GAMBAR menunjukkan Gunung Lalakon, Jawa Barat yang menjadi tumpuan para pengkaji geologi di Indonesia bagi mengetahui sama ada ia mengandungi piramid. |
KOTAWARINGIN, Indonesia - Sepasukan pakar geologi dan sejarah sedang mengkaji sama ada terdapat sebuah piramid besar di dalam sebuah gunung di Jawa Barat, lapor sebuah akhbar semalam.
Mereka melakukan kajian tersebut di Gunung Lalakon yang setinggi 998 meter dari permukaan laut dan terletak di Desa Jelegong, di sini, berhampiran kota Bandung.
Selepas tiba di puncak gunung, pasukan itu memasang alat-alat geologi termasuk 56 sensor dari puncak Lalakon hingga ke lereng gunung itu.
Alat-alat itu berfungsi untuk menganalisis struktur dan kepadatan batuan pada kedalaman beberapa ratus meter ke dalam bumi.
"Tujuan kami adalah untuk mengenal pasti apakah terdapat bangunan yang tersembunyi di dalam gunung itu," kata seorang anggota pasukan tersebut, Agung Bimo Sutedjo.
- Agensi
Kosmo
SUPATRA SASUPHAN |
BANGKOK - Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Thailand, Supatra Sasuphan digelar 'perempuan serigala' kerana wajahnya yang dipenuhi dengan bulu, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun kerap diejek oleh rakan-rakan sebaya, Supatra yang tinggal di sini berkata, dia kini amat popular selepas Guinness Book of Records mengiktirafnya sebagai perempuan yang memiliki bulu badan paling lebat di dunia.
"Saya gembira nama saya berada dalam Guinness Book of Records. Ramai orang terpaksa berusaha keras untuk tersenarai tetapi saya cuma perlu menjawab beberapa soalan," katanya.
Kanak-kanak itu merupakan antara 50 penghidap penyakit ganjil dikenali sebagai Sindrom Ambras yang menyebabkan tubuhnya dipenuhi bulu.
Dia memiliki bulu lebat yang tumbuh di seluruh wajah, telinga, tangan kaki dan belakangnya.
Pelbagai kaedah rawatan termasuk rawatan laser setakat ini gagal menghentikan bulu-bulu tersebut daripada tumbuh semula. - Agensi
Kosmo
No comments:
Post a Comment