KUALA LUMPUR - Keberangkatan balik Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah pada akhir tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pagi semalam berlangsung dengan penuh istiadat diraja.
Tuanku Mizan yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2006 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara di sini pada pukul 11 pagi.
Baginda akan digantikan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Keberangkatan balik baginda berdua diiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek .
selaku menteri pengiring
TUANKU MIZAN memeriksa panji-panji perbarisan Rejimen Askar Melayu Diraja semasa Istiadat Keberangkatan Balik di bangunan Parlimen, |
TUANKU MIZAN dan Tuanku Nur Zahirah melambai kepada orang ramai sebelum menaiki pesawat untuk berlepas ke Terengganu di KLIA semalam. |
Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang bakal ditabalkan hari ini. |
No comments:
Post a Comment