Sesuatu yang janggal berlaku Rabu
(9/1/2012) di Arab Saudi. Worldbulletin menurunkan berita bahawa Tabuk-salah
satu lokasi perang yang berlaku di zaman Rasulullah-diguyur salji yang sangat
lebat, setelah beberapa jam lamanya dihentam badai yang sangat dahsyat.
Seperti diketahui, Arab Saudi merupakan
kawasan gurun pasir yang sangat panas. Matahari bersinar sepanjang hari.
Turunnya salji menjadi suatu fenomena alam yang jarang ditemui.
Penduduk Tabuk dan juga orang-orang yang
datang dari daerah lain menikmati hujan salji yang jarang berlaku itu. Jalan-jalan
terutama yang menuju Gunung Alluz dipenuhi oleh kenderaan bermotor.
Para pegawai keselamatan, kawalan
lalulintas, serta pertugas kesihatan diterjunkan ke pelbagai tempat berbeza
guna memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Pengarah lalulintas jalan raya Tabuk Brig.
Muhammad bin Ali An-Najjar memberi amaran kepada para pelancong agar
berhati-hati ketika memandu di atas jalan yang terjal dan licin di kawasan
pergunungan. Dia juga meminta mereka supaya mematuhi had kelajuan dan
menghubungi pegawai jika memerlukan bantuan atau maklumat.
Jurucakap dari Pejabat Pertahanan Awam di
Tabuk Brig. Mamduh al-Enizi menasihati agar pelancong menjauhi lembah dan
laluan banjir, tidak naik ke tempat tinggi dan tempat-tempat yang ditutupi
salji.
Jabatan Kesihatan di Tabuk menerjunkan
kenderaan-kenderaan ambulan yang berperalatan lengkap di daerah-daerah
tersebut.
Jalan-jalan yang mengarah ke kawasan gurun
pasir dan pengunungan di Tabuk dijejali kenderaan dari arah bandar Haql dan
Bada. Hujan turun di beberapa bandar di Saudi hari Rabu kemarin.
Tabuk terletak sekitar 1500 km dari Riyad
(Ibukota Arab Saudi).
Sebenarnya ini bukan kali pertama salji
turun di Tabuk. Beberapa tahun yang lalu, Tabuk juga sudah pernah diselimuti
salji dengan ketebalan mencapai 20 cm.
Para pemandu yang kebetulan melintas di
jalanan Tabuk sengaja berhenti dan bermain salji dengan gembiranya, melompat,
berguling-guling dan bersalto. Mereka tampak gembira sekali dan sama sekali
tidak menyangka bahawa negaranya diguyur salji sedemikian rupa.
No comments:
Post a Comment