Tuesday, April 24, 2012

Letupan kuat meteor cetus panik


Foto meteor yang dirakam seorang penduduk tempatan di Nevada



24 April 2012

CALIFORNIA - Beberapa kawasan di Nevada dan California, Amerika Syarikat (AS) mengalami keadaan agak cemas selepas satu letupan kuat berlaku disebabkan batu meteor yang jatuh, semalam.


Letupan yang turut menggegarkan kediaman di kawasan kejiranan Reno ke Winnemucca, Nevada dan Sacramento ke Bakersfield wilayah California, mencetuskan panik sehingga penduduk bertindak menghubungi agensi pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka.


Sebahagian penduduk di  
kedua-dua negeri terlibat, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum letupan berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi.


Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.


Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi.

Saturday, April 14, 2012

Gempa Bumi Kuat Di Drake Pasaage, Chile

Kuala Lumpur 14 April 2012 (Bernama) : Gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter berlaku di Drake Pasaage, Chile pada 6.56 petang.

Menuerut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini pusat gempa itu terletak 1,864 km ke tenggara Puero Montt, Chile dan 13,702km barat daya Pontian di Johor.

Gempa bumi itu tidak mengakibatkan tsunami


.

‘Spiderman’ panjat hotel di Doha

ROBERT memanjat tanpa menggunakan tali. -AFP


DOHA – Pemanjat legenda Perancis, Alain Robert kelmarin memanjat Hotel The Torch Doha setinggi 300 meter di sini dalam masa 93 minit dan 47 saat sekali gus mencatatkan rekod baharu Guinness.
Ia merupakan bangunan tertinggi di Qatar dan dibina untuk Sukan Asia pada tahun 2006.
“Setiap bangunan berbeza. Bangunan ini agak sukar menyebabkan saya berasa teruja dan sedikit gementar pada masa yang sama. Perasaan ini adalah normal,” katanya yang diberi nama jolokan ‘Spiderman’.
Robert, 50, pernah memanjat lebih 85 bangunan di seluruh dunia. – Agensi

Thursday, April 12, 2012

Amaran Tsunami Ditarik Balik Sekitar Lautan Hindi

Rabu April 11, 2012

BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegar perairan barat Indonesia.

Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang Rabu.

Penduduk di kawasan persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat lebih tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.

Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia.

Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini.



Reaksi dua wanita berada dalam ketakutan susulan gempa bumi bermagnitud 8.9 menyebabkan gegaran kuat yang turut dirasai di Sumatera Barat, hari ini. - Foto AP
Apr 11, 2012 7:54 pm
SESAK...pengguna jalan raya di Banda Aceh berpusu-pusu menuju ke kawasan tinggi susulan gempa bumi bermagnitud 8.6 yang melanda wilayah Indonesia, hari ini. - Foto Reuters
Apr 11, 2012 9:20 pm


PENDUDUK Aceh yang masih bimbang akan berlaku gegaran susulan daripada gempa bumi kuat bermagnitud 8.7 melanda Indonesia hari ini tidur dan berehat di tempat terbuka. Amaran tsunami yang dikeluarkan petang tadi di beberapa negara termasuk Indonesia, India, Malaysia, Thailand dan Maldives ditarik balik pada sebelah malamnya. - Foto EPA
Apr 12, 2012 12:07 am

Wednesday, April 11, 2012

Gempa magnitud 8.6 di laut Sumatra, amaran tsunami

Amaran tsunami dikeluarkan selepas satu gempa bumi kuat magnitud 8.6 melanda perairan utara Sumatra petang ini, menurut jabatan kajian geologi Amerika Syarikat (USGS),

Pusat gempa bumi pada jam 4.38 petang itu dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur.

Kawasan gempa itu dalam lingkungan kawasan gempa sama yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang mengorbankan kira-kira 170,000 nyawa di Sumatra akibat tsunami yang melanda selepas gempa berkenaan.

Gempa itu juga mengorbankan kira-kira 230,000 orang di 13 negara sekitar Laut Hindi termasuk Thailand, Sri Lanka dan India.

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungiBernamamengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.

Beliau berkata pihak bomba dari lima balai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergegas ke beberapa kawasan yang merasai gegaran itu selepas menerima  maklumat dari orang ramai.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.

Dalam pada itu, warga kerja di bangunan Bernama turut merasai gegaran yang berlaku selama kira-kira 10 minit.


Di Kangar, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.

Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.

Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis.
- Agensi

Friday, April 6, 2012

Berdoa Jadi Lebih Sihat (bukti saintifik)


Sumber FB Ustaz Haji Zahazan Hj Mohamed


Nampaknya mereka yang lebih kerap beribadat berbanding orang lain mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Perkara ini dibuktikan melalui sebuah kajian yang dilakukan di Amerika baru-baru ini apabila didapati bahawa mereka yang banyak berdoa dan bermeditasi (non muslim) mempunyai tahap kesihatan yang baik dan panjang umur (dengan izin Allah SWT)

Kajian di universiti Rochester, New York mendapati lebih 85% pesakit memilih untuk berdoa berbanding menjalani perubatan tradisional.

Penganalisis jantung dari Sekolah Perubatan Harvard, Dr Herbert Benson menjelaskan bahawa seseorang akan menjadi lebih rileks ketika berdoa kerana ia akan menurunkan metabolisme, melambatkan denyutan jantung dan membuat nafas menjadi lebih teratur.

"Melakukan aktiviti spiritual pada setiap hari membantu mengaktifkan gen yang mempercepatkan kematian sel dan keradangan."

"Fikiran mempengaruhi eksperesi gen seseorang dan ini adalah bukti bagaimana doa dapat mempengaruhi fungsi tubuh pada tahap optimum," jelas Benson.

Kajian lain merumuskan bahawa berdoa dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu mengurangkan kekerapan untuk mendapat penyakit.

Sumber: Kosmo! Ahad, 22 Januari 2012 - dengan sedikit tambahan (dalam kurungan)

--------------------------------------------------------------------

P/S: Kajian di atas mungkin dijalankan kepada masyarakat secara umum, muslim dan non muslim. Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam sangat beruntung kerana suruhan berdoa tercatat secara nyata dalam al-Quran dan hadis. Surah Ghafir ayat 60 mencatatkan,

“Berdoalah kepadaku, niscaya akan kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahku(berdoa kepadaku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.”

manakala Riwayat at-Tarmizi pula menyatakan Rasulullah ada bersabda yang bermaksud; 

“Barang siapa diantara kalian telah dibukakan baginya pintu doa, pasti dibukakan pula baginya pintu rahmat, dan tidaklah Allah SWT diminta sesuatu yang Dia berikan lebih Dia senangi dari pada diminta kekuatan, sesungguhnya doa itu bermanfaat baik terhadap apa yang terjadi maupun belum terjadi, maka hendaklah kalian berdoa.”

Adab-adab berdoa:

1- Membuka doa dengan hamdalah dan pujian bagi Allah SWT dan selawat atas Nabi SAW.

2- Mengakui dosa

3- Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan berketetapan hati dalam meminta

4- Berwudhu, menghadap kiblat dan mengangkat tangan ketika berdoa

5- Merendahkan suara dalam berdoa

6- Tidak membuat kalimat bersajak (sesuai dengan nasihat Ibn Abbas kepada salah seorang sahabat)

7- Memilih waktu-waktu yang dianjurkan dan saat-saat yang mulia

8- Tidak mendoakan keburukan kepada diri, keluarga dan harta

Wednesday, April 4, 2012

Kereta terbang

kereta Transition bergerak di sebatang jalan raya di sebuah lokasi yang tidak didedahkan.

DEE-ANN DURBIN, Amerika Syarikat (AS) - Prototaip kereta terbang ciptaan syarikat Terrafugia Inc. berjaya menamatkan penerbangan sulung pada bulan lalu.

Kenderaan itu yang dinamakan Transition memiliki dua tempat duduk, empat tayar dan sayap yang boleh dilipat.

Ia mampu terbang pada ketinggian 426 meter selama lapan minit dalam ujian yang diadakan pada 23 Mac lalu.

Setakat ini, kira-kira 100 orang telah membayar deposit sebanyak AS$10,000 (RM30,502) untuk membeli Transition.

Bilangan pembeli dijangka meningkat selepas kereta itu dipamerkan semasa Pameran Automotif New York berlangsung pada hujung minggu ini.

Menurut syarikat berkenaan, Transition dijual pada harga AS$279,000 (RM850,952).
Kenderaan tersebut turut memerlukan landasan untuk terbang.

Ketika ini, kereta itu menjalani satu siri ujian kemalangan bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan AS.

Menurut jurucakap syarikat itu, kelajuan Transition boleh mencecah 112 kilometer sejam (km/j) di jalan raya dan 185km/j di udara. - Agensi

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails