Seekor katak hijau berpaut pada badan ular coklat berjuang menyelamatkan diri daripada banjir besar yang melanda tempat tinggal haiwan ini. Ular dengan rela hati memberi peluang sang katak menumpang atas badannya ke tempat yang lebih selamat.
Foto ini dirakamkan oleh Armin Gerlach, seorang juruteknik komputer semasa banjir besar yang berlaku di Queensland, Australia baru-baru ini. Pelik juga kerana biasanya kita mengetahui ular dan katak adalah pemangsa dan mangsa. Namun foto di atas memberi pengajaran kepada kita apabila masing-masing berada dalam situasi yang teramat sukar, kadang-kadang kita terpaksa melupakan sementara permusuhan sesama sendiri. Rasa simpati dan saling membantu lebih diutamakan daripada kepentingan diri.
No comments:
Post a Comment