TOKYO 4 Sept. - Angka korban akibat Taufan Talas di Jepun yang membawa hujan lebat dan mengakibatkan kejadian tanah runtuh meningkat kepada sekurang-kurangnya 20 orang ketika ribut itu bergerak ke arah utara merentasi negara ini, hari ini.
Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya sebanyak 43 orang lagi cedera dan 50 lagi dilaporkan hilang akibat bencana alam itu.
Arahan dan nasihat pemindahan telah dikeluarkan kepada 460,000 orang penduduk di barat dan tengah Jepun, lapor agensi berita Kyodo.
Rakaman NHK TV memaparkan sebuah jambatan dihanyutkan air selepas hujan lebat menyebabkan air sungai bertukar menjadi warna coklat.
Agensi Meteorologi Jepun melaporkan, Talas bergerak peralahan ke arah utara merentasi Lautan Jepun dan akan melalui selatan pulau Shikoku serta tengah pulau Honshu tengah malam ini.
Ekoran pergerakannya yang perlahan, agensi itu memberi amaran hujan lebat dan tanah runtuh mungkin berlaku.
Menurut polis, tiga rumah dilaporkan tertimbus akibat kejadian tanah runtuh di wilayah Wakayama dan seorang gadis berusia 14 tahun berjaya diselamatkan daripada insiden itu. - Agensi
Taufan Talas yang membawa hujan lebat dan angin kencang selaju 108 kilometer sejam melanda barat Jepun 3 September 2011.
Taufan itu turut menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh di pulau Shikoku, kawasan pantai Pasifik pada pukul 10 pagi (9 pagi waktu Malaysia), menurut agensi Meteorologi. Jepun.
"Taufan itu kini dilaporkan bergerak perlahan ke arah utara dan dijangka melalui seluruh wilayah barat Jepun menuju ke Laut Timur awal esok," tambah agensi itu.
Jurucakap polis tempatan berkata, mayat seorang wanita berumur lingkungan 30 tahun ditemui di sungai Tokushim di bandar utama Shikoku. Sementara itu, Agensi Polis Kebangsaan memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 17 orang cedera dengan enam daripada mereka serius.
Lebih 300 rumah dinaiki air dan beberapa kejadian tanah runtuh turut dilaporkan, lapor agensi itu. Agensi Meteorologi turut mengeluarkan amaran banjir dan tanah runtuh di barat Jepun ekoran hujan lebat.- AFP
Gambar di bawah diambil daripada SINI
A surfer prepares to ride a wave at Nishihara beach in |
A collapsed slope caused by Tropical storm Talas is seen in Gojo, |
An aerial view shows firefighters searching among collapsed houses following a landslide caused by strong tropical storm Talas in Tanabe, |
Heavy downpours by Typhoon Talas swamp a residential area in Kiho, central |
An aerial view shows houses submerged in flood water caused by the strong tropical storm Talas in Kiho town, Mie prefecture, in western |
No comments:
Post a Comment