Monday, May 31, 2010

Kesan Tumpahan Minyak di Teluk Mexico

31 Mei 2010.


Air laut bercampur minyak dilihat dari udara Perairan Teluk Mexico,
dekat Venice, Louisiana
HOUSTON: Sekurang-kurangnya 75.7 juta liter minyak kini memenuhi perairan Teluk Mexico sejak pelantar BP, Deep-water Horizon, meletup dan membunuh 11 pekerja, 20 April lalu, dan mengancam hidupan marin dan haiwan liar dekat pantai, industri perikanan serta pelancongan Amerika Syarikat.

Keadaan semakin buruk selepas BP juga mengakui gagal dalam usaha menutup telaganya yang pecah di Teluk Mexico menggunakan pendekatan ‘Top Kill’.Amerika kini berdepan bencana alam sekitar dan ekonomi kerana tumpahan minyak berkenaan adalah yang terbesar dalam sejarahnya.

Anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Fort Jackson membasuh
seekor burung yang diselaputi minyak.


Saintis bimbang kadar tumpahan, tahap kedalaman kebocoran dan penggunaan bahan kimia bagi meleraikan minyak mengancam hidupan laut untuk beberapa dekad akan datang, termasuk kura-kura, ikan tuna sirip biru Atlantik dan burung undan warna perang selain lebih 8,000 spesies lain termasuk plankton dan burungSaintis bimbang kadar tumpahan, tahap kedalaman kebocoran dan penggunaan bahan kimia bagi meleraikan minyak mengancam hidupan laut untuk beberapa dekad akan datang, termasuk kura-kura, ikan tuna sirip biru Atlantik dan burung undan warna perang selain lebih 8,000 spesies lain termasuk plankton dan burung.

Menyulitkan lagi usaha membersihkan laut ialah penggunaan bahan kimia baru untuk meleraikan minyak didapati menyukarkan proses mengasingkan air laut daripada minyak.

Saintis berkata, keadaan dasar laut yang dipenuhi minyak sejak April lalu diibaratkan seperti peti sejuk yang tidak dibuka sekali gus bakteria yang boleh meleraikan minyak tidak berfungsi dalam keadaan itu.

BP juga mengakui cubaannya menutup kebocoran menggunakan cara ‘Top Kill’ gagal.Prosedur ‘Top Kill’ membabitkan usaha sejak empat hari lalu mengepam lumpur, kiub plastik, gumpalan tali dan bola golf ke dalam penyekat letupan, alat keselamatan lima tingkat di atas telaga bagi melawan kebocoran minyak.

BP kini mengkaji semula data bagi mencari pendekatan lain.

Kebocoran telaga Deepwater Horizon menyebabkan telaga itu umpama memuntahkan 14,000 hingga 19,000 tong minyak sehari ke Teluk Mexico.

Telaga BP itu dianggarkan menyimpan 50 juta tong minyak dan sehingga kini ia kehilangan 740,000 tong atau 1.5 peratus keseluruhan simpanannya. - Agensi.

Sumber: Berita Harian 31 Mei 2010


No comments:

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails