jomlah ramai-ramai ke sini..
ada berani ke?
SEORANG 'doktor' memeriksa gigi seorang pelanggan di kaki lima sebuah kedai, di Jalan Pasar, Kuala Lumpur semalam.
Kosmo! Online
KUALA LUMPUR - Kotor dan menjijikkan! Itulah gambaran apabila melihat gelagat empat orang lelaki warga China yang menyediakan khidmat menanam gigi palsu di Jalan Pasar berhampiran Pasar Pudu di sini.
Tinjauan Kosmo! mendapati, 'klinik kaki lima' tersebut bukan sahaja beroperasi secara terbuka malah empat kumpulan yang melibatkan lima lelaki dan seorang perempuan yang berlagak seperti 'doktor' itu juga didapati tidak memakai sarung tangan ketika merawat pesakit mereka.
Lebih meloyakan, mereka hanya menggunakan segelas air biasa bagi membasuh peralatan yang telah digunakan dan alat yang sama digunakan daripada satu mulut ke mulut pelanggan lain tanpa dinyahkuman.
Selain peralatan khas pergigian, playar dan dawai yang digunakan untuk mengikat gigi pelanggan juga tidak dicuci dan terdedah kepada asap kenderaan di tepi jalan.
Walaupun hanya beroperasi di tepi jalan, 'doktor' berkenaan turut menyediakan penggerudi gigi elektrik untuk menebuk gigi pelanggan yang berlubang sebelum ditampal dengan sejenis serbuk yang dicampur dengan bahan kimia.
Semua barangan tersebut bukan sahaja disusun di atas meja tetapi ia turut disimpan di dalam beg dan kotak pensil supaya mudah dibawa lari jika diserbu pihak penguat kuasa.
Usaha Kosmo! untuk menemubual salah seorang 'doktor' yang berusia dalam lingkungan awal 40-an itu tidak berhasil kerana mereka tidak tahu berbahasa Inggeris sebaliknya semua jawapan diberikan dalam bahasa Cina.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
No comments:
Post a Comment