SANAA - Beratus-ratus ribu rakyat negara Yemen keluar beramai-ramai di sini bagi mengadakan demonstrasi mendesak Presiden Ali Abdullah Saleh meletakkan jawatan.
SEBAHAGIAN penunjuk perasaan menuntut Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh meletakkan jawatan di Sanna semalam. |
Para penunjuk perasaan itu berhimpun di setiap jalan utama di bandar ini dan mereka berterusan mendesak Ali yang telah memerintah selama 32 tahun supaya berundur.
Mereka turut menyalahkan sistem pemerintahannya yang mencetuskan kemarahan rakyat terhadap pemerintahannya.
Pihak pembangkang berharap seramai satu juta orang akan berhimpun untuk mendesak peletakan jawatan Ali. Ali sebelum ini enggan meletakkan jawatan kecuali ditewaskan dalam pilihan raya.
Pergolakan di Yemen berlaku ekoran kejayaan penunjuk perasaan di Tunisia dan Mesir yang mengakibatkan kedua-dua presiden di negara tersebut meletakkan jawatan.
Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai presiden Mesir pada bulan Februari lepas selepas Zine El Abidine Ben Ali berundur pada Januari lalu ekoran tunjuk perasaan rakyat. - Agensi
No comments:
Post a Comment