Thursday, April 12, 2012

Amaran Tsunami Ditarik Balik Sekitar Lautan Hindi

Rabu April 11, 2012

BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegar perairan barat Indonesia.

Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang Rabu.

Penduduk di kawasan persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat lebih tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.

Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia.

Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini.



Reaksi dua wanita berada dalam ketakutan susulan gempa bumi bermagnitud 8.9 menyebabkan gegaran kuat yang turut dirasai di Sumatera Barat, hari ini. - Foto AP
Apr 11, 2012 7:54 pm
SESAK...pengguna jalan raya di Banda Aceh berpusu-pusu menuju ke kawasan tinggi susulan gempa bumi bermagnitud 8.6 yang melanda wilayah Indonesia, hari ini. - Foto Reuters
Apr 11, 2012 9:20 pm


PENDUDUK Aceh yang masih bimbang akan berlaku gegaran susulan daripada gempa bumi kuat bermagnitud 8.7 melanda Indonesia hari ini tidur dan berehat di tempat terbuka. Amaran tsunami yang dikeluarkan petang tadi di beberapa negara termasuk Indonesia, India, Malaysia, Thailand dan Maldives ditarik balik pada sebelah malamnya. - Foto EPA
Apr 12, 2012 12:07 am

No comments:

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails