Friday, May 4, 2012

Katakpun ada majlis perkahwinan?



Majlis perkahwinan antara katak ini telah dilakukan sebagai satu percubaan bagi menyelesaikan kemelut "sumpah kemarau" yang telah melanda wilayah Assam selama beberapa bulan yang mengakibatkan kekurangan bekalan air. "Mengikut kepercayaan mereka, apabila sebuah perkahwinan antara katak dilakukan, Barun Devata (Dewa Hujan) akan menurunkan hujan" kata bekas kaunselor, Bijoy Das kepada suratkhabar 'The Hindu'.

Perkahwinan antara katak tersebut iaitu - katak jantan sebagai Barun (bermaksud angin) dan katak betina sebagai Bijali (bermaksud guruh) - telah disambut dengan penuh adat istiadat perkahwinan masyarakat Assam termasuk lagu-lagu serta hadiah yang dipersembahkan kepada "pengantin".

Pasangan "pengantin" tersebut telah dijamu dengan hidangan istimewa iaitu lalat dan nyamuk. Selepas upacara perkahwinan selesai, pasangan "pengantin" tersebut akan dilepaskan di sungai yang berhampiran sebagai proses "berbulan madu".

Seorang jurucakap tempatan berkata, "Majlis perkahwinan tersebut telah berlangsung dengan sempurna. Kami harap hujan akan turun tidak lama lagi. Wilayah ini sudah terlalu terdesak dan kami sangat-sangat perlukan hujan. Sudah tiada cara lain lagi".






Sumber : Harakahdaily

Korban Haiwan Suci



DENGAN menyarung persalinan putih dan lengkap memakai topeng muka, seorang pakar hidupan liar meregangkan sayap pada bangkai seekor burung helang emas yang dihantar dari New Mexico.

Walaupun bau yang terhasil daripada unggas itu agak kurang menyenangkan, ironinya, lelaki tersebut tetap kelihatan gembira dengan apa yang telah dilihatnya.

"Ini adalah burung yang sangat hebat. Tidak banyak kerosakan yang berlaku pada fizikalnya. Ia sesuatu yang jarang terjadi," kata Dennis Wiist dari Perkhidmatan Hidupan Liar dan Ikan Amerika Syarikat (AS).

Selepas memeriksa keadaan fizikalnya, Wiist membungkus bangkai helang tersebut untuk dibekukan sebelum dihantar kepada salah satu suku kaum peribumi India Amerika (Red Indian) yang telah memohon untuk mendapatkan 'barang berharga' itu.

WIIST memeriksa bangkai seekor helang yang baru diterima pihak NER dengan teliti sebelum dihantar kepada pemohon.

Haiwan suci
Hakikatnya, helang dianggap sebagai haiwan suci bagi kebanyakan suku kaum peribumi di AS. Oleh itu, Wiist dan rakan-rakannya di Repositori Helang Kebangsaan (NER) telah biasa menyediakan kelengkapan seperti bulu, sayap dan kaki burung atau dalam kebanyakan kes, keseluruhan bangkainya yang digunakan untuk tujuan ritual.

JABATAN Perkhidmatan Hidupan Liar dan Ikan AS meluluskan permit membunuh burung helang bagi tujuan spiritual.

Namun, permintaan yang diterima seringkali melebihi kapasiti pusat tersebut.

Setiap tahun, NER akan menerima kira-kira 2,300 ekor bangkai helang botak dan emas yang dikumpul oleh ejen-ejen hidupan liar mahupun individu perseorangan.

Tetapi, mereka menerima lebih daripada 3,000 permintaan setahun yang mahu mendapatkan keseluruhan bangkai burung atau hanya bahagian-bahagian tertentu. Pernah pada suatu ketika, terdapat kira-kira 6,000 permohonan berada dalam senarai menunggu.

"Kami memang tidak mempunyai bekalan yang mencukupi. Pusat kami sedaya upaya melakukan yang terbaik," jelas Bernadette Atencio yang merupakan penyelia Program Perkhidmatan Hidupan Liar dan Ikan.

HIASAN kepala yang diperbuat daripada bulu-bulu helang menjadi kebanggaan kaum peribumi India Amerika.
"Saya sentiasa memeriksa bahagian tulang kepak untuk memastikan jika ia pecah atau rosak. Ini kerana sesetengah kaum India Amerika akan menggunakan tulang kepak untuk dijadikan wisel.


Ahli antropologi dari suku kaum Hopi, Micah Loma'omvaya berkata, kaumnya melihat burung helang sebagai haiwan suci yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan tuhan-tuhan lain. 

Selain itu, ia turut mewakili semangat nenek moyang mereka."Secara keseluruhannya, helang adalah segala-galanya bagi kami. Ia bukan sekadar dijadikan subjek untuk upacara kerohanian, bahkan setiap helai bulunya mempunyai signifikan tersendiri.

"Malah, kami percaya ia sebagai lambang kesuburan, menurunkan hujan dan digunakan untuk berburu atau dalam erti kata lain semua perkara yang baik dalam kehidupan," ujar Loma'omvaya sambil menegaskan bahawa suku kaumnya telah menggunakan bulu-bulu helang sejak zaman dahulu kala.

Tambahnya meskipun kaum Hopi memiliki permit untuk membunuh helang emas, tetapi ketiadaan item-item yang diperlukan daripada NER akan membataskan kemampuan mereka untuk menyertai acara kebudayaan tertentu.

Baca  di Kosmo!


Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails