Subhanallah! Sungguh indah pemandangan ini.
Teres Padi Yang
Indah
Di negara China,
terdapat satu ciptaan tangan manusia yang begitu indah dan cantik hinggakan
ramai jurufoto terkenal mengagumi dan terpesona dengan keunikan alam semula jadi
itu.
Terdapat kawasan
teres padi di pergunungan Yuanyang yang juga merupakan pengeluar padi terbesar
di dunia.
Apa yang
menariknya, pemandangan di kawasan itu umpama cermin yang bercahaya setiap kali
tibanya waktu senja kerana ia dihasilkan oleh biasan cahaya matahari ke kawasan
itu.
Di kawasan
Yuanyuang, penduduk yang menetap di kawasan itu adalah kumpulan etnik Hani.
Mereka telah
mengusahakan tanaman padi sejak 1,300 tahun yang lalu.
Teres padi itu
dibina di kawasan cerun curam kawasan pergunungan itu yang ketinggiannya antara
1,000 hingga 2,000 meter di atas paras laut.
Penduduk di situ
akan menanam padi setahun sekali iaitu pada bulan April dan akan menuainya pada
bulan September.
|
Stunning: Hani
Terraces are located at Yuanyang County in Honghe Prefecture, Yunnan Province |
|
Natural beauty: There
is only one harvest per year for the Yuanyang Rice Terrace
|
No comments:
Post a Comment