Monday, December 27, 2010

Aktivis Palestin sambut Mavi Marmara

2010/12/27

Aktivis Palestin sambut Mavi Marmara

ISTANBUL: Beribu-ribu aktivis pro-Palestin berkumpul di sebuah pelabuhan di Istanbul untuk menyambut ketibaan pulang kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara yang diserang Israel dalam pelayaran ke Gaza pada Mei lalu.

Kapal berkenaan kembali ke Istanbul semalam selepas dibaiki di sebuah pelabuhan Mediterranean.

Orang ramai mengibarkan bendera Palestin dan Turki dan melaungkan “Allahu Akbar!” di pelabuhan Sarayburu, Istanbul.

Beberapa aktivis naik ke kapal berkenaan untuk menyambut ketibaannya.
Sembilan aktivis dari Turki maut dalam serbuan itu. Israel berkeras bahawa pasukannya bertindak mempertahankan diri selepas dikatakan diserang oleh aktivis di dalam kapal.

Turki menuntut permohonan maaf dan pampasan bagi membolehkan perhubungan Israel pulih kembali. – AP

NOTA: Gambar di atas adalah gambar semasa MAVI MARMARA diserang MEI lalu.. boleh baca yang berkaitan MAVI MARAMARA di sini, sini, dan sini.

No comments:

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails