mengakibatkan dua peniaga dan seoarng pengunjung maut di Jasin, Melaka,Khamis 11 Ogos 2010.
Ribut Di Bazar Ramadhan di Jasin
Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang sibuk membuat persiapan untuk memulakan perniagaan.
Dua peniaga yang maut ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan pembantu peniaga murtabak, Mahadi Muhammad, 39. Kedua-dua mereka cedera di kepala setelah dipercayai terkena objek keras ketika kejadian tersebut.
Sementara itu, seorang pengunjung yang terbunuh ialah Muhamad Wahab, 49, dari Kampung Rim.
Saksi kejadian yang juga peniaga tebu, Izil Mazan, 61, berkata, sebelum kejadian langit gelap dengan disertai hujan renyai-renyai.
"Ketika itu kira-kira 50 peniaga di situ sedang sibuk dengan persiapan untuk memulakan perniagaan.
"Tiba-tiba sahaja kami dilanda ribut sekuat-kuatnya sehingga payung, khemah dan meja diterbangkan angin dalam sekelip mata," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambahnya, dalam keadaan cemas itu, dia sempat melihat sebuah khemah terbang setinggi tiang lampu dah hanya mampu melaungkan Allah berkali-kali.
Menurutnya, ribut yang berlarutan kira-kira tiga minit itu menerbangkan semua peralatan berniaga miliknya dalam sekelip mata.
Ribut musnahkan bumbung sebelas penghuni flat
yang melanda Flat Desa Sepakat, Taman Sri Manja, Petaling Jaya, semalam. – gambar/Angelina Sinyang
PETALING JAYA 15 Ogos – Sebanyak 11 keluarga yang tinggal di Flat Desa Sepakat, Taman Sri Manja di sini terpaksa berbuka puasa di luar setelah bumbung dapur rumah mereka musnah dalam kejadian ribut petang ini.
Ribut itu berlaku pukul 3.35 petang turut merosakkan 18 buah kenderaan milik penduduk flat itu.
Ini berikutan palang kayu dan atap asbestos tingkat atas flat sembilan tingkat itu jatuh dan menghempap kenderaan yang diletakkan di pekarangan perumahan tersebut.
Angin kencang dan hujan lebat yang melanda kira-kira tiga minit itu turut menerbangkan bumbung rumah penghuni di tingkat sembilan, Blok A pangsapuri berkenaan namun kesemua mereka bernasib baik kerana tiada kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Timbalan Pengerusi Penduduk Blok A dan B Flat Desa Sepakat, Mohd. Mustafa Othman, 62, berkata, ribut itu hanya menerbangkan bumbung rumah penduduk yang tinggal di tingkat sembilan, Blok A.
“Flat Desa Sepakat mempunyai
“Terdapat 280 keluarga menghuni bangunan terbabit tetapi hanya 11 keluarga iaitu yang tinggal di tingkat sembilan yang menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.