Wednesday, June 2, 2010

Mavi Marmara dikosongkan.

Bismillahirrahmanirrahim.

2 Jun – Kesemua ahli team LL4G Malaysia seramai 12 orang TELAH DIBEBASKAN termasuk Sdr Mustafa Mansur. Mereka kini berada di Kedutaan Malaysia di Jordan Mereka semua berada di dalam keadaan sihat.

Mereka telah menghubungi keluarga masing-masing menggunakan telefon Kedutaan. Israel tidak mengembalikan kesemua kamera, handphone, dan sebarang alat komunikasi yang dirampas. Peralatan kamera krew Astro Awani tidak dapat dipastikan samada dipulangkan ataupun tidak buat masa ini.

Berita gembira tersebut diterima terus daripada Noorazman yang menghubungi isteri beliau, Pn Mazlinah Ghazali, pada jam 12:12 tengahari tadi waktu tempatan.

“Mereka berada di Jordan [dan] akan pulang dalam masa terdekat,” antara mesej yang dihantar oleh beliau.

Perbincangan sedang dilakukan untuk menetapkan bila mereka akan berangkat pulang.

Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui laman web www.lifeline4gaza.org. [i3h/cmt-ll4g] Sumber : Lifeline 4Gaza



KUALA LUMPUR, 1 Jun: Laporan terakhir mengenai keadaan misi kemanusiaan Freedom Flotilla yang diserang oleh komando rejim Israel menyebut bahawa sejumlah 535 penumpang sudah diturunkan dari kapal Mavi Marmara.

Menurut laman web Haluan Palestin, kapal itu kini dilabuhkan di Ashdod dan dalam keadaan kosong.


Informasi yang diungkapkan oleh Al-Jazeera tersebut diperolehi dari Kementerian Luar Negeri Israel.

Kebanyakan penumpang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik dengan Israel, seperti Lubnan, Mesir, Yaman dan yang lainnya sementara bakinya berasal dari negara yang tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Israel.

Bagi aktivis yang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik, jika mereka tidak membantah arahan pemerintah, maka Israel maka mereka akan dihantar pulang secara langsung dengan menaikkan pesawat yang disediakan di bandar Tel Aviv.

Manakala bagi aktivis yang negaranya tidak memiliki hubungan diplomatik, ditahan oleh Israel hingga ada negara ketiga yang mahu menerima mereka.

Sehingga laporan ini dicatatkan, Al-Jazeera menyatakan ada 48 aktivis yang telah dihantar pulang, salah seorangnya adalah Edward Peck, warga yang berusia 81 tahun yang juga merupakan mantan Duta Amerika Syarikat.

Bakinya sejumlah 480 orang ditahan di penjara Israel di Beersheba. Mereka akan dihantar pulang jika urusan perundangan mereka dengan kerajaan Israel selesai.

Sementara itu, Wisma Putra melalui Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan semua 12 orang rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang kini masih di bawah tahanan Israel di Haifa.

Menurut Anifah, kerajaan sedang berusaha untuk membawa pulang kesemua mereka.

Malaysia telah mendapatkan kerjasama dari Kerajaan Turki dan Ireland bagi mendapatkan maklumat keadaan rakyat Malaysia tersebut. Harakah

****************


31 Mei – Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.

  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin.
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal.
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad.
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi.
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang.
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus.
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia
  8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan.
  10. Mustafa bin Mansur.
  11. Ashwat bin Ismail.
  12. Shamsul Kamal Latif.

(Mereka dari NGO’s tempatan dan wartawan Astro)

Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.

Sumber : Lifeline 4Gaza

*********


No comments:

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails