Saturday, October 31, 2009

Manfaat Sujud

Allah swt telah mewajibkan hambaNya untuk mendirikan solat lima kali sehari semalam. Kisah penyerahan "watikah' oleh Nabi Muhammad saw daripada Allah swt pada malam Isra' dan Mi'raj terhadap kewajipan solat begitu menakjubkan.

Firman Allah yang bermaksud:

"Ada tanda-tanda mereka pada wajah mereka, daripada sebab bekas sujud" (Q.S. Al-Fath [48] : 29)

Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya: "Suatu cara yang lebih utama yang dapat dilakukan seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah swt adalah dengan melakukan sujud di tempat sunyi." (HR : Ibnu Mubarak)

Ramai cerdik pandai telah membicarakan kelebihan solat yang dikerjakan oleh umat Islam daripada segi sains mahupun kesihatan tubuh badan.

Seorang doktor Neurologi dari Amerika Syarikat telah melakukan kajiannya tentang urat saraf (neurologi) telah menemui keajaiban yang tidak dapat diterima akal fikiran.

Dalam kajian tersebut, beliau telah mendapati bahawa terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan solat. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat saraf tersebut mengikut kadar solat waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Doktor tersebut amat kagum dengan penemuan tersebut, lantaran itu dia telah memeluk agama Islam. Setelah memeluk Islam, beliau amat yakin akan perubatan secara Islam dan telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran".

Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatanya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, jintan hitam (black seed) dan sebagainya.

Antara hikmah sujud selain melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya adalah seperti berikut:

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit Hernia (Burut).

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit Apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian Pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

11. Pergerakkan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

12.Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik , mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

13.Mengurangkan kegemukan.

14.Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke
tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (Convulsions).

15.Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

16.Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara
kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

17.Dari segi psikologi pula, Sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Esa Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong riak, takbur dan sebagainya.

LEBAM DIDAHI TANDA KUAT BERAMAL ?

بسم الله الرحمن الرحيم


مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ

Yang artinya, “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan Dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu Lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud” (Q.S. al-Fath:29).

Banyak orang yang salah faham dengan maksud ayat ini. Ada yang mengira bahwa dahi yang hitam kerana sujud itulah yang dimaksudkan dengan ‘tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud’. Padahal bukan demikian yang dimaksudkan.

Diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan dari Ibnu Abbas bahwa yang dimaksudkan dengan ‘tanda mereka…” adalah perilaku yang baik.

Diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang kuat daripada Mujahid bahwa yang dimaksudkan adalah kekhusyukan.

Juga diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan dari Qatadah, beliau berkata, “Ciri mereka adalah shalat” (Tafsir Mukhtashar Shahih hal 546).

عَنْ سَالِمٍ أَبِى النَّضْرِ قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى ابْنِ عُمَرَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ قَالَ : مَنْ أَنْتَ؟ قَالَ : أَنَا حَاضِنُكَ فُلاَنٌ. وَرَأَى بَيْنَ عَيْنَيْهِ سَجْدَةً سَوْدَاءَ فَقَالَ : مَا هَذَا الأَثَرُ بَيْنَ عَيْنَيْكَ؟ فَقَدْ صَحِبْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمْ فَهَلْ تَرَى هَا هُنَا مِنْ شَىْءٍ؟

Daripada Salim Abu Nadhr, ada seorang yang datang menemui Ibnu Umar. Setelah orang tersebut mengucapkan salam, Ibnu Umar bertanya kepadanya, “Siapakah anda?”. “Aku adalah anak asuhmu”, jawab orang tersebut. Ibnu Umar melihat ada bekas sujud yang berwarna hitam di antara kedua matanya. Beliau berkata kepadanya, “Bekas apa yang ada di antara kedua matamu? Sungguh aku telah lama bershahabat dengan Rasulullah, Abu Bakr, Umar dan Utsman. Apakah kau lihat ada bekas tersebut pada dahiku?” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3698)

عَنِ ابْنِ عُمَرَ : أَنَّهُ رَأَى أَثَرًا فَقَالَ : يَا عَبْدَ اللَّهِ إِنَّ صُورَةَ الرَّجُلِ وَجْهُهُ ، فَلاَ تَشِنْ صُورَتَكَ.

Dari Ibnu Umar, beliau melihat ada seorang yang pada dahinya terdapat bekas sujud. Ibnu Umar berkata, “Wahai hamba Allah, sesungguhnya penampilan seseorang itu terletak pada wajahnya. Janganlah kau jelekkan penampilanmu!” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3699).

عَنْ أَبِى عَوْنٍ قَالَ : رَأَى أَبُو الدَّرْدَاءِ امْرَأَةً بِوَجْهِهَا أَثَرٌ مِثْلُ ثَفِنَةِ الْعَنْزِ ، فَقَالَ : لَوْ لَمْ يَكُنْ هَذَا بِوَجْهِكِ كَانَ خَيْرًا لَكِ.

Dari Abi Aun, Abu Darda’ melihat seorang perempuan yang pada wajahnya terdapat ‘lebam’ seperti ‘lebam’ yang ada pada seekor kambing. Beliau lantas berkata, ‘Seandainya bekas itu tidak ada pada dirimu tentu lebih baik” (Riwayat Bahaqi dalam Sunan Kubro no 3700).

عَنْ حُمَيْدٍ هُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ : كُنَّا عِنْدَ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ إِذْ جَاءَهُ الزُّبَيْرُ بْنُ سُهَيْلِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ فَقَالَ : قَدْ أَفْسَدَ وَجْهَهُ ، وَاللَّهِ مَا هِىَ سِيمَاءُ ، وَاللَّهِ لَقَدْ صَلَّيْتُ عَلَى وَجْهِى مُذْ كَذَا وَكَذَا ، مَا أَثَّرَ السُّجُودُ فِى وَجْهِى شَيْئًا.

Dari Humaid bin Abdirrahman, aku berada di dekat as Saib bin Yazid ketika seorang yang bernama az Zubair bin Suhail bin Abdirrahman bin Auf datang. Melihat kedatangannya, as Saib berkata, “Sungguh dia telah merusak wajahnya. Demi Allah bekas di dahi itu bukanlah bekas sujud. Demi Allah aku telah shalat dengan menggunakan wajahku ini selama sekian waktu lamanya namun sujud tidaklah memberi bekas sedikitpun pada wajahku” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3701).

عَنْ مَنْصُورٍ قَالَ قُلْتُ لِمُجَاهِدٍ (سِيمَاهُمْ فِى وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ) أَهُوَ أَثَرُ السُّجُودِ فِى وَجْهِ الإِنْسَانِ؟ فَقَالَ : لاَ إِنَّ أَحَدَهُمْ يَكُونُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ مِثْلُ رُكْبَةِ الْعَنْزِ وَهُوَ كَمَا شَاءَ اللَّهُ يَعْنِى مِنَ الشَّرِّ وَلَكِنَّهُ الْخُشُوعُ.

Daripada Manshur, Aku bertanya kepada Mujahid tentang maksud dari firman Allah, ‘tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud’ apakah yang dimaksudkan adalah bekas di wajah?

Jawaban beliau, “Bukan!, bahkan ada orang yang ‘lebam’ yang ada di antara kedua matanya itu bagaikan ‘lebam’ yang ada pada lutut unta namun dia adalah orang penipu. Tanda yang dimaksudkan adalah kekhusyukan” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3702).

Bahkan Ahmad ash Showi mengatakan, “Bukanlah yang dimaksudkan oleh ayat adalah sebagaimana perbuatan orang-orang bodoh dan tukang riya’ iaitu tanda hitam yang ada di dahi kerana hal itu adalah ciri khas khawarij (baca: ahli bid’ah)” (Hasyiah ash Shawi 4/134, Dar al-Fikr).

Dari al Azroq bin Qois, Syarik bin Syihab berkata, “Aku berharap dapat bertemu dengan salah seorang shahabat Muhammad yang boleh menceritakan hadis tentang Khawarij kepadaku. Suatu hari aku berjumpa dengan Abu Barzah yang berada bersama satu rombongan para shahabat. Aku berkata kepadanya, “Ceritakanlah kepadaku hadis yang kau dengar daripada Rasulullah tentang Khawarij!”.

Beliau berkata, “Akan kuceritakan kepada kalian suatu hadis yang didengar sendiri oleh kedua telingaku dan dilihat oleh kedua mataku. Sejumlah wang dinar diserahkan kepada Rasulullah lalu beliau membahaginya. Ada seorang yang lebam kepalanya dan ada hitam-hitam bekas sujud di antara kedua matanya. Dia mengenakan dua lembar kain berwarna putih. Dia mendatangi Nabi dari arah sebelah kanan dengan harapan agar Nabi memberikan dinar kepadanya namun baginda tidak memberinya.

Dia lantas berkata, “Hai Muhammad hari ini engkau tidak membahagi dengan adil”.

Mendengar ucapannya, Nabi marah besar. Beliau bersabda, “Demi Allah, setelah aku meninggal dunia kalian tidak akan menemukan orang yang lebih adil dibandingkan diriku”. Demikian beliau ulangi sebanyak tiga kali. Kemudian beliau bersabda,

يَخْرُجُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ رِجَالٌ كَانَ هَذَا مِنْهُمْ هَدْيُهُمْ هَكَذَا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ ثُمَّ لاَ يَرْجِعُونَ فِيهِ سِيمَاهُمُ التَّحْلِيقُ لاَ يَزَالُونَ يَخْرُجُونَ

“Akan keluar dari arah timur orang-orang yang seperti itu penampilan mereka. Dia adalah bahagian daripada mereka. Mereka membaca al Qur’an namun al-Quran tidaklah mereka memahaminya. Mereka melesat keluar daripada agama sebagaimana anak panah melesat keluar daripada binatang sasarannya setelah menembusnya kemudian mereka tidak akan kembali kepada agama. Ciri khas mereka adalah tanda di dahi mereka akan selalu muncul” (HR Ahmad no 19798, dinilai shahih li gharihi oleh Syeikh Syu’aib al Arnauth).

Ada tanda ke di dahi anda?

Sumber: SINI

Friday, October 30, 2009

Pencuri di Gudang Zakat

Email : mohd naim mohd zain

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan.

Namun kepintaran Abu Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"

Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hal nanti malam ia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun
ditingkatkan. Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itupun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi.

Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan

Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ?

"Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, daripada tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa akhirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi :

Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuum….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang. Keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasulullah S.A.W. sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah. "Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuum….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula :

"Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"

"Tidak tahu." Jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan."

Sumber ; SINI

Sebab-sebab Was-was Dalam Ibadah

MUKADDIMAH

Persoalan was-was sering ditimbulkan oleh masyarakat. Sebelum ini sy telah menulis berkenaan dgn was-was dalam akidah (klik sini) . Saya telah berkata ingin menulis tentang tajuk was-was dalam ibadah pula. Hajat ini sudah lama tertangguh. Ramai dikalangan sahabat dan sahabiah kita yang mengalami penyakit ini yang mengadu pada saya. Banyak perkara yang perlu disentuh dalam perkara ini. Buat permulaan ini saya akan menulis tentang sebab-sebab seorang itu terjebak dalam perkara ini. Oleh itu dengan penulisan ini, mudah-mudahan ia menjadi panduan berguna kepada semua.

SEBAB-SEBAB WAS-WAS

Banyak perkara yang menyebabkan was-was dalam ibadah ini. Diantaranya adalah seperti berikut:

1. Kejahilan dalam agama.

Oleh kerana kejahilan sebahgian besar manusia terhadap agamanya menyebabkan mereka melakukan perkara yang tidak disuruh oleh agamanya. Manusia yang berilmu mengetahui najis-najis yang dimaafkan sedangkan manusia yang jahil terpaksa membasuh najis-najis yang dimaafkan. Saya telah menulis tentang najis2 yang dimaafkan pd artikel yang lepas (sila rujuk sini ). Manusia yang berilmu juga akan menjimat air ketika bersuci dan tidak termasuk dalam golongan yang melampau yang disebut dalam Hadis Nabi saw:

إنه سيكون في هذه الأمة قوم يعتدون في الطهور والدعاء

"Sesungguhnya akan ada satu dikalangan umat ini yang melampau dalam bersuci dan berdoa." (Hr Abu Daud)

Imam Ghazali berkata:

"Penyakit was-was adalah disebabkan kejahilan dengan ilmu syariat atau rosak akalnya. Kedua-duanya adalah sebesar keaiban dan kekurangan."

2. Kelalaian dalam beribadah.

Perkara utama dalam ibadah adalah khusyuk mengingati tuhan. Tidak kira ketika wuduk atau dalam solat. Firman Allah swt:

فاعبدني وأقم الصلاة لذكري

" Hendaklan engkau menyembahku dan dirikan solat supaya dapat mengingatiku." (14 : Toha)

Apabila lalai, menyebabkan seseorang itu tidak mengingati apa yang dibasuh dalam bersuci dan apa yang dilakukan ketika solat. Ketika ini syaitan akan mengambil peranan menggodanya sehingga dia terjebak dalam penyakit was-was. Ibnu Abbas telah berkata:

الشيطان جاثم على قلب ابن ادم فإذا سهى وغفل وسوس فإذا ذكر الله خنس

"Syaitan mendempek di hati manusia. Apabila manusia lupa dan lalai syaitan akan menimbulkan was-was di dalam hatinya. Apabila manusia ingat Allah syaitan akan berpaling."

Ini bertepatan dengan ayat 36 dan 37 surah az-Zukhruf.


3. Syaitan yang menggoda.

Tugas syaitan adalah untuk merosakkan wuduk dan solat seorang. Nabi saw bersabda:

إن للوضوء شيطانا يقال له الولهان فاتقوا وساوس الماء

"Sesungguhnya ada syaitan yang menganggu ketika seseorang itu berwuduk yang bernama walhan. Waspadalah terhadap was-was dalam penggunaan air ketika berwuduk." (Hr Ahmad dan tirmizi)

Didalam solat pula ada syaitan yang bernama Khinzab menganggu manusia solat.

4. Terlampau berhati2 dan memerhati.

Apabila sesorang itu terlampau berhati2 dalam bersuci, wuduk atau mandi menyebabkan dia tercampak dalam penyakit was-was. Dalam bersuci, wuduk dan mandi hanya cukup perasaan Zhon dan tidak perlu tahap yakin. Perasaan zhon adalah seseorang yang rasa sudah bersih ketika beristinjak (basuh najis) dan rasa sudah basuh dalam berwuduk dan mandi. Adapun sedikit perasaan yang mengatakan tidak bersih lagi atau belum basuh ia dipanngil waham dan tidak perlu dilayan.

Adapun dalam masalah batal wuduk dan solat ini dapat dilihat orang yang berpanyakit was-was ini sering membatalkan wuduk atau solatnya kerana perkara yang tidak pasti. Sedangnkan dalam Islam hanya mengira perkara yang batal sekiranya ia berlaku secara yakin. Nabi saw bersabda:

إذا وجد أحدكم في بطنه شيئا فأشكل عليه أخرج منه شيء أم لا فلا يخرجن من المسجد حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا

"Apabila seseorang mendapati sesuatu pada perutnya dan tidak pasti samaada keluar angin dari duburnya atau pun tidak janganlah dia batalkan solatnya sehingga dia yakin keluar seperti mendengar bunyi kentut atau mencium baunya." (Hr Bukhari dan Muslim)

5. Lemah Iman

Kenipisan iman menyebabkan seseorang itu mudah itu ditipu daya oleh syaitan dan mengikut hawa nafsunya dalam perkara was-was. Kita lihat orang yang kuat imannya seperti Omar bin Khattab ra, syaitan takut untuk mendekati dan menggodanya. Nabi saw bersabda:

ايها يا ابن الخطاب والذي نفسي بيده ما لقيك الشيطان سالكا فجا إلا سلك فجا غير فجك

"Wahai anak Khattab, demi tuhan yang mana diriku berada dalam kekuasaanya, tidak ada syaitan yang berjalan menemui dirimu di satu jalan melainkan dia akan melalui jalan yang kamu tidak lalui." (Hr Bukhari dan Muslim)

KESIMPULAN

Oleh itu setiap muslim mengenal pasti setiap sebab-sebab diatas dengan baik dan cuba menghindari dengan baik. Pada artikel yang lain saya akan menyebut tentang contoh-contoh orang yang mengalami penyakit was-was dalam ibadah seperti yang diceritakan oleh para ulama. Minta maaf kerana jarang-jarang menulis. Doakan saya.

Rujukan: Al-Quran, Syarah sahih Muslim oleh Imam Nawawi, al-Waswasah karangan Dr Iadah alkubaisi dan al-Was wasah oleh Fuad Siraj.

Sumber: SINI

Was-was Dalam 'Aqidah

Syaitan adalah musuh manusia yg utama. Firman Allah(maksudnya):- "Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi mu maka hendaklah jadikannya sebagai musuh" ( 6: 35 al-Fatir)

syaitan cuba membisikkan was was ke dalam hati manusia. Firman Allah:

"Katakanlah hai Muhammad : aku berlindung dengan tuhan manusia, raja bagi manusia, tuhan bagi manusia dari kejahatan syaitan yang bernama was was dan khannas. Syaitan yang mencampakkan was was dalam hati manusia. Syaitan yang mewaswaskan hati manusia adalah dari kalangan jin dan manusia." (1-6: An-Nas)

Was was ada dua bhagian: 1. was dalam aqidah 2. was was dalam ibadah. disini akan dibincangkan was was dalam aqidah kerana baru2 ini saya ditanya mengenai perkara ini oleh orang yang mengalaminya. sebenarnya saya juga pernah mengalaminya ketika sekolah menengah.

was was dalam aqidah perkara ini bukanlah masalah yang baru timbul. Ia sudah timbul sejak zaman Rasulullah s.a.w lag. Di dalam hadis sahih dari Abu Hurairah r.a berkata: sekumpulan manusia dikalangan sahabat Nabi datang berjumpa Nabi s.a.w, lalu mereka bertanya "Sesungguhnya kami telah mendapati dalam hati kami terdapat lintasan2 hati yang kami anggap ia suatu kesalahan besar jika diucapkan dengan lidah." Nabi s.a.w bertanya "Kamu diserang oleh lintasan2 itu?" Mereka menjawab " Ya" Nabi s.a.w bersabda:

ذاك صريح الإيمان

Maksudnya: "Itulah petanda iman yang jelas"

was was dalam akidah petanda iman di hati

Itulah apa yg nak diberitahu oleh Nabi s.a.w dlm hadis diatas. Terdapat hadis sahih yg lain yg menunjukkan was was dlm akidah adalah petanda Iman di hati.

Diriwayatkan dari Abdullah ibnu Masud r.a beliau berkata: "Nabi s.a.w ditanya berkait dgn timbulnya was was berkai dgn ketuhanan. Nabi s.a.w menjawab:

تلك محض الإيمان

Maksudnya:Itulah semata2 disebabkan iman. (Hr Muslim)

Contoh2 was was dari syaitan:-

1. benda2 yang kotor dan mencarut.
2. Benda yg batil yg bersangkut dgn ketuhanan seperti timbul persoalan kewujudan tuhan.
3. Benda yg batil yg bersangkut dgn kenabian dan perkara2 yg gaib.
4. sangkaan buruk dan memaki sesama Islam.

Jenis was was syaitan dalam akidah

pertama: Yang datang secara mendadak dan tidak tetap. Cara untuk menghadapinya adalah dengan berpaling dari was was ini. Segala yg terlintas tidak dikira sebagai kesalahan selagi tidak ada keazaman dan diluahkan dgn perkataan. Nabi s.a.w bersabda:

إن الله تجاوز لأمتي عما وسوست به أنفسها ما لم تعمل به أو تكلم

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah Allah mengampunkan bagi ummatku apa yang diwas waskan dalam hati manusia selagi mana dia tidak melakukan dan mengatakan apa yg diwas waskan." (Hr Bukhari dan Muslim)

Kedua: Yang tetap dalam hati. Perkara ini sentiasa bersarang dalam hati. Perkara ini tidak boleh dihilangkan melainkan dengan belajar ilmu tauhid dan mengetahui dalil kewujudan tuhan secara nas dan secara akal.

cara mengubati penyakit was was dlm akidah:-

1. Hendaklah orang yang ditimpa was was dlm akidah ini sedar bahwa was was yang menyerangnya dgn tanpa kehendaknya adalah tidak memberi kesan kepada kebaikan dan ketakwaannya. Bahkan ia menunjukkan kepada kebenaran imannya. kesedaran terhadap perkara ini adalah penting supaya dia tidak mempedulikan was was tersebut.

2. Hendaklah dia berasa gembira bila syaitan cuba menimbulkan was2 dalam hatinya. As-Sayyid Ahmad bin Abi al-Hawari , seorang ulama sufi telah berkata:

"Aku mengadu kepada Abu Sulaiman ad-Darani berkenaan dgn was2." Maka dia berkata:

"Apabila engkau hendak memutuskan was was darimu, pada bila2 masa kamu merasainya hendaklah kamu gembira. Sesungguhnya apabila kamu gembira dgn datangnya was was itu maka ia akan terputus dari kamu kerana tidak ada perkara yg lebih syaitan benci daripada kegembiraan orang beriman. Bila kau resah maka akan bertambah was was."

3. Berta'awwuz dgn Allah dr syaitan yg direjam. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "Dan apabila engkau ditimpa was was dari syaitan hendaklah engkau minta lindung dengan Allah. sesungguhnya Dia maha mendengar lagi maha maha mengetahui." (200: al-A'raf)

Nabi s.a.w bersabda:

يأتي الشيطان أحدكم فيقول: من خلق كذا من خلق كذا حتى يقول من خلق ربك؟ فإذا بلغه فليستعذ بالله ولينته

Maksudnya: "Syaitan akan datang pada salah seorang kamu dan berkata: "Siapa yang mencipta ini? siapa yang mencipta ini?" sehinggalah dia akan bertanya "Siapa yg mencipta tuhanmu?" Kalau sudah sampai demikian maka hendaklah minta lindung dengan Allah dan sudahkan." (hadis Bukhari dan Muslim)

Lafaz Ta'awwus adalah

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

atau

أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

4. Hendaklah dia sentiasa berkata "aku beriman dengan Allah dan Rasulnya" setiap kali diserang oleh was was syaitan. Nabi s.a.w bersabda:

فمن وجد شيئا فليقل : أمنت بالله زاد في رواية :ورسله

Maksudnya: "Sesiapa yang mendapati was was maka hendaklah dia berkata "Aku beriman dgn Allah" pada satu riwayat ada tambahan "dan rasulnya"(Hr Bukhari dan Muslim)

5. Hendaklah membaca ayat 3 surah al-Hadid. Ini adalah pesanan dari Ibnu Abbas (Hr Abu Daud).

6. Memperbanyakkah zikir sperti ma'thurat dan sebagainya seperti yg di ajar oleh Rasulullah s.a.w pada waktu pagi dan petang.

Diantara yg baik untuk menjauhkan syaitan ialah dua zikir pada sebelah pagi dan petang: Zikir waktu pagi: Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: "Sesiapa yang mengucapkan:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير

sebanyak seratus kali sehari maka dia mendapat pahala membebaskan 10 orang hamba, ditulis seratus kebaikan baginya, dihapuskan seratus kesalahannya, ia menjadi pelindung dari syaitan pada hari tersebut sehinggalah malam dan tidak ada yang melakukan lebih baik dari zikir yang diucapkan melainkan orang yang mengucapkan lebih banyak dari itu." (Hr Bukhari dan Muslim)

Zikir petang: Abu hurairah berkata kepada Rasulullah s.a.w :
"Syaitan berkata kepadanya: "Apabila engkau berada di tempat tidur mu hendakla engkau membaca ayat kursi daripada Awal sehingga habis.

الله لا إله إلا هو الحي القيوم

Syaitan berkata lagi "Apabila kamu membacanya maka Allah sentiasa memelihara kamu dan syaitan tidak mendekati kamu sehinggalah waktu subuh." Nabi s.a.w bersabda:

أما إنه قد صدقك وهو كذوب

Maksudnya: "Adapun sesungguhnya dia telah bercakap benar kepadamu berkenaan dgn ayat kursi itu walaupun dia seorang yang amat pembohong."(Hr Bukhari)

7. Menutup laluan syaitan.

Terdapat banyak cara untuk menutup laluan syaitan. Diantaranya:

-Ingat dan sebut nama Allah.
- Membaca doa masuk dan keluar tandas.
- Menahan dari menguap.
- Banyakkan solat.
-Bersihkan hati.
- Menghindari maksiat.
- Menghindari sifat2 mazmumah seperti marah dan lain2.

Seeloknya orang yang terkena penyakit was was dalam akidah ini berjumpan guru yg berilmu.

Ini adalah artikel yg berkait dengan was2 syaitan yg berkait dgn akidah sahaja. tajuk waswas dalam ibadah insyaALLAH akan ditulis pada masa akan datang.

Sumber Sini

Thursday, October 29, 2009

Diet Pesakit Gout

Assalamu'alaikum.


Bismillahirrahmanirrahim.


Gout adalah penyakit yang biasa kita dengar. Pada zaman feudal di Eropah, dahulu ramai golongan bangsawan yang menghidap penyakit ini sehingga penyakit ini dikenali sebagai “disease of the king” atau kata lainnya penyakit orang kaya. Penyakit ini terjadi disebabkan oleh makanan yang mengandungi protein yang tinggi serta banyak mengandungi purina.

Makanan seperti daging, hati, limpa dan bahagian-bahagian organ dalaman yang lain haiwan ternakan mengandungi protein yang tinggi amat digemari oleh golongan atasan dan orang kaya sehingga menyebabkan penyakit gout.

Jika kita kerap memakan makanan seperti ini, besar kemungkinan kita akan mendapat penyakit gout. Selain daripada itu, pengambilan alcohol seperti bir, minuman malt dan makanan yang dihasilkan daripada kekacang juga boleh meningkatkan risiko seseorang itu mendapat gout. Ini disebabkan makanan seperti ini boleh meningkatkan tahap asid urik di dalam tubuh badan.

Di Malaysia kini, ramai rakyat terutama golongan lelaki menghidap gout. Ini disebabkan oleh mereka kerap memakan makanan yang tinggi protein seperti makanan daripada sumber daging dan organ-organ dalaman haiwan. Selain itu makanan dari jenis kerangan dan lain-lain makanan laut juga boleh meningkatkan risiko penyakit gout.

Mengikut kajian penyakit gout menyerang lelaki sembilan kali lebih kerap berbanding dengan wanita, ini kerana tubuh kaum wanita pada usia sebelum menopaus menghasilkan hormon yang dapat mengekalkan pengeluaran serum asid urik yang tinggi. Gout adalah penyakit yang disebabkan oleh metabolisme yang songsang oleh kerana terlalu banyak memakan makanan yang berasaskan sumber protein. Selain dari itu, tubuh badan juga akan mengeluarkan asid urik yang banyak jika kita kurang bersenam.

Bila asid urik telah berkumpul dengan banyak di dalam badan. Badan kita tidak dapat menyahkan asid urik melalui sistem urin (air kencing). Lama kelamaan tahap asid urik yang tinggi ini akan membentuk kristal di bahagian sendi. Jika pemakanan tidak diubah dan senaman dilakukan, asid urik ini membentuk kristal di sendi tulang akan mula menonjol dan boleh dilihat sebagai satu gumpulan pada sendi. Gumpulan pada sendi tangan dan kaki ini boleh merebak ke lain-lain sendi di seluruh badan.
Gumpulan pada sendi jika dibiarkan akan lama kelamaan menyebabkan rheumatoid arthiris dan radang sendi. Mereka yang menghidap gout akan merasa sangat sakit bila serangan ini merebak.


Risiko buah pinggang tidak berfungsi

Jika mereka yang menghidap gout tidak mengubah cara hidup dan tetap mengambil makanan daripada jenis yang tinggi protein dan purina, akibatnya akan lebih teruk. Ramai pesakit gout akan menghidap sakit darah tinggi dan batu karang pada buah pinggang. Jika keadaan ini berterusan tanpa usaha untuk mengubati, pesakit juga akan menghadapi risiko buah pinggang yang tidak berfungsi dan terpaksa bergantung kepada mesin dialisis.

Penyakit gout amat mudah diatasi jika kita mempunyai disiplin daripada segi pemakanan. Amalan pemakanan sihat amat penting supaya kita dapat mengelakkan penyakit ini daripada merebak.

Kita perlu menukar cara pemakanan dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengelakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein seperti daging dan organ-organ dalaman haiwan ternakan seperti limpa, hati dan jantung.

Dengan mengubah diet lebih kepada sayur-sayuran dan buah-buahan, lama kelamaan kristal gout dapat dilarutkan dan dengan ini secara tidak langsung penyakit gout itu dapat dikawal dan diubati. Mereka yang menghidap gout juga perlu minum air yang banyak iaitu 8 hingga 10 gelas (2-3 liter) sehari. Ini penting kerana dengan minum air yang banyak kita dapat mengurangkan lebihan asid urik yang terdapat di dalam badan menerusi pembuangan urin

Sumber : Sini

Wednesday, October 28, 2009

Tuesday, October 27, 2009

Lambaian Kaabah: Jemaah dalam penerbangan tak boleh tunda solat

Ibadat tiang agama boleh dilaksana dalam apa jua keadaan ketika berada dalam pesawat

LABBAIKALLAHUMMA labbaik. Bermulalah musafir yang mulia bagi menyempurnakan rukun Islam kelima. Persiapan yang begitu rapi dibuat semestinya, termasuklah merapikan ilmu yang berkaitan agar tiada lagi timbul salah faham berhubung ibadat haji. Mereka memastikan keadaan kesihatan baik dari sudut kawalan penyakit kronik yang sedia ada seperti darah tinggi dan kencing manis, juga pencegahan penyakit H1N1, membekalkan dengan serba sedikit makanan bagi membangkitkan selera dan yang tidak kurang pentingnya ialah persiapan duit buat berbelanja.

Ibadat haji perlu dipandang sebagai suatu yang besar dan dilakukan dengan cermat agar pelaburan yang diletakkan padanya mendapat pulangan yang setimpal atau lebih besar daripada Tuhan.


Keadaan ini sering kali membuatkan sesetengah antara kita memandang ringan terhadap kepentingan menjaga rapi ibadat solat dalam keghairahan kita menuju suatu ibadat yang dianggap lebih besar. Sesuatu yang sering diabaikan ialah menunaikan solat dalam perjalanan suci ini ialah ketika berada dalam penerbangan. Kepentingan ibadat solat dalam agama tidak boleh dipertikaikan lagi justeru pelaksanaannya juga perlu dititikberatkan dalam keadaan apa sekalipun.

Rasulullah SAW bersabda, "Solat itu tiang agama, barang siapa yang mendirikan solat maka dia menegakkan agamanya. Barang siapa yang meninggalkan solat bererti dia telah meruntuhkan agamanya." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Antara kekangan yang sering ditimbulkan ialah sukar berwuduk, tiada tempat sesuai, pakaian tidak bersih, sukar menentukan kiblat dan waktu solat dan tidak kurang juga yang malu untuk menyempurnakannya dalam keadaan yang serba kekurangan. Faktor kurangnya ilmu dan maklumat prapenerbangan menjadikan jemaah sering mengambil jalan mudah, iaitu akan menqadanya apabila sampai nanti. Sedangkan Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman." (Surah an-Nisa' :103)

Amat malang bagi mereka yang berpendapat sedemikian iaitu solat adalah suatu yang boleh ditunda, ditangguh ke lain masa atau dibuat ketika ada kemudahan dan kelapangan. Perjalanan mulia menyempurnakan rukun Islam dicemari dengan meninggalkan rukun Islam kedua. Walaupun solat ialah ibadat rutin yang dilakukan seharian, namun alasan itu tidak seharusnya meletakkan ia sebagai keutamaan yang boleh dikompromi.

Dalam zaman yang segala ilmu ini, pastinya tiada alasan untuk menjadikan 'tidak tahu' untuk soalan berkaitan solat dalam penerbangan itu suatu yang boleh diterima. Pastinya juga dalam siri kursus haji yang diberikan secara intensif mengenai cara menyempurnakan solat mengikut keterbatasan yang ada. Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang mudah bagi mereka yang melihatnya mengikut sudut yang sebenar.

Kelas pengajian di masjid dan surau juga sentiasa membicarakan isu fekah berhubung masalah solat ketika musafir baik yang berjarak pendek mahupun yang panjang. Mungkin bagi mereka yang kurang biasa pada mulanya berasa agak kekok untuk beramal dengan kemudahan ini, namun percayalah apa yang lebih penting ialah pelaksanaan kewajipan terhadap Allah itulah yang lebih utama daripada apa yang akan diperkatakan oleh manusia.

Dalam hal solat dalam penerbangan ini, mungkin ada yang cuba untuk mendapatkan wuduk yang lengkap dengan menggunakan air di tandas kapal terbang. Jika kita dinasihatkan tidak berbuat demikian atas sebab keselamatan, pastinya ada alternatif lain bagi kita menyempurnakan wuduk kita. Di sinilah persediaan ilmu selagi lagi memainkan peranan yang amat penting.

Isu seperti kiblat dan masa masuk waktu pasti dapat dirungkaikan dengan lebih mudah jika sekiranya kita mengetepikan rasa malu untuk bertanya baik kepada pramugara atau pramugari yang bertugas, atau mana-mana ustaz yang turut sama dalam penerbangan. Pastinya mereka yang berpengalaman akan ringan mulut untuk berkongsi maklumat kerana itu selaras dengan prinsip menyebarkan ilmu dan saling memperingati antara satu sama lain.

Kekangan ruang juga harus diambil perhatian. Sesetengah penerbangan mempunyai ruang untuk bersolat namun ada juga yang tiada disebabkan oleh kesempitan. Perlu diingat bahawa dalam kita menyempurnakan solat, faktor sebegini juga harus dipertimbangkan. Amatlah tidak wajar jika disebabkan solat kita itu, menyebabkan terhalangnya orang lain untuk lalu lalang. Jika keperluan ilmu diambil kira, bersolat di kawasan laluan orang itu suatu yang ditegah sejak awal lagi.

Oleh Dr Irfan Mohamad

Perjalanan Hebat Tetamu Allah

Seramai 26,000 jemaah haji Malaysia akan memulakan ‘pengembaraan’ mereka bersama jutaan umat Islam di seluruh dunia bagi mengerjakan rukun Islam kelima tahun ini.

Sebagai tetamu Allah, ia adalah satu perjalanan yang begitu hebat. Di sana umat Islam tanpa mengira pangkat, kedudukan dan status akan bersama-sama memulakan ‘misi’ penting melakukan satu persatu ibadat tertentu bagi membuktikan mereka hamba yang kerdil kepada pencipta-Nya.

Firman Allah swt yang bermaksud, “Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).”

Keberangkatan ke Tanah Suci sudah pasti memberi keinsafan tersendiri apatah lagi bagi jemaah yang mungkin pengalaman pertama. Selama 44 hari di tanah suci pelbagai pengorbanan perlu dilalui tetamu Allah termasuk wang ringgit, meninggalkan keluarga, pekerjaan selain memastikan kesihatan di tahap terbaik. Dengan iringan doa, setiap tetamu 'jemputan' Allah ini berharap mereka dapat menunaikan ibadat wajib berkenaan dengan sempurna dan pulang dengan haji mabrur.

Mengikut sejarah awal, ibadat haji ini dibawa junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w sebagai satu usaha menyambung ajaran Nabi Ibrahim as. Mengerjakan haji ini mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah.

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan Allah swt mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk.”

Pada permulaan ibadat itu, Rasulullah saw bersama kira-kira 1,500 umat Islam berangkat ke Makkah tetapi gagal mengerjakannya kerana dihalang kaum Quraisy sehingga termeterai Perjanjian Hudaibiah yang membuka jalan bagi mengembangkan Islam. Selepas perjanjian itu, pada tahun berikutnya, tahun ke-7 Hijrah, 2,000 umat Islam mengerjakan umrah bersama-sama Nabi Muhamad s.a.w.

Namun, haji yang sempurna hanya dapat dilakukan pada tahun ke-9 Hijrah apabila Rasulullah saw mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengepalai 300 umat Islam mengerjakan haji. Sepanjang hayat Nabi Muhammad saw, baginda menunaikan fardhu haji sekali saja. Haji itu dinamakan ‘Hijjatul Wada’, Hijjatul Balagh dan Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji berkenaan baginda wafat.

Rasulullah berangkat ke Madinah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat seramai lebih 90,000 orang. Baginda melakukan amalan seperti sunat ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali iaitu 10km dari Madinah. Rasulullah sampai di Makkah pada 4 Zulhijjah selepas melakukan perjalanan selama 9 hari.

Kemudian baginda berangkat ke Mina pada 8 Zulhijjah dan bermalam di situ. Pada 9 Zulhijjah Rasulullah berwukuf di Arafah yang pada hari itu jatuh pada hari Jumaat dan merayakan Aidiladha di sana. Rasulullah saw menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Pada hari terakhir pada 14 Zulhijjah, baginda meninggalkan Makkah pulang ke Madinah.

Oleh : Mohd Fadly Samsudin
Sumber : Harian Metro

Sunday, October 25, 2009

Solat hormat waktu di Masy'air

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Jemaah haji diberi kelonggaran menunaikan solat jamak semasa menunggu waktu wukuf di Padang Arafah.

SOLAT merupakan ibadah paling berharga yang difardukan oleh Allah SWT dengan cara yang paling istimewa iaitu ketika baginda Rasulullah SAW berada di Sidratul Muntaha dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Solat berada pada kedudukan yang tinggi di dunia iaitu amalan pertama selepas keimanan serta merupakan amalan pertama yang dihitung oleh Allah di Padang Mahsyar kelak.

Seiring dengan kedudukan ini, ibadah solat wajib didirikan sebagaimana yang dipelajari daripada solat Rasulullah apabila tiba waktunya.

Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: Maka dirikanlah (dengan sempurna) solat itu, sesungguhnya solat merupakan satu ketetapan yang diwajibkan kepada orang-orang yang beriman yang telah ditentukan waktu-waktunya. (al-Nisa':73).

Justeru, solat hendaklah didirikan oleh setiap individu muslim mengikut kaifiatnya sama ada dalam keadaan sihat atau sakit, aman atau darurat, bermukim atau bermusafir tanpa mengira tempat sama ada di daratan, lautan mahupun di angkasa kecuali bagi mereka yang uzur syarie.

Persoalannya kini, sebagai jemaah haji mereka akan berdepan dengan pelbagai situasi yang ada kalanya menyukarkan mereka untuk menunaikan tanggungjawab ini khususnya ketika berada di dalam kenderaan dan semasa berada di al-Masya'ir iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Nah! Di sinilah pentingnya bagi mereka memahami dua jenis solat ini iaitu hormat waktu dan jamak tamam berdasarkan pandangan mazhab Syafie, tanpa perlu pening kepala dengan pandangan-pandangan mazhab lain.

Apa yang penting, solat ditunaikan kerana mengabaikannya adalah satu kerugian besar. Sabda Rasulullah SAW: "Kerugian orang yang luput daripada mengerjakan solat fardu ibarat orang yang kehilangan seluruh ahli keluarga dan kekayaannya". (riwayat Imam Ahmad)

Solat hormat waktu

Solat hormat waktu merupakan satu keringanan (al-taysir) yang antara lain bertujuan memberi ketenangan rohani kepada individu yang tidak dapat menunaikan solat fardu dengan sempurna segala syarat sah ibadah tersebut.

Terdapat beberapa situasi yang memungkinkan solat hormat waktu dilakukan, antaranya:

lApabila berada dalam keadaan Faqid al-Tahurayn - iaitu apabila individu yang ingin menunaikan solat tidak dapat berwuduk kerana ketiadaan air atau tidak dapat bertayamum kerana ketiadaan debu tanah. Atau walaupun ada air atau debu tanah, tetapi penggunaan kedua-duanya sebagai alat bersuci adalah terhalang kerana faktor keselamatan seperti ketika jemaah haji berada dalam kapal terbang.

lApabila terdapat najis pada badan, pakaian atau tempat solat sedangkan tiada air mutlak untuk menyucikannya.

lPesakit yang terlentang di pembaringan, masih sedar dan berakal, tetapi tiada sesiapa yang dapat menyucikannya daripada hadas dan najis.

Apabila berdepan dengan situasi begini sedangkan waktu solat fardu sudah masuk dan tiada harapan pula untuk bertaharah (bersuci) hingga habis waktunya sekalipun untuk solat jamak takkhir, maka individu tersebut dituntut menunaikan solat fardu itu mengikut kesesuaiannya seperti berdiri, duduk atau berbaring, tanpa wuduk atau tayammum kerana menghormati waktu.

Solat hormat waktu hanya khusus untuk solat fardu di dalam waktunya sama ada dilakukan secara tamam atau qasar, mahupun secara berasingan atau jamak.

Apabila individu tersebut kemudiannya telah bersuci, dia hendaklah segera mengulangi solat tersebut jika masih dalam waktunya ('iadah), atau menggantikannya (qada) jika telah luput waktunya.

Jelasnya, dengan mendirikan solat hormat waktu maka terlepaslah individu tersebut daripada dosa dan kerugian meninggalkan solat fardu, wallahu a'lam.

Solat jamak tamam di Masya'ir

Solat jamak tamam bererti menunaikan solat yang harus dihimpunkan dalam salah satu waktunya iaitu Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak tanpa berlaku sebarang pengurangan pada rakaat-rakaatnya.

Sejarah Hajjatul Wada' menceritakan bahawa Rasulullah mengerjakan solat secara jamak dan qasar semasa berada di Arafah dan Muzdalifah. Manakala di Mina pula baginda mengerjakan solat secara qasar pada setiap waktunya. Imam Shafie r.a. berpendapat, pelaksanaan tersebut adalah kerana baginda di dalam musafir.

Bagi jemaah haji Malaysia yang pada umumnya telah bermukim di tanah suci Mekah, mereka tidak harus mengerjakan solat secara qasar ketika berada di Masya'ir kerana ia merupakan rukhsah yang khusus buat para musafir.

Adapun pelaksanaan solat secara jamak tamam pula, ulama Syafi'iyyah telah mengharuskannya sama ada semasa bermusafir atau ketika bermukim sekiranya terdapat darurat atau keperluan mendesak.

Justeru, atas sebab al-Masyaqqah yakni kesulitan yang sering ditempuhi oleh jemaah haji ketika berada di Masya'ir, AJK Penasihat Ibadat Haji (AJPIH) menerusi resolusi yang dicapai dalam Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan telah bersetuju menerima pakai pandangan harus jamak tamam sama ada secara jamak taqdim atau jamak takkhir dalam pelaksanaan solat fardu semasa jemaah haji berada di Masya'ir atas sebab al-masyaqqah yang dilihat mencapai tahap keperluan mendesak.

Selaras dengan keputusan tersebut, jemaah haji Malaysia secara standardnya mengerjakan solat Zuhur dan Asar secara jamak taqdim dan tamam pada hari wuquf, manakala solat Maghrib dan Isyak dikerjakan secara taqdim di Arafah atau takkhir di Muzdalifah bergantung kepada jadual perjalanan bas jemaah haji.

Semasa berada di Mina pula, mereka digalakkan untuk mengerjakan solat secara jamak taqdim, namun ia juga bergantung pada jadual melontar yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Semoga ruangan ini dapat memberi panduan-panduan berguna buat semua pembaca khususnya bakal jemaah haji musim 1430H. Ingat… solat! Jangan abai solat.

Dengan solat hidup diberkati dan insya-Allah haji yang mabrur di anugerah ilahi. Wallahu a'lam bi al-Sawab.

Ketabahan Seorang Ibu

Assalamu'alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

YUKABID adalah ibu kepada Nabi Musa. Yukabid mengandungkan Musa ketika Firaun memerintahkan anak lelaki kaum Bani Israel dibunuh kerana bimbang anak lelaki akan menentang dan mengambil kekuasaannya.

Suatu ketika, Yukabid mendengar perintah Firaun itu. Alangkah sedihnya hati Yukabid kerana dia sedang sarat mengandung waktu itu. Yukabid terpaksa bersembunyi sahaja di rumah agar kandungannya tidak diketahui orang.

Sehinggalah tiba masanya, Yukabid pun melahirkan anaknya. Alangkah terkejutnya dia apabila anak yang dilahirkannya itu adalah anak lelaki.

Walaupun berasa takut dengan perintah Firaun, seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan nyawa anaknya itu. Dia tidak mahu anaknya itu menjadi korban undang-undang yang diperintahkan oleh Firaun yang zalim dan kejam.

Yukabid berjaya merahsiakan kelahiran Musa selama tiga bulan daripada pengetahuan Firaun dan tentera-tenteranya.

Walau bagaimanapun, hatinya tidak pernah tenteram melihat anaknya yang semakin membesar. Dia risau akan keselamatan Musa. Dalam kerisauan itulah, Allah Yang Maha Berkuasa telah memberi ilham kepada Yukabid agar membuat sebuah peti. Lalu Allah SWT memerintahkan agar Musa dimasukkan ke dalam peti dan dihanyutkan ke Sungai Nil.

Dengan hati yang tenang dan sabar, maka Yukabid pun menghanyutkan Musa ke sungai Nil seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT kepadanya. Peti itu dihanyutkan oleh arus sungai sehingga sampai ke istana Firaun.

Kebetulan pada hari itu, Asiyah permaisuri Firaun sedang bersiar-siar bersama dayang-dayangnya. Ketika sedang bersiar-siar itu, Asiyah menyuruh dayang-dayangnya mengambil sedikit air dari Sungai Nil. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ada sebuah peti di sisi kaki mereka. Lalu diambil peti itu dan dibawakan kepada Asiyah.

Maka Asiyah terus membuka peti itu dan dilihatnya ada seorang bayi di dalamnya. Apabila melihat akan wajah bayi itu, timbul rasa cinta dan kasih dalam hatinya terhadap bayi itu. Asiyah mengambil bayi itu dan dibawanya pulang istana.

Tiba sahaja di istana, Asiyah meminta keizinan Firaun untuk membela bayi itu. Pada mulanya Firaun tidak mengizinkan Asiyah mengambil bayi itu tetapi setelah dipujuk, akhirnya Firaun bersetuju.

Setelah mendengar tangisan kehausan bayi itu, Asiyah berasa kasihan lalu disuruhnya Firaun mencarikan seorang wanita yang dapat menyusukan bayi itu. Akan tetapi seorang demi seorang wanita yang datang untuk menyusukan bayi itu telah ditolak oleh bayi tersebut.

Bayi itu tidak mahu disusukan oleh mereka sehinggalah berita ini diketahui oleh saudara Musa, Mariam. Lalu Mariam datang ke istana dan memberitahu kepada dayang-dayang Asiyah bahawa dia boleh membawakan seorang ibu yang boleh menyusukan bayi itu.

Mendengar sahaja berita daripada dayang-dayang itu, Asiyah memerintahkan agar bayi itu dibawa ke rumah Yukabid.

Yukabid menyambut anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Bayi itu terus minum susu ibunya sehingga kenyang. Alangkah seronoknya hati Yukabid. Allah SWT telah mengembalikan anaknya, Musa kepadanya kerana kesabaran dan ketabahan mengikut perintahNya.

Tujuh Golongan Insan Contoh

Assalamu'alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya : "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; antaranya ialah : Pemerintah yang adil. Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Allah. Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah; kedua-duanya bertemul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah. Lelaki yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersama dengannya lalu ia menolak dengan berkata : "Aku takut kepada Allah!". Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah". (Hadith : Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Pengajaran hadis:

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :

a) Pemerintah yang adil- Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya;

"Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana pada usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan pada masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuh. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.

Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya bertemu dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah.

Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar hubungan yg didasarkan kasihsayang kerana Allah akan mendapat pahala, restu dan keberkatan daripadaNya. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat.

e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:" Aku takut kepada Allah!"

Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.

Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya' dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu. Orang yang beramal tidak ikhlas tidak akan mendapat pahala bahkan akan berdosa.

g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.

Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifatNya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Semoga kita dapat pengajaran dan beramal dgn hadis ini.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails