Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamu'alaikum.
Ibadat haji diwajibkan dalam tahun 9 H. Menurut sebahagian ulama' pula haji mula diperintahkan pada tahun 6 H. Rasulullah saw mengutus Abu Bakar menjadi Amir Haji (Pemimipin Jemaah haji) dalam tahun 9 H ini bersama umat Islam. Kaum musyrikin juga melakukan ibadat haji pada tahun itu. Jumlah kaum Muslimin yang mengerjakan ibadat haji pada tahun ini berjulah 300 orang dari Madinah.
Pada masa ini turunlah surah Al-Baraah (Surat at-Taubah) kepada Nabi Muhammad saw. Rasululah saw memanggil 'Ali bin Abu talib dan berkata kepadanya; "Berangkatlah engkau membawa berita surah al-Baraah ini, terangkan kepada manusia surah ini pada hari nahar iaitu ketika manusia berkumpul di Mina; terangkan kepada mereka, tidak akan masuk syurga orang2 yang kafir; sesudah tahun ini tidak dibolehkan orang2 musyrik mengerjakan haji. Mereka jiga tidak diizinkan mengerjakan tawaf secara bertelanjang. Tetapi orang2 yang masih terikat dengan perjanjian dengan Rasulullah saw masih diperkenankan sampai berakhirnya masa berlakunya perjanjian tersebut".
Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 1 hingga 4:
Dipetik daripada buku Riwayat Hidup Rasulullah saw oleh Abul Hasan Ali Al-Hasany An-Nadwy

"(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) daripada Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka). (1) Oleh itu hendaklah kamu (wahai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas daripada (azab seksa) Allah dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat). (2) Dan inilah perisytiharan daripada Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat (daripada kufur) maka yang demikian adalah baik bagi kamu dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri daripada (azab seksa) Allah dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya. (3) Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa. (4)"'Ali bin Abu Talib berangkatlah dengan menunggang unta Rasulullah saw yang bernama Al-'Adlbaa' sehingga dapat menusuli dan bertemu dengan Abu Bakar As-Siddiq yang masih lagi dalam perjalanan. Abu Bakar bertanya kepada 'Ali; "Apakah engaku Amir atau Makmuur atau hanya orang suruhan?". 'Ali berkata; "saya hanyalah orang suruhan". Kemudian kedua-duanya meneruskan perjalan. abu Bakarlah yang memimpin manusia menunaikan haji pada tahun itu. Setelah tiba hari Nahar (10 Zulhijjjah) berdirilah 'Ali di tengah2 khalayak yang ramai itu menyampaikan apa yang disuruh oleh Rasulullah untuk disampaikan.
Dipetik daripada buku Riwayat Hidup Rasulullah saw oleh Abul Hasan Ali Al-Hasany An-Nadwy
No comments:
Post a Comment