ISLAM menganjurkan hubungan baik sesama manusia. Setiap orang hendaklah menjaga tingkah laku dan kata-kata. Perbuatan mengherdik, mencaci dan menghina sesama sendiri dilarang Islam.
Allah berfirman:
Allah berfirman:
“Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat ayat 11).
Selain itu, Islam menganjurkan supaya kita bermaaf-maafan sesama sendiri lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan keluarga, sahabat dan taulan.
Allah berfir man:
“Dan janganlah orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang miskin serta orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Nur ayat 22).
Berbekalkan sifat mulia, mudah memaafkan kesalahan orang lain, kita tentu dapat hidup dengan tenang dan bahagia kerana kita percaya bahawa Allah itu Maha Adil.
Allah tentu membalas segala kebaikan dan kejahatan dengan penuh kesempurnaan.
No comments:
Post a Comment