Assalamu'alaikum.
1.Kaedah dan Adab berdoa
Hendaklah dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan besar selain memakai pakaian bersih serta tempat berdoa yang selesa.
Menghadap kiblat dan berdoalah dengan khusyuk selain merendah diri (tawadhuk) kepada Allah.
Doa dimulakan dengan membaca al-Fatihah atau memuji Allah sekurang-kurangnya, “Alhamdulillahirabbilalamin” diikuti dengan membaca selawat atas nabi.
Angkat tangan hingga kelihatan kedua-dua ketiak disamping perut anak jari menghadap ke atas.
Selepas selesai berdoa, sapukan kedua-dua tangan ke muka.
Berdoa perlulah dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memperkenankan doa kita itu. Jangan sekali-kali berdoa dalam keadaan hati lara dan lalai atau kurang yakin kemahuannya.
Rasulullah bersabda, maksudnya: Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan penuh yakin. Dia akan memperkenankan doa kamu. Dan, ketahuilah sesungguhnya Allah tidak akan memperkenankan doa daripada hati yang lalai atau keluh kesah. (Riwayat At-Tarmizi).
Setiap orang Islam hendaklah banyak berdoa kepada Allah ketika dalam keadaan senang atau mudah supaya Allah akan memperkenankan doanya dalam keadaan susah.
Berdoa dengan suara yang perlahan dan merendah diri selain mengakui segala kesalahan serta dosa-dosa yang pernah dilakukan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Berdoalah kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan (Surah al-Araaf ayat 55).
Sebaik-baik doa ialah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas, contohnya:
“Ya, Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka”.
Untuk memohon sesuatu hajat, ulangi perkara itu sekurang-kurangnya tiga kali.
Jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan, perpecahan dalam masyarakat atau keluarga. Ingat, apabila berdoa jangan meminta sesuatu yang mustahil.
Jangan mudah merajuk apabila doanya tidak dikabulkan Allah. Sebaliknya hendaklah bersabar dan terus berdoa selain berserah diri kepada Allah.
Sebelum mengakhiri dengan ucapan Amin, setiap doa perlu ditutup dengan selawat ke atas Nabi s.a.w selain puji-pujian kepada Allah.
2. Doa memohon perlindungan daripada kejahatan semua makhluk
'Ya Allah, Tuhan kami. Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.
Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan, sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.
Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.
Dan, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.'
Amalkan membaca doa ini selalu, jika tiada kesempatan pun, seumur hidup. Insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya.
Menurut riwayat, doa ini adalah menjadi amalan Abi Darda, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang diperoleh daripada baginda SAW.

3. Waktu-waktu Doa Mustajab
* Di tengah malam atau sepertiga malam yang Akhir
* Selepas solat fardu
* Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk
* Ketika dalam peperangan atau darurat
* Ketika sujud
* Ketika dizalimi orang
* Ketika musafir
* Bapa mendoakan kebaikan anak
* Ketika wukuf di Padang Arafah
* Selepas solat Subuh sebelum terbit matahari
* Selepas solat Asar
* Ketika mahu berbuka puasa
* Ketika sakit
* Doa pada malam Lailatulqadar
* Doa pada malam Jumaat
* Doa dalam Masjidil Haram
* Berdoa dalam Masjid Nabawi (terutama di Raudhah)
* Berdoa di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis
* Apabila khatam membaca al-Quran
* Doa raja yang adil
* Doa anak yang taat kepada ibu bapa
* Doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah
* Berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah) di Masjidil Haram
* Berdoa di belakang makam Nabi Ibrahim di Masjidil Haram
* Berdoa di Hijr Ismail
* Berdoa di mana juga masjid kerana ia rumah Allah
No comments:
Post a Comment