Saturday, October 9, 2010

Kini dari KL ke Ipoh cuma 2 jam


Kini dari KL ke Ipoh cuma 2 jam

Dengan meniaki tren elektrik KTMB. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) yang membawa penumpang ke Ipoh dalam masa dua jam berbanding tiga jam sebelum ini.

ETS yang memulakan perkhidmatannya bulan Ogos lalu juga disifatkan usaha terbaru KTMB memaksimumkan sistem pengangkutan itu yang berdepan saingan bentuk pengangkutan lain yang lebih cepat dan selesa serta kerusinya yang empuk dan luas. Ditambah pula dengan skrin LCD yang mampu menghilangkan kebosanan selama dua jam perjalanan.

Menariknya, tandas tren ini mempunyai ciri-ciri seperti tandas dalam kapal terbang yang sentiasa dipastikan bersih untuk kegunaan. Jika lapar, sila ke koc C untuk menjamu selera dengan dilayan pramugari dan pramugara yang terlatih.

Mempunyai lima koc yang boleh memuatkan sehingga 350 penumpang pada satu-satu masa, ETS menjanjikan keselesaan dengan kelengkapan seperti tandas, kafe, skrin LCD, tempat duduk bertanda dan kamera litar tertutup dalam setiap koc serta perkhidmatan pramugari dan pramugara.

Tren yang menggunakan teknologi Korea itu mengutamakan keselamatan penumpang kerana dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan terkini dan menepati piawaian antarabangsa.

Kelajuan ETS boleh mencecah 160 kilometer sejam tetapi keadaan geografi yang tidak stabil tidak membolehkan ia dipandu sehingga ke tahap maksimum sebaliknya bergerak kebanyakan masa pada kadar 140 kilometer sejam.

Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan, berkata kelajuan maksimum cuma boleh digerakkan ketika perjalanan dari Rawang ke Ipoh tetapi tidak berpanjangan kerana ia terpaksa dikurangkan apabila melalui trek tidak stabil.

"Kelajuan 160 kilometer sejam cuma untuk beberapa ketika untuk mendapatkan balik masa yang terbuang apabila kita terpaksa menunggu kereta api lain yang menggunakan landasan sama.

"Malah kelajuan ETS menjimatkan masa sehingga sejam dalam perjalanan ke Ipoh berbanding sebelum ini. Istimewanya ETS ialah ia mesra orang kurang upaya (OKU) seperti tandas. Stesen perhentian juga tidak melupakan OKU dengan kelengkapan seperti lif dan sebagainya.

Baca lebih lanjut di BH

No comments:

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails