Friday, February 26, 2010

RUMAH PENINGGALAN NABI MUHAMMAD SAW

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam semua.

Entri kali ini saya copy daripada sini ingin berkongsi dengan rakan2 pembaca berkaitan dengan beberapa gambar Rumah Nabi Muhammad Saw dan isteri tercintanya, Sayyidatina Khadijah as, yang merupakan peninggalan bersejarah, yang sepatutnya dipelihara sejarahnya dan dijaga dengan baik. Walaubagaimanapun tinggalan sejarah tersebut telah dimusnahkan oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan. Peninggalan-peninggalan seperti ini merupakan kisah penting yang boleh menjadi pelajaran yang baik bagi orang-orang terkemudian.


Gambar di atas adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidatina Khadijah as, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun. Walaubagaimanapun tempat bersejarah ini telah dimusnahkan oleh kaum Wahabi-Salafy yang kejam dengan niat untuk menghapuskan bukti-bukti sejarah islam.


Di atas adalah gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidatina Khadijah as yang dilihat dengan jarak dekat.


Gambar di atas ini adalah kesan runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidatina Khadijah as.


Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidatina Khadijah as.

Di atas ini adalah gambar runtuhan tempat Sayyidatina Fatimah as, putri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw biasa melakukan solat.


gambar di atas ini adalah makam Sayyidatina Khadijah as (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut.

Catatan :

Sebahagian besar gambar2 tersebut diperolehi daripada kitab : Ummul Mu’minin, Khadijah binti Khuwaylid, Sayyidah Fie Qalby al-Mushtafa karya DR. Muhammad Abduh Yamani yang telah diterjemahkan oleh penerbit Pustaka IIMaN dengan judul : Khadijah Drama Cinta Abadi sang Nabi. Penulis kitab ini adalah mantan Menteri Penerangan Kerajaan Arab Saudi.

Peninggalan Ashabul Kahfi

Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion (Mt. of Pion). Di sana terletak sebuah Gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Tidur (The Cave of Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap orang-orang yang tidur itu dalam Al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya pemuda-pemuda beriman itu daripada tidur mereka pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Thedosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.

Raja Abdullah ke 2 merasmikan Pembukaan Masjid Gua Kahfi



Masjid Gua Kahfi yang lama



Perasmian Masjid Gua Kahfi


Muka Pintu Gua



Sumber mata air di gua


Pemandangan gua dari dalam


Peninggalan yang ditemui dalam gua


Pintu masuk Gua

Kamar Ashhabul Kahfi sebelah timur

Kamar Ashhabul Kahfi sebelah barat


Batu bertulis peninggalan bersejarah Ahli Kahfi

Tulang-tulang Ahli Kahfi ditemukan tahun 1963


Lubang angin di dalam gua

Al-Quran Surah all-Kahfi [ 18 ] ayat 10 hingga ayat 26)

"Dan demikian pula Kami bangkitkan mereka (daripada tidurnya) supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (Sebahagian daripada) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian daripada sehari".

(Sebahagian lagi daripada) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

"Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sesekali akan berjaya selama-lamanya".

“Dan demikian Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya oang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya;pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantah sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid (tempat ibadah) di sisi gua mereka”.

“(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka”; dan setengahnya pula berkata bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka”, secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang dan kelapannya ialah anjing mereka”. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan (yang membincangkannya)”.

“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.
“Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “InsyaAllah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.

“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka :tiga ratus tahun(dengan kiraan ahli kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)”.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya-lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya) dan ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya”.


Monday, February 22, 2010

Kedudukan ayahanda, bonda Nabi SAW

Bismillahirrahmanirrahim.

ALHAMDULILLAH, sekali lagi kita diberi peluang melalui hari-hari bulan Rabiulawal yang sarat dengan kenangan dan ingatan terhadap Nabi dan kekasih kita Saiduna Muhammad SAW.

Memperingati dan meraikan kelahiran baginda SAW adalah suatu tanda dan bukti kecintaan kita terhadap baginda yang menjadi salah satu pokok ajaran dalam agama kita. Malangnya, tetap ada di sana, suara-suara yang mempertikaikan keperluan dan keutamaan menyambut Mawlid Nabi SAW.

Insya-Allah, di kesempatan yang akan datang ruangan ini akan membincangkan secara khusus berkenaan isu ini yang sepatutnya sudah tidak perlu ditimbulkan lagi.

Ruangan ini terpanggil untuk menjelaskan suatu persoalan yang jika tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan kita terlibat dengan perbuatan yang menyakiti Nabi SAW lantas bercanggah dengan dakwaan cinta-kasih kita terhadap baginda SAW.

Persoalan yang dimaksudkan adalah dakwaan bahawa ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah di kalangan mereka yang musyrik serta ditempatkan ke neraka.

Kami terpanggil untuk menyentuh soal ini apabila mendapati dakwaan sebegini boleh menimbulkan kekeliruan.

Masyarakat Arab jahiliah

Zaman Jahiliah yang meliputi era kegelapan masyarakat Tanah Arab adalah suatu zaman yang dipenuhi dengan unsur syirik dan kepercayaan animisme yang tebal.

Manusia pada zaman tersebut melakukan amal ibadat berdasarkan kepercayaan nenek moyang mereka yang telah menyeleweng sekian lama.

Diriwayatkan bahawa pegangan asal masyarakat Arab pada peringkat awalnya ialah ajaran Nabi Ibrahim a.s. Lama-kelamaan ajaran ini ditinggalkan dan dipercayai bahawa bermulanya era penyembahan berhala ketika di bawa masuk ke Tanah Arab oleh Amru ibnu Luhay yang terkesan dengan cara penyembahan berhala masyarakat asing.

Berkata al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam al Bidayah wa al Nihayah: "Adapun hal keadaan masyarakat Arab itu, mereka tetap sentiasa berada di atas agama Nabi Ibrahim AS sehinggalah 'Amru ibnu 'Amir al Khuza'i memerintah Mekah selepas merampas kuasa menjaga kaabah daripada datuk Nabi SAW. Maka 'Amru ibnu 'Amir telah mengasaskan penyembahan berhala dan amalan-amalan kaum jahiliah yang sesat."

Kesesatan ini tersebar meluas sehinggalah ia dihapuskan oleh Allah melalui perutusan Rasulullah SAW.

Ahli fatrah

Setelah sekian lama amalan penyembahan berhala berterusan dan jarak perutusan seorang nabi dengan nabi yang lain terlalu jauh, maka masyarakat penyembah berhala ini mendapat keuzuran daripada sebarang petaklifan.

Mereka inilah yang digelar sebagai ahli fatrah iaitu manusia yang hidup di suatu zaman yang tiada di sana perutusan sebarang rasul.

Golongan ini walaupun melakukan penyembahan berhala, akan tetap terselamat daripada seksaan neraka menurut jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan firman Allah SWT: Dan Tidaklah kami mengazab sesuatu kaum melainkan setelah kami utuskan buat mereka seorang Rasul yang menyampaikan seruan Islam. (al Isra': 15)

Agama dan kepercayaan

Dalam keadaan masyarakat yang begitu tebal kepercayaan mereka terhadap amalan penyembahan berhala, terdapat juga agama dan kepercayaan lain yang diamalkan di zaman jahiliah di antaranya; agama kaum Yahudi dan Nasrani yang telah terseleweng daripada acuan asalnya.

Demikian juga tidak sunyi pada zaman tersebut daripada sekelompok manusia yang masih berpegang teguh dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s yang masyhur dikenali sebagai agama hanif.

Ajaran ini tidaklah tersebar luar sehingga menjadi amalan yang tersebar di seluruh Tanah Arab, akan tetapi ia tetap dipegang dan diamalkan oleh kebanyakan anak cucu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sentiasalah ada dari kalangan zuriat Nabi Ibrahim AS, satu golongan manusia yang tetap di atas fitrah (beriman) menyembah Allah.

Ada banyak fakta sejarah yang diriwayatkan yang mendokong beberapa hadis nabi SAW bahawa ramai di kalangan datuk moyang baginda SAW yang berpegang dengan agama hanif tanpa mencampuradukkan ia dengan amalan penyembahan berhala.

Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Adalah Adnan, Ma'ad, Rabi'ah, Mudhar, Khuzaimah dan Asad berada di atas agama Ibrahim AS, janganlah sesekali kamu menyebut perihal mereka melainkan dengan ucapan yang baik.

Daripada perbahasan di atas secara ringkasnya kita mendapati bahawa kebanyakan mereka yang meninggal dunia sebelum perutusan Rasulullah SAW adalah terselamat daripada seksaan neraka, sama ada mereka dari kalangan penyembah berhala mahupun yang berpegang dengan ajaran Nabi Ibrahim.

Oleh yang demikian, tidak bolehlah kita melaung-laungkan suara bahawa nenda, ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah dari kalangan penghuni neraka. Kerana ia secara jelas bersalahan dengan i'tikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menyentuh tentang perbahasan akidah ayahanda dan bonda Rasulullah SAW, pendapat yang tepat dan terpilih adalah mereka ini dari kalangan yang mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim a.sdaripada anak cucu Adnan. Ini juga kerana tidak terdapat nas yang thabit yang menunjukkan bahawa mereka adalah penyembah berhala.

Bahkan fakta-fakta sejarah yang dikutip daripada kitab-kitab sirah banyak merakamkan bukti yang jelas bahawa mereka adalah golongan yang beriman.

Dalam dalil yang umum pula, keimanan mereka dinyatakan melalui firman Allah SWT: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua (Nabi Ibrahim dan Ismail), orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami, umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu. (al-Baqarah: 128)

Dikeluarkan oleh Ibnu Jarir al-Tobari di dalam tafsirnya, daripada Mujahid mengenai pentafsiran ayat 35 surah Ibrahim yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman dan jauhkanlah aku dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala.

Ibnu Jarir berkata: "Allah telah memperkenankan doa Nabi Ibrahim untuk anak-cucunya, maka tiada seorang pun dari kalangan zuriatnya yang menyembah berhala".

Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim di dalam tafsirnya, Sufyan ibn 'Uyainah r.a ditanya: Adakah terdapat salah seorang daripada zuriat Nabi Ismail a.s yang menyembah berhala?

Beliau menjawab: Tidakkah kamu mendengar firman Allah SWT (bermaksud): Dan jauhkanlah aku (Nabi Ibrahim) dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala. (Ibrahim: 35)

Allah SWT berfirman (maksudnya): Yang melihat pergerakan dirimu di antara orang-orang yang sujud. (al Syu'ara': 219)

Mengenai penafsiran ayat ini, Ibnu Abbas RA berkata: "Dan dari seorang Nabi kepada seorang Nabi yang lain, kemudian kepada seorang Nabi sehinggalah dilahirkan Baginda SAW sebagai seorang nabi".

Ibnu Abbas r.a mentasirkan firman Allah SWT ini sebagai perpindahan benih daripada sulbi seorang nabi ke sulbi nabi seterusnya yang tergolong dari kalangan para sajidiin (mereka yang sujud dan beriman kepada Allah).

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah aku dilahirkan daripada perzinaan kaum Jahiliah walau sedikitpun dan tidaklah aku dilahirkan melainkan daripada hasil pernikahan seumpama Islam".

Diriwayatkan dalam Dalail al Nubuwwah daripada Ummu Sama'ah binti Abi Ruhm, daripada ibunya berkata: Aku telah menyaksikan Aminah bonda Rasulullah SAW ketika gering dan Muhammad ketika itu berusia lima tahun duduk di sisi kepalanya. Maka Aminah memandang wajahnya seraya berkata: "Semoga Allah memberkatimu dari kecil, wahai anak daripada ayahandanya (Abdullah) yang ditakdirkan mati, tetapi telah terselamat dengan pertolongan Allah Raja Yang Memberikan Nikmat, dia telah ditebus pada keesokan paginya ketika hendak disembelih, dengan seratus ekor unta yang mahal. Sekiranya benar apa yang telah aku saksikan ketika tidur, engkau akan diutuskan kepada sekalian makhluk; dari sisi Tuhan Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan; Engkau akan diutuskan di Tanah Halal dan Haram; diutuskan juga dengan kebenaran dan Islam, agama datukmu Ibrahim yang mulia, maka Allah telah menghalangmu daripada mendekati berhala supaya kamu tidak menyembahnya bersama kaum jahiliah".

Mengambil kira pelbagai hujah berkenaan isu ini, jelaslah bahawa ruang untuk mengelakkan tanggapan buruk terhadap nasib kesudahan ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah terbuka luas bagi kita.

Marilah kita mengambil sikap yang lebih selamat yang sebenarnya menjadi sikap ulama-ulama terbilang dulu dan kini termasuklah, Al-Imam al-Hafiz Jalaluddin al Suyuti r.a yang dilaporkan berkata: "Aku berfatwa sesungguhnya yang layak (dii'tikadkan), bahawa bonda Rasulullah SAW beriman dan mentauhidkan Allah serta kesudahannya adalah sepertimana mereka yang menganut agama hanif pada zaman jahiliah iaitu agama Nabi Ibrahim al-Khalil yang tidak melakukan amalan menyembah berhala".

Kita juga mendapati Mufti Mesir, Sheikh Dr. Ali Juma'ah dalam koleksi fatwanya (Al-Bayan Lima Yushghilu al-Azhan, ms.170) mengajak kita untuk memahami nas-nas yang bercanggah dengan kesimpulan ini dengan takwilan yang lebih selari dengan nas-nas yang lebih kukuh dan lebih sesuai dengan ketinggian darjat Nabi SAW.

Semoga kita sentiasa digolongkan di kalangan mereka yang memelihara kemuliaan dan menunaikan hak Baginda SAW dengan sebaik-baiknya.

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Sumber : Utusan

Sunday, February 14, 2010

Gunung Berapi

Gunung berapi Stromboli, di Itali, Sicily meletup pada Mei 2009.

Gambar ini diambil pada bulan Januari 2010, daripada gunung berapi Sakurajima Kagoshima
berhampiran bandar di selatan Jepun. Gunung berapi mengeluarkan lava seakan-akan bom dan mencipta petir -
mungkin kerana bercas elektrik

Gambar ini dirakamkan pada bulan Disember 2009, menunjukkan cahaya di dalam
kolam lahar kawah dari puncak gunung berapi di Southern Villarica Chile.
Bulan purnama boleh dilihat di belakang pada awal pagi fajar

Kawah gunung berapi di Indonesia pada bulan Jun 2008.
The Hills Soufriere Kubah Lava di Pulau Montserrat di Caribbean,
meletus pada Januari 2010.

Gambar-gambar dia atas ini berjaya dirakamkan oleh seorang jurufoto; Martin Rietze iaitu salah seorang daripada sebahagian daripada kumpulan pencari fenomena gunung berapi yang meletup. Martin Rietze berani merempuh gelombang elektrik dan lava yang mendidih untuk mendapatkan gambar yang sempurna.

Selama 45 tahun beliau bergerak di sekitar kawasan hotspot gunung berapi di dunia , dari Costa Rica ke Itali, dalam mengejar letusan gunung berapi untuk merakam gambar-gambar supaya dapat diabadikan sebagai tontonan ramai.

Dalam pada itu Martin Rietze mengatakan dia telah mengalami beberapa kemalangan semasa 'mengejar' letusan saat mendaki gunung.

Dia mengatakan kepada Mail Popular: "Aku tidak akan pernah melupakan saat-saat itu dikelilingi oleh gas beracun, merasakan panas daripada lava yang menggelegak".

'Kadang-kadang tubuh anda dapat merasakan shockwaves dan gegaran tanah. "

Sumber : sini

Thursday, February 4, 2010

Kisah Penjaga Kunci Ka'abah

Bismillahirrahmanirrahim.

Dirawayatkan bahawa Usman bin Tolhah al-Hajabi adalah seorang penjaga Ka'abah.. Ketika Rasulullah SAW berjaya menakluki Kota Mekah, baginda dapati pintu Ka'abah dikunci oleh Usman .. lalu baginda meminta kunci itu.. dan diberitahu kuncinya ada di tangan Usman.. Baginda pun meminta kunci daripada Usman tetapi dia enggan menyerahkan kunci itu.. Lalu datang saidina Ali bin Abu Talib memulas tangan Usman dan mengambil kunci.. seterusnya membuka pintu Ka'abah.. Masuklah Rasulullah SAW ke dalamnya dan mendirikan solat dua raka'at.. setelah baginda keluar datanglah Abbas bin Abdul Mutalib iaitu bapa saudara Nabi.. meminta kunci itu diserahkan kepadanya bagi urusan memberi minum air zamzam kepada pengunjung Ka'abah dan merangkap menjaga Ka'abah.. lalu Allah turunkan ayat (58) surah An-Nisaa'

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (58)

Selepas itu Rasulullah SAW memanggil Saidina Ali lalu menyuruhnya mengembalikan kunci itu kepada Usman dan seterusnya memohon maaf kepadanya.. lalu saidina Ali memperlakukan apa yang disuruh oleh Rasulullah SAW itu.. Usman kehairanan lalu bertanya kepada saidina Ali: "Engkau tadi telah mengasari aku dan sekarang berlembut pula" .. dijawab oleh saidina Ali:"Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan ayat al-Quran mengenai perihal engkau lalu dibacakan ayat di atas..

Usman mendengar penjelasan saidina Ali dan ayat tadi.. beliau pun mengucap dua kalimah syahadah.. diapun memeluk Islam.. dan kunci Ka'abah diserahkan kepadanya sehingga dia meninggal dunia.. selepas itu kunci itu diserahkan kepada saudaranya yang bernama Syaibah.. jadilah kunci dan penjagaan Ka'abah itu satu amanah .. dan amanah itu diwarisi oleh anak cucu Syaibah turun temurun hingga ke hari kiamat..

Perintah menyampaikan amanah itu ditujukan oleh Allah SWT kepada semua orang mukallaf.. manakala amanah itu terdiri daripada:

Amanah yang berhubungkait dengan Allah SWT.. iaitu menunaikan perintahNya dan meninggalkan laranganNya

Amanah yang berkaitan dengan diri sendiri.. seperti menjaga segala anggota tubuh badan yang dikurniakan Allah SWT .. lidah dijaga supaya jangan berbohong, mengumpat, mencaci cela, mengancam dan lain-lain.. telinga dijaga supaya tidak mendengar perkara yang keji dan berita yang dusta.. mata dipelihara daripada melihat yang haram.. begitulah anggota lain yang diamanahkan kita menjaganya.

Amanah yang ada kaitannya dengan hubungan sesama manusia.. seperti mengembalikan hak kepada yang empunya hak.. kewajipan ketua kepada anak buahnya.. pemimpin kepada rakyat.. suami kepada isteri.. guru kepada murid dan sebagainya.

Jangan sampai amanah itu dikhianati,

Sabda Rasulullah SAW:

"Tunaikan amanah itu kepada orang yang telah memberi kepercayaannya kepada kamu, dan janganlah berkhianat kepada orang yang berkhianat kepadamu".

Sabda Rasulullah SAW yang lain :

"Tiada beriman seseorang selagi tidak amanah dan tidak beragama selagi tidak memegang janji"

Seterusnya dalam ayat tadi Allah menyuruh kita "Jika kamu menghukum antara manusia hendaklah menghukum secara adil"

Menghukum secara adil ini memerlukan:

  1. Pemahaman yang benar2 tentang pendakwaan baik bagi pendakwa mahupun yang didakwa.
  2. Perasaan tidak berat sebelah.
  3. Pengetahuan hukum syarak iaitu berdasarkan al-Quran, hadis dan ijmak ulama'.
  4. Pengadil yang berkebolehan dalam jurusan penghakiman.
  5. Dan orang2 Islam itu diperintahkan supaya berlaku adil dalam hukuman, perbuatan, tutur kata dan budi pekerti.

"Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik yang mengajar kamu akan perkara tersebut. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Melihat"

Perintah menyampaikan amanah dan menghukum dengan adil ini merupakan pengajaran daripad Alllah SWT yang sangat baik.. akan mendatangkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. dan Allah mendengar serta melihat apa yang kita buat.. yakni menghukum dengan adil atau tidak dan menunaikan amanah kita sebaiknya atau mengkhianatinya.

Rujukan:Tafsir al-Quran Ahmad Sonhadji Mohamad

Sumber : SINI

Tuesday, February 2, 2010

Mesir Umum DNA Tutankhanum




Bismillahirrahmanirrahim.

Kaherah: Mesir tidak lama lagi akan mendedahkan keptusan DNA yang dibuat ke atas raja paling terkenal di dunia, Firaun Tutankhamun atua 'King Tut' bagi menjawab susur galur keluarganya kata Jabatan antikuiti kelmarin. Ketua Jabatan Inkuiti, Zahi Hawass berkata beliau akan mengumumkan keputusan ujian DNA dan imbasan CAT pada 17 Februari ini.

Keputusan akan dibandingkan dgn keputusan ujian ke atas Raja Amenhotep III yang mungkin datuk Tutankhamun.

Tutankhamun adalah antara raja terakhir Firaun dinasti ke 18. Sumber Berita Harian dan gambar daripada http://www.delange.org/King_Tut/EP18.htm.

Burj Khalifa

Bismillahirrahmanirrahim.

Di atas ialah gambar Burj Khalifa di Dubai. Acara perasmian bagi bangunan ini pada bulan Januari 2010. Pada awalnya dikatakan bahawa bangun ini dinamakan sebagai Burj Dubai namun pada saat-saat akhir diubah kepada Burj Khalifa. Burj Khalifa mencapai rekod sebagai bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 828m mempunyai 160 tingkat.

Saksikan Grand Opening Burj Kahlifa.




Monday, February 1, 2010

Mesin wuduk automatik di pasaran enam bulan lagi

KETUA Imam Masjid Jamek, Mohd. Adam Sarpan mengambil wuduk menggunakan Auto Wudu Washer di Hotel Impiana di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Baca Seterusnya di sini

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails