Majlis perkahwinan antara katak ini telah
dilakukan sebagai satu percubaan bagi menyelesaikan kemelut "sumpah
kemarau" yang telah melanda wilayah Assam selama beberapa bulan yang
mengakibatkan kekurangan bekalan air. "Mengikut kepercayaan mereka,
apabila sebuah perkahwinan antara katak dilakukan, Barun Devata (Dewa Hujan)
akan menurunkan hujan" kata bekas kaunselor, Bijoy Das kepada suratkhabar
'The Hindu'.
Perkahwinan antara katak tersebut iaitu -
katak jantan sebagai Barun (bermaksud angin) dan katak betina sebagai Bijali
(bermaksud guruh) - telah disambut dengan penuh adat istiadat perkahwinan
masyarakat Assam termasuk lagu-lagu serta hadiah yang dipersembahkan kepada
"pengantin".
Pasangan "pengantin" tersebut
telah dijamu dengan hidangan istimewa iaitu lalat dan nyamuk. Selepas upacara
perkahwinan selesai, pasangan "pengantin" tersebut akan dilepaskan di
sungai yang berhampiran sebagai proses "berbulan madu".
Seorang jurucakap tempatan berkata,
"Majlis perkahwinan tersebut telah berlangsung dengan sempurna. Kami harap
hujan akan turun tidak lama lagi. Wilayah ini sudah terlalu terdesak dan kami
sangat-sangat perlukan hujan. Sudah tiada cara lain lagi".
Sumber : Harakahdaily
No comments:
Post a Comment