupannya.
  • Allah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang dikehendaki-Nya
  • Allah mengetahui butir-butir yang halus berkaitan segala perkara yang dimanfaatkan oleh hamba-hamba-Nya yang bertaqwa.
  • Allah melindungi mereka yang meminta perlindungan daripada Allah dan memberikan mereka kelegaan.
  • Allah mahu memudahkan kita
  • Semua perkara yang berlaku ke atas diri kita berlaku atas kawalan Allah
  • Allah yang menganugerahkan kita segala nikmat
  • Allah adalah Pemilik segala harta benda (Kapal layar, rumah, kereta, perabot, pakaian, barang kemas dan sebagainya) dan Dia lah Pemilik sebenar semua wang yang ada.
  • Allah lah yang memberi rezeki kepada semua benda hidup
  • Allah meluaskan nikmat kepada sesiapa yang dikehendakiNya
  • Kita mesti melakukan sesuatu hanya untuk mendapat keredhaan Allah
  • Allah yang mengajar semua perkara yang kita tahu
  • Allah lah yang memberi petunjuk ke arah kebenaran dan mengkehendaki kita menjadi orang beriman
  • Allah adalah tinggi di atas segala kesalahan terutamanya kepada manusia dan Dia tidak memerlukan apa-apa pun daripada makhluknya.
  • Setiap benda hidup di atas muka bumi ini memerlukan Allah
  • Allah sangat teliti
  • Allah mengetahui segala-galanya sama ada kita menyimpankannya di dalam diri kita sahaja atau memberitahu orang lain
  • Allah pasti menolong mereka yang menolong agama Allah
  • Allah melihat kita tidak kira apa yang sedang kita lakukan atau di mana sahaja kita berada
  • Allah adalah adil dan tidak melakukan sebarang kezaliman terhadap seseorang walaupun sekecil zarah
  • Allah tidak pernah menyebabkan kesengsaraan kepada manusia dalam apa cara sekali pun
  • Allah adalah Pencipta langit dan bumi dan apabila dia memutuskan sesuatu, Dia hanya perlu  berkata 'kun!' (jadilah), maka terjadilah.
  • Allah mengetahui semua perkara dan ia adalah di sebalik pengetahuan kita
  • Tiada siapa yang boleh merubah apa yang Allah kehendaki kepadanya dan tiada siapa yang mampu menghalang sesuatu daripada berlaku, sama ada baik atau buruk sekiranya Allah mengkehendakinya.
  • Melihat dan memikirkan tentang tanda-tanda kebesaran Allah akan menunjukkah kita ke dalam diri kita dan diluar diri kita.
  • Semua benda di bumi dan di langit memuji dan mengagungkan Allah.
  • Hanya Allah yang layak untuk dimuliakan.
  • Allah tidak pernah lupa apa-apa pun
  • Allah sentiasa hidup, Dia tidah pernah tidur atau memerlukan tidur
  • Allah menyembuhkan hati orang yang percaya dengan pertolongan-Nya.
  • Allah menolong orang-orang beriman pada setiap masa
  • Allah mengampuni dan menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya.
  • Allah tidak menghukum orang yang membuat dosa serta merta, tetapi dia memberikan masa supaya mereka akan bertaubat dan memohon keampunan-Nya.
  • Allah Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya
  • Allah menginginkan hamba-hamba-Nya yang taat untuk memasuki syurga
  • Allah akan memberi ganjaran kepada mereka yang bersabar
  • Allah lah yang memberikan kita nyawa dan memberi kesihatan kepada kita.
  • Allah yang menyembuhkan kita apabila kita sakit
  • Allah mengingatkan kita setiap masa untuk menolong kita mendapatkan iman yang sejati dan mengingatkan kita dengan pelbagai cara.
  • Allah telah memberikan kita kecintaan kepada iman dan kebencian kepada kekufuran, kesesatan dan ketidak taatan kepada Allah.
  • Allah akan membawa ke hadapan orang-orang yang dikasihi-Nya dan mereka yang menyintai Allah untuk menggantikan mereka yang melupakan agama
  • Allah menghapuskan perbuatan buruk daripada orang yang benar-benar beriman
  • Allah memberikan kebolehan untuk membezakan antara yang benar dan yang salah kepada mereka yang bertaqwa kepada Allah.
  • Allah adalah dekat dengan kita daripada sesiapa pun atau apa-apa pun.
  • Kita perlu berdoa kepada Allah supaya dia menjaga kita dan menjadi Wali kita sehingga berkekalan.
Boleh baca seterusnya JANGAN SEKALIPUN LUPA............

Penghuni menara Burj Khalifa berbuka lebih lewat


BURJ KHALIFA...penghuni yang ada di tingkat 80 dan ke atas perlu menunggu dua hingga tiga minit lebih lama sebelum boleh berbuka.
BURJ KHALIFA...penghuni yang ada di tingkat 80 dan ke atas perlu menunggu dua hingga tiga minit lebih lama sebelum boleh berbuka.
DUBAI: Umat Islam yang tinggal di dalam bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, terpaksa berpuasa lebih lama sepanjang Ramadan.

Ketua ulama Dubai, Mohammed al-Qubaisi, berkata penghuni yang berada di tingkat 80 dan ke atas bangunan itu perlu berbuka dua minit lebih lewat berbanding orang lain.

“Penghuni di tingkat 150 dan ke atas pula perlu berbuka lewat tiga minit,” katanya.

Keadaan itu, kata Mohammed, berlaku kerana mereka melihat matahari lebih lama berbanding orang Islam yang ada di bawah.

“Keadaan mereka sama seperti dialami seseorang Muslim yang bermusafir menggunakan kapal terbang atau penghuni kawasan tanah tinggi.

Menara Burj Khalifa setinggi 828 meter dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010 dan memiliki 160 tingkat yang boleh dihuni. - AN

Wednesday, August 3, 2011

Kucing miliki tompok seperti misai Hitler


ANAK kucing yang memiliki tompok hitam di bawah hidung yang kelihatan seperti misai Adolf Hitler.

GODMANCHESTER, Britain - Seekor anak kucing diberi nama jolokan Kitler kerana haiwan itu mempunyai tompok hitam di bawah hidung yang menyebabkan ia kelihatan mirip misai bekas pemimpin Nazi dari Jerman, Adolf Hitler.

Anak kucing itu ditinggalkan di tepi sebatang jalan raya dan kini dijaga oleh sebuah pusat perlindungan haiwan di sini.

Ratusan pengunjung yang melawat pusat perlindungan haiwan itu enggan mengambil anak kucing tersebut untuk dipelihara kerana tompokan seperti misai tersebut.

Hitler memang terkenal kerana kekejamannya mengetuai pembunuhan kaum Yahudi semasa Perang Dunia Kedua. - Agensi

Monday, July 11, 2011

Manusia perlu tangkis 10 perangkap syaitan

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

2011/07/11

ALLAH berfirman bermaksud: “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” (An-Nisa: 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya ada kaitan dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.

Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itu sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya sudah menyediakan ruang kepada syaitan menapak dalam diri.

Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap menguasai tunjang dalam badan manusia.

Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan itu. Mengikut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu:

Pertama – melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat ini amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan.

Kedua – melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu orang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah. 

Ketiga – melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri manusia yang berasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik Allah pada bila-bila masa saja. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur.” (an-Nahl:23)

Keempat – sifat khianat. Khianat dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

Kelima – sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Rasulullah selalu menasihati sahabat Baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan keempat daripada kalangan manusia dibenci Allah iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

Keenam – melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api memakan kayu kering “ (Riwayat Bukhori dan Muslim).

Ketujuh – melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu berasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil.” (Riwayat Muslim).

Kelapan – melalui sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja.” (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

Kesembilan – melalui sifat suka berangan-angan. Islam adalah antikemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha memperolehnya.

Kesepuluh dan terakhir – melalui sifat buruk sangka. Seseorang suka menuduh orang lain melakukan kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela Islam. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itu sebenarnya sudah rosak dirinya.” (Riwayat Muslim)

Gempa bumi kuat di timur laut Jepun


SEKUMPULAN penduduk berkumpul di atas bukit selepas amaran tsunami dikeluarkan di Ishinomaki, Miyagi, semalam.
SEKUMPULAN penduduk berkumpul di atas bukit selepas amaran tsunami dikeluarkan di Ishinomaki, Miyagi, semalam.
Loji nuklear Fukushima terpaksa dikosongkan ekoran amaran tsunami

TOKYO: Gempa bumi kuat menggegarkan timur laut Jepun semalam, menyebabkan loji nuklear yang terjejas, Fukushima terpaksa dikosongkan tetapi tiada tanda kemusnahan berlaku di loji itu atau laporan kematian di sepanjang pesisir pantai.

Agensi Meteorologi Jepun mengeluar amaran tsunami selepas gempa dengan magnitud 7.1 melanda di kawasan sama yang musnah akibat gempa bumi kuat dan tsunami pada 11 Mac tetapi menarik amaran itu kembali.

Pegawai rasmi berkata ombak setinggi 10 sentimeter direkodkan. “Gegaran berlaku lebih lama dan kuat,” kata seorang pegawai kerajaan di bandar Iwaki, Fukushima memberitahu penyiar NHk.

“Rak buku bergoyang tetapi tiada yang jatuh, kami menasihati orang ramai supaya tidak menghampiri pantai,” katanya.

Sekurang-kurangnya 21,000 orang terbunuh atau hilang dalam malapetaka Mac lalu yang turut menjejaskan bekalan tenaga ke loji nuklear Fukushima.

Tiada laporan kecederaan atau kemusnahan akibat gempa bumi itu setakat ini. Agensi kaji cuaca berkata gempa bumi berlakui pada kedalaman 10 kilometer di luar timur laut pantai negara itu sebelum jam 10 pagi waktu tempatan. 

Pegawai syarikat pengendali loji nuklear Fukushima, Tokyo Electric Power, berkata pekerja di loji berkenaan sudah diarahkan keluar dan pergi ke kawasan tinggi.

Beliau berkata, tiada kemusnahan di loji di mana pekerja bekerja keras membina sistem penyejukan untuk menstabilkan reaktor.

Syarikat itu berkata, walaupun dengan pengosongan itu, air masih dipam masuk ke rektor dan nitrogen turut dimasukkan ke dalam dua rektor untuk mengelakkan letupan hidrogen.

Akhbar Japan Today yang memetik agensi berita Kyodo melaporkan rombakan loji nuklear Fukushima Daiichi termasuk mengeluarkan bahan bakar nuklear, meruntuhkan reaktor dan bangunan di dalam loji itu, dijangka mengambil masa beberapa dekad. – Reuters/ Agensi 

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails